Sunday, March 27, 2011

Andainya lelaki tahu..


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

~amik dr facebook org

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, March 16, 2011

tanda lelaki jatuh cinta ~ abg mcm ni ker dgn ina?




Love 1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. 
Love  2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. 
Love  3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 
Love  4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
Love  5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 
Love  6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
Love  7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya. 
Love  8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 
Love  9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain. 
Love  10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 
Love  11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya. 
Love  12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama. 
Love  13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya. 
Love  14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 
Love  15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya. 
Love  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 
Love  17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. 
Love  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain. 
Love  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. 
Love  20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 
Love  21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
Love  22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
Love  23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

I HEART YOU, BABE :)

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

EH! PENATLAH ASYIK NAK JAGA HATI KAU, BILA KAU SUKA2 HATI KAU JER LANGGAR2 HATI AKU!!

mls nk ckp byk. tak larat dah nak bg bahasa kiasan. aku dh pnt tunggu. aku pnt. xpernah nak faham. dari dulu tak berubah-ubah. pnt dah asyik nak jaga hati kau.

sometimes i wish i never know you. never get too attached. huh!



i dun need people who come to me when they need me, but throw me aside when they're fine



gud nite.
Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Tuesday, March 15, 2011

bakal syurga kita...

                  aduhai......... barai poket! lebur rm1800 untuk set katil. nak tgk. cm kt bwh ni la lbey kurg. aku mmg dh lme sgt minat set katil bertiang :)

td bli set katil = katil + almari 3 pintu + meja solek



tapi majlis tunang nnt nak hias camni, atau



camni.... cun x? yang mana best?

            tadi ade yang murah, tapi tak lawa. rm899 jer. aku pikir, nak puas ati ker nak yang murah. last2 aku pilih yang cam kat atas tula. biar puas ati walaupun sbnrnyer dh over budget. huhu.... banyak dah belanja keluar untuk majlis tunang nanti... belum masuk barang hantaran, tapi hati puas sebab dapat beli yang diidam2 kan selama ini.... hehehe ~ 
          semalam pon btungkus-lumus cat bilik bsama dengan mak dan adik. penat gak cat bilik nih. tapi hati bahagia bila memikirkan di sinilah syurga kami nanti. tak sabar nak kawen! :p bahagia sangat rasa... :) ouh kipas siling tak beli lagi... berape agaknya yang kuar nanti? tadi bincang pasal katering pulak..... pening2... baru majlis tunang, belum  kawen lagi.. tak pe la. masih ade banyak masa. yang penting arini sangat happy kerana dapat katil idaman ;)

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Saturday, March 12, 2011

sebab tu dia kekal jadi kawan baik aku sahaja ;)

".....aku dah jadi tunangan orang :)"
                itu yang dia kata cuti raya cina yang lepas. aku bersyukur akhirnya dia jumpa insan yang terbaik untuk dia. dan tentunya insan terpilih tu bukan aku. aku tahu lama dia tunggu jawapan aku (4 tahun kot) walaupun dia tau aku sudah ada mr. F. maaf kawan, bukan aku tak pernah cuba buka hati ini untuk kau, tapi aku tak boleh. aku suka kawan dengan kau, tapi untuk lebih dari itu, aku tak boleh. 
                aku lihat gambar pertunangan dia dalam fb dia. memang cun dan comel tunang dia. aku betul-betul gembira untuk dia. haha ~ sangat sepadan! dia baik orangnya, tetapi hati aku yang tak boleh terima walaupun aku mengenali dia sebelum mr.F. 
              pernah kali kedua dia putus cinta, dia menagih cinta aku walaupun tahu sebenarnya semua itu sia sia. aku terus terang padanya yang aku tak mungkin terima cinta dia.... sebenarnya banyak gak yang dia dah buat untuk aku :

