Friday, September 30, 2011

ina buat untuk diri ina.. dan untuk kita

25 sept 2011 ~ pukul 12 tengahari. aku deactivate akaun (untuk sekian kalinya)

          sebab? aku nak jadi diri aku sendiri dan untuk dia. lama dah agaknya aku kurang bagi perhatian pada dia. terlalu ketagih pada fb. hidup jadi tunggang-langgang. semua kerja terbengkalai, kerja sekolah.. kerja rumah semua aku abaikan sebab fb. 
          aku nak jadi diri aku yang dulu. yang tentunya lebih baik dari sekarang. dulu aku bukan ina yang sekarang. kadang-kadang timbul rasa benci dan malu pada diri sendiri, rasa aku dah zalimi diri sendiri dengan perlakuan begini. lebih-lebih lagi bila dia merasakan aku juga mula mengabaikan dia. so i need to stop all these things. 
         bukan mudah melakukannya. easier said than done. hari pertama.. bagai nak gila aku dibuatnya. tak tahu nak buat apa. hampir sahaja buka balik akaun. akhirnya aku keluar rumah.. untuk hilang rasa tak tentu arah. hari kedua.. makin reda. begitulah hari seterusnya.. 
         memang rindu segala-galanya yang ada di fb. terfikir.. aku betul-betul nak delete ker? sebab sekarang aku rasa aku sudah mula rasa tak terlalu ketagih. aku dah boleh buat perkara lain. hidup aku juga mula teratur, mula rasa tenang. aku mula mencari hobi baru... mula cari novel baru, menonton tv.. dan nampaknya agak berkesan.. tak terlalu fikirkan fb macam dulu. alhamdulillah.. semoga berkekalan..
        dan tentunya ini berita gembira untuk dia. dia mahu aku yang dulu. yang hanya beri perhatian pada dia. kasihan.. lama rupanya aku abaikan dia. sayang, ina minta maaf.. 

doakan hati aku kuat untuk delete!
demi dia.


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Friday, September 9, 2011

Aku terpersona lagi..

         Dia unik. dia selalu mengkagumkan. entahlah. dengan gaya bersahaja, dia mencintai segala-galanya tentang aku. baik buruk aku, cacat cela aku, apatah lagi kelemahan aku. pelik kan? memang pelik.

            Raya ini, genap 2 bulan tak berjumpa. rindu jangan cakaplah, tak terkata. sebenarnya peluang bersama tu hampir tiada. aku sibuk dengan adik aku, dia sibuk balik kampung. frust. tak ada mood raya ni. tapi rupanya hati dia juga melagukan lagu rindu yang sama. 

Rabu. 1.00 petang. klang sentral.
        Aku jumpa dia. manisnya dia berbaju kemeja ungu pemberianku. terpersona aku. walaupun masa tu hati bengkak sebab menunggu dia selama sejam disitu (sampai sempat aku habiskan set double cheese burger dalam kereta). dia tahu aku tak suka menunggu. aku cuba duga hati dia. aku merajuk. sabar betul dia pujuk. dah masuk 5 tahun lebih. dia masih tak jemu pujuk aku yang entah berapa ribu kali merajuk. 

       Berjalan tanpa arah tuju di Jusco Klang. akhirnya masuk ke MPH Bookstore. aku mencari novel idaman : karipap-karipap cinta. eh RM14.00 jer? boleh sangat la beli. tiba dikaunter, si dia dengan senyuman manis, 'Nah! Ayang suka kan yang ni?' rupanya dia menghulurkan buku penulisan Zahiril Adzim : Bogel Menuju Tuhan. pantas aku membelek-belek buku tu sambil memuji-muji kehenseman ZA dalam buku tu. Dia? senyum jer! dia tahu aku gila dengan pelakon tu. banyak gambar dalam lappy aku. siap poster aku tampal di dinding katil. tapi dia tak kisah. 'tak apa, abang belikan'. aku? terkedu seribu bahasa. senyuman terukir. hati terpersona lagi. untuk kali kedua hari itu. 

       Perjalanan balik ke muar. aku kembali seorang. tapi hati aku tertinggal pada dia tadi. lupa nak minta. hmm.. rindu lagi lah nampaknya.. :(



thanks for loving me that much, sayang.. ina rindu abang.

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...