Monday, January 2, 2012

Selamat Datang, 2012 :)

         

          rasanya tak terlambat nak ucapkan selamat tahun baru 2012 kepada kau orang (eh ada orang baca ker? haha). semoga segala yang baik-baik dan segala yang diinginkan akan tercapai pada tahun ini. mesti kau orang ada azam tahun baru kan? aku cuma mahu jadi insan yang lebih baik tahun ini. anak yang lebih baik, guru yang lebih baik, kawan yang lebih baik, dan tunang yang lebih baik. dan semoga bakal isteri yang baik pada hujung tahun ini.
        tahun ni rasa semangat sikit. koperasi sekolah yang tersayang dan bertambah besar. seronok sangat nak mulakan perniagaan tahun ini. kedua, dah tentu aku akan melalui hari bahagia tahun ni. sekarang sedang survey cincin dan pakej perkahwinan aku. nak buat yang simple jer tapi meriah dan cantik. ketiga, aku sudah disahkan jawatan tetap. akhirnya setelah hampir tiga tahun, aku sudah benar-benar bergelar seorang guru. semoga aku akan jadi guru yang lebih baik kan untuk 2012 ni?
       aku janji dengan diri aku.. semoga aku takkan jadi diri aku yang lama.. yang jahat dan kejam.. dengan diri sendiri dan orang tersayang. cukuplah aku jahanamkan diri sendiri dan lukakan hati orang-orang yang aku sayang. semoga aku tak hilang arah lagi tahun ni.. ameen..



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...