  1. baru sbulan kenal, dia dah bagi birthday present untuk aku, buku motivasi H.M Tuah. dan berani2 nya dia mengaku aku awek dia pada kawan dia.... sengal jer!
  2. mase tu bulan puasa, dia dan kawan2 mhantar aku ke stesen bas di butterworth. jauh dari kampus ke stesen bas tu dlm sejam la. sanggup naek bas mini kuning tu , pastu naek feri. siap tunggu sampai bas aku sampai barulah dia balik ke kampus semula.
  3. dia nyanyikan lagu 'selamat ulang tahun sayang' full song mase hari lahir aku tahun lepas on the phone. walaupun malu-malu, tapi dia nyanyi sesungguh hati. aku tau dia benar sayang pada aku. tapi maaf ya kawan, hati aku hanya untuk si dia....
  4. beriya-iya dia menjaga aku semasa mendaki gunung jerai dulu. memang terharu tapi hati aku masih tak boleh menerima dia.. walaupun masa tu dia yang sentiasa ada depan mata, tetap tak dapat buat aku lupa mr.F yang sentiasa ada dalam hati...
  5. hanya aku dapat kad hari raya dari dia.... padahal kawan2 aku yang 1 sekolah dari dia x dapat... haha


                kenapa hati aku tak boleh terima dia lebih dari kawan?

  1. mungkin sebab dia suka paksa aku. hehe ~ aku kan x suke dipaksa ikut cakap orang.
  2. aku perlu jd girly-like all the time. xboleh la nak tunjuk ganas cket, mesti kena tegur.. ehhh! suka hati aku lah! takkan nak pura-pura sopan n lemah lembut sentiasa depan orang...
  3. kadang-kadang dia mesra, kadang-kadang buat2 sombong ngan aku.. haha ~ x suka lah!
  4. hati aku memang tak boleh terima dia lebih dari kawan. yang tu aku tak boleh  buat apa. nak kata dia jahat, dia ok jer. ntah la...

tapi, bila aku mula kawan dengan mr.F ni, walaupun luaran dia nampak biasa, hati aku mudah terpaut. cara dia mempersonakan.... haha ~ ayoyok xtau! haha. untuk kawan aku, aku doakan moga itulah jodoh terbaik dia, dan akan bahagia hingga ke akhir hayat. yang bestnya, cuti bulan 6 ni, aku bertunang tapi dia akan bkahwin... kadangkala cinta tak perlu dicari, tapi cinta itu sendiri yang akan mencari ;)


p/s : abg... eleh suka la tu ina puji die :p

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Thursday, March 10, 2011

azie - kau tetap dalam anganku


Sekilas ku teringat 
Detik-detik yang lepas 
Indahnya perkasihan 
Semacam ku rasakan 
Tak sanggup rasanya 
Sesaat ditinggalkan 

Dan seboleh-bolehnya 
Ku ingin mengikutmu 
Walau ke lurah dalam 
Aku sanggup terluka 
Demi kerana sayang 
Apa jua kurela 
Jiwa dan raga 

Engkau saja yang sentiasa 
Bermain di fikiran 
Tiap masa dan ketika 
Tak terlintas di hati ini 
Untuk curang kepadamu 
Oh kekasih 

Aku berharap pendirian engkau juga 
Sama-sama pertahankan kebahagiaan 
Walau diacu belati tajam mengugutku 
Cinta aku kasih aku tetap untukmu 
Sampai ke mati 
Hanya itu mampu ku beri 

Tersentak lamunan 
Bila diri ini disentuh 
Oleh seseorang 
Ku cuba damaikan 
Hati yang kian berkocak 
Agar perasaan sedihku ini 
Tidak nampak 

Di pusara ini 
Ku sedia berdiri 
Bersama doa-doa 
Tak putus kuhulurkan 
Itulah tanda kasih... kasih 
Kasih yang sebenar 

Wajah dan senyumanmu 
Sentiasa kuangankan 
Aduhai sayang

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Terasa Besarnya Cintamu Padaku ~

hari ini mood kawen... haha :p

                 dia call dari kelate kerana mhantar rombongan untuk adiknya... hehe. majlis pada ahad ini. sementara tu dia singgah untuk membeli cincin pertunangan kami. rasa agak terkejut dgn harga cincin yang dia tlah belanjakan. hmmm, xpe ker syg? rasa cm takjub gak, tertanya2 bila plak die nih simpan duit? hehehe ;) ~
               cuba juga mentafsir nada suara dia. manatau ada nada terpaksa atau terkilan kerana perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk cincin tu. tapi yang dapat aku tafsir, dia sangat gembira dapat membelikan aku cincin. dapat aku rasa cinta dia pada aku membara. dapat rasa perasaan berkobarnya dia menanti hari pertunangan kami nanti. seperti excited nya aku yang sudah berbunga-bunga ni. bahagia sangat rasanya. tak sangka aku akan melangkah ke alam perkahwinan (haha ~ tahun depan lah). 
               alhamdulillah, semakin dekat harinya, hati makin dekat dan makin sayang. syukur sangat. dulu aku takut jiwa rasa ini makin tawar kerana sudah terlalu lama bersama. terasa hubungan kami dirahmati Allah bila rasa ini direstui kedua belah pihak. tak sangka jodoh aku selama ini hanya di depan mata. terima kasih sayang kerana terima diri ina yang tak seberapa ni. tak pernah sangka ada insan seperti abang yang sudi berikan hati dan cinta pada ina. i lay my destiny on you, babe :)


 aku cinta, aku rindu.... walau berjauhan ku tahu hatimu.... 
aku cinta, aku rindu... tuhan berkatilah cinta kita berdua... :)
muahh!



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Rahim Maarof - Cinta Kristal

hikhik! td karok lagu nih! :p


ni plak versi asal lagu nih....



aku lagi suka versi asal kot. tapi suara awie pon best!

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, March 9, 2011

Slam - Kurnia

suke3! layan........



slam - kurnia

Terlukis hakikat insani
Dari cinta lautan jiwa
Satu penzahiran rasa jelas di mata
Satu lakonan di pentas dunia
Ini kisah yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

( korus )
Pabila kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagiaan
Dan berterima kasih di atas kurnia
Yang tak terhingga



p/s : ina sayang abang. sayang sangat-sangat!
Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Monday, March 7, 2011

jeles ek? hahaha~

            mula2 memang geram. tapi lama2 pikir, kelakar! camni citenyer.... arini aku lalu satu kelas f5 utk ke kelas aku. tetibe tdengar suara sumbang memerli, mengusik aku, " phewwwiit! adik, adik, adik... "  ~ diikuti dengan gelak ketawa. mase tu mmg panas ati, tapi memikirkan yg mengusik tu bdk x ckup akal lagi.. aku biarkan jer la... ouh jeles ek cikgu x pilih korg sbg adik angkat?
          errr.... konpius ker? haha ~ sape2 yang tak tahu... sila bace kat sini atau kat sini. ni pasal ex-student aku yg aku panggil adik. kire adik angkat lah. jangan salah faham ek, xpernah sekali pon keluar bersama, hanya sembang2 di fb. walaupun ada no hp masing2, xpernah sekali pon calling2.. kdg2 msj kalau ade hal penting. serius ni, aku tak tipu. lebih byk bhubung di fb. kalau x o9, xdelah sembang, faham? 
          berbalik cite arini, huhu....... serius kelakar! kdg2 aku rasa diorg nih tak anggap aku cikgu. cam kawan2 diorg jer utk dipermainkan, yang mengorat pon ade! (ni bukan cite perasan. betul2 jadi punya. adelah 2-3 org pelajar laki yang begitu).
          tapi tulah kan, budak2 sekarang, bkn mcm kita dulu, tak suka cikgu, tak tunjuk terang-terangan, ni siap jeling2, maki2, tengking2 cikgu lagi depan2! ~ ni pon bukan cite dongeng, aku yg alami. aku memang ade approve beberapa request utk jd frens aku dalam kalangan pelajar yg aku rasa ok. tp ade gak yg buat aku geram bila kat sekolah pon nk usik aku psl fb! pantang seh! aku tak mau campur aduk hal sk n luar. 
          tapi hal kecik sbnrnyer hal arini. hal budak2 tak ckup umur. hal jeles sbnrnyer. :p
tapi sebenarnyer kan......
hahaha ;)

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, March 6, 2011

aku yang GEMOKK dan TAK LAWA!

              ske entri tuh? huhu ~ ni bukan pasal rendah diri ke hape. aku redha dan happy dgn aku sekarang, biarlah orang kata aku chubby, gmok ker, berisi ker, hape ker... pedulik hape kn? haha ~ atleast kt mata si dia i'm the most beautiful woman in this world. klu tak, takkan dia pilih aku as his wife to be kan? ahaks :) ~ sgt suka kalau dia tenung dan pandang aku dgn sepenuh hati. rasa mse tu aku lawa sgt! *giler perasan!
           maybe ade hikmah kenapa aku tak lah lawa mana. biase2 jer. kalau lalu lalang pon xdelah sampai orang tertoleh2... huhu ~ dan penting xdelah orang nak kacau kan? haha ~ tak lawa, xde selera lah orang nak kacau :p ~
tapi biaselah, kdg2 hati terdetik, kalaulah aku lawa cam fazura ni? 
wah! berangan lbey. perhati btul2... dia mmg lawa kn? huhu

how sweet she is! i adore you lah, fazura :)

            aku teringat last 2 years kot, pakwe aku beriya2 tunjukkan keratan akhbar ade pic si liyana jasmay, katanya ade iras aku. what!! hahaha ~ tkejut aku... eloo syg, mn ade la ina selawa itu.... alahai ;)) ~ apepun tq  sbb abg sorg jer rase ina lawa... selain ayah aku la... ~ haha.
           tp kdg2 tpikir, kalau aku lawa kn, what would happen? maybe aku akan jd ego, blagak, tak sedar diri kot... haha ~ sian seyh pakwe aku nk tepis2 org yg nk ngorat aku. *perasan! ~ ala, aku kate KALAU kan? haha :p ~ sbnrnyer smpai skrg msey pelik dan takjub la pakwe aku bley sayang aku yang xcantik nih separuh nyawa... haha, kan syg? (ina tau syg tgh bce ni....) ~
          mcm la klu aku tpikir aku kaya, ape aku buat? haha~ lagi lah aku tak bpijak pd bumi yang nyata kot. haha ~ so, maybe sbb tu Tuhan bg aku rezeki sederhana ni, tak miskin, tak kaya. cukup2 makan pakai aku. mujurlah mak ayah aku tak pernah ajar aku mkn western food ker, fast food ker, mkn hotel ker, pakai baju branded jer ker or bli kn barang kemas... huhu~ biase fast food yg ade kt kg aku kfc jer pon. (yer, aku org kg jer ;p)~ 
         alahai bulan 6 nih nak tunang dh, lbey tepat 11/6 nih. huhu ~ badan msey chubby, macammana nk pkai baju lawa2 nih? walaupun aku gembira dgn hidup aku sekarang, demi nampak cantik mse tunang nih, kne diet la cmni.... huhu ~ eh bile nak stat senam robik nih? dari tahun lepas rancang, tak menjadi2 lg. haha :p
         eh tapi kan aku bkn nak perasan, ade gak beberapa org syok ngn aku.. haha ~ pelik kan? tulah mksud peribahasa inggeris, the beauty is in the eyes of beholder. kecantikan tu subjektif. bila dah cantik budi bahasa, cantik peribadi, otomatik org nmpk cantik luaran.. chewahh! aku tak la kate aku baek. tp AGAK baek la :p ~ dia org kate, diulangi DIA ORANG YANG KATA... ade suka aku sbb aku independent gurl, tak bharap dgn sape2 utk lakukan kerja, selaen lemah lembut n baek hati (eloo.. tak kenal aku lagi btul2 tu... aku xla lemah dan lembut mana.kdg2 kasar cm laki. klau x, xdela arwah atuk kate aku ni jantan separuh :p) dan ada gak suka aku sbb aku org jawa... lol! :p~ see? xde pon sbut psl cntik kn? haha :p
          so, terima jer la diri tu camner. akan ada orang yang hargai diri tu. kan kita ni diciptakan berpasang-pasangan. jgn putus asa jika tak jumpa lagi jodoh/pasangan.... juz be urself, coz u r amazing. layan lagu bruno mars nih, bebeh!

pakwe aku slalu kata kat aku cm dalam lagu nih. i'm so lucky to hv u by my side :)

         

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

aku dh PENAT, aku dh BOSAN!

sometimes i juz shut down myself and sit alone in my room
coz i dun know how to solve the problem
coz sometimes i really dun know what the problem it is!
          
            tahun  ni aku rasa aku macam tak ada motivasi untuk mengajar. tak tahu kenapa. mungkin faktor pelajar yang makin nakal dan kurang ajar, buat aku muak. teringat kesilapan bodoh yang aku buat. aku tahu aku tak patut merungut dengan rezeki ini. tp cabaran hebat menjadi guru pada hari ini buat aku saket otak!
         aku tak boleh banyak sangat luahkan pada org tsyg, apatah lagi  dlm fb aku. nanti di kata aku mudah merungut, tak bersyukur plak. kat sini jer la tempat yang aku rasa orang yang aku kenal tak tahu apa sebenar dalam hati aku. sebab tu lah aku tak nak bagitahu sapa2 pasal blog nih. kalau diorg jumpe pun, kira nasib baek la.
         kalau aku susah hati dan amat tertekan, biasanya aku akan bawa kereta jauh2, sorang2... mmg bahaya, aku tahu. bahaya bawa kereta dalam keadaan tertekan. tapi aku tak tahu nak buat ape dah. sume aku kena telan sorang2. aku dh penat hadapi semua ini sendirian. kalau aku dekat dgn famili, walaupun aku ada prob, at least hati aku senang sbb ada famili aku...... :'((

NAK MINTA PINDAH!!!!!!

        dan yang paling best, aku maybe kena lebih banyak kelas seni pasni sbb satu2nya cikgu seni sk aku akn ditukarkan ke sk rendah. OMG!!! aku tak pernah kisah diberikan subjek laen, tapi janganlah pend seni! aku tak ada bakat lgsung. selalu blur dalam kelas. aku takut aku akan ilang major aku. sia2 4 thun aku blajar how to teach english in university :((  ~ bukan ker cg english kurang sekarang nih? (sk aku jer yang tlbey cg bi) ~ antar la aku ke mana2 asal kan aku tak perlu ajar seni lagi!!!

FED UP seyh!!!!

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Saturday, March 5, 2011

Irwansyah ~ tentang perasaan ku :)

best plak layan lagu nih! haha :)


rasa nak menari dgr lagu nih...
nak download lagu nih? kat sini


irwansyah - tentang perasaanku


aku takkan lelah menunggu
hingga waktu ajal menjemputku
takkan pernah sesalku untuk menunggumu

aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap menunggumu

reff:
ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
ingin ku berikan semua hanya untukmu
agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

ku ingin kau tahu tentang perasaanku
ku ingin kau tahu besar cinta padamu

ingin ku berikan sisa waktuku
dan sisa hidupku sampai mati

aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap
akan tetap menunggumu

repeat reff 

ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
ingin ku bagikan semua hanya untukmu
agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

repeat reff



p/s : lirik yg aku bold kan tu, part yg aku ske... kikiki ;)


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...