Thursday, January 24, 2013

Perkahwinan Jarak Jauh - Menguji cinta dan rindu


                       dia sunyi. saya pun sunyi. melihat orang lain bergembira bersama dengan pasangan yang lain, tipulah kalau hati tak dijentik rasa cemburu. sedih hati ini memikirkan kehidupan yang bersendirian menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. segala perlu ditanggung sendiri. tiada siapa untuk disandarkan kepala, yang mampu memahami hati kecuali dia yang jauh.


              apatah lagi sejak berbadan dua ni, hati makin sensitif dengan keadaan. makin mudah kecil hati, mudah bersedih. ditambah dengan mabuk yang agak teruk dan selera yang semakin berkurang. mujurlah si dia sanggup datang hampir tiap minggu berulang-alik dari Klang - Muar.  kasihan pada dia yang bersusah-payah untuk aku dan baby. maaf sayang, Ina tak larat nak drive jauh. 
                 minggu ni genap 3 bulan kandungan. perut makin membesar. mabuk pun semakin teruk. hanya mampu sabarkan hati hadapi semua ini. kadang-kadang bila tak tahan, call dia sambil menangis. saya tahu dia ikut sedih kalau saya sedih. apakan daya, usaha untuk tinggal bersama masih tidak dimakbulkan Tuhan. mungkin ada hikmahnya untuk kami walaupun perit hati untuk menerimanya.


                   minggu depan akan buat buku merah untuk ibu mengandung. berkali-kali dia meminta maaf kerana tak dapat menemani aku ketika check up nanti. aku faham akan kesulitan dia walaupun disudut hati sayu kerana ibu yang lain ada suami yang menemani. aku sedapkan hati, cukuplah Allah memberikan bayi dalam kandungan ku sebagai teman aku hadapi getir hidup.
                     aku cuba kawal emosi  diri, takut akan mempengaruhi bayi nanti. kalau rasa rindu sangat pada dia, hanya baju dia pengubat rindu. hanya mampu call dan 3G untuk mengurangkan rindu. tadi pun baru sahaja melihat wajah dia melalui 3G. masih tak kurang rindu. 
                 sabtu ni dia datang lagi. dan dia janji untuk hujung minggu yang akan datang juga. banyak pengorbanan yang dia lakukan untuk aku. bersyukur kerana dikurniakan dia sebagai pasangan hidupku. tiap kali memandang dia, hati sentiasa memanjat kesyukuran atas 'hadiah ini. tak mungki dapat aku cari ganti lagi didunia ini.
                      sambil tulis post ni, air mata tak henti mengalir kerana rindu dan teringatkan dia. hidup sendiri di rumah sewa dan kesunyiaan semakin menggigit hati. orang boleh mengatakan macam-macam. tapi hanya aku yang menanggung tahu betapa peritnya bila berjauhan. hanya Allah tempat mengadu. tak sanggup nak luahkan pada mak abah kerana tahu mereka akan lebih-lebih risau nanti. walaupun kadang-kadang rasa dah tak mampu lagi menghadapi hari esok.
                       namun begitu, tiada apa yang mampu dilakukan selain redha atas takdir dan ketentuanNya. 



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Thursday, December 6, 2012

Permata Hati

Alhamdulillah
5 mggu si kecil sudah berada dalam rahimku
syukur atas kurniaanMu Ya Allah
segala puji-pujian ku panjatkan kepadaMu

yang ku harapkan
semoga kandunganku sihat walafiat
membesar dengan cepat

tak sabar nak scan 
bulan Februari nanti 

:)

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, November 14, 2012

Bukan Aku

bila kita sedih kita nak seseorang bertanya pada kita
'awak ok ker? janganlah sedih lagi.. cerita kat saya, ok?'

bila kita gembira kita nak seseorang ambil tahu tentang kita
'wah gembiranya dia.. seronok tgk awak happy'

bila kita sakit kita nak seseorang ambil berat tentang kita
'awak tak sihat yer? sian awak. makan ubat tau? jaga diri selalu..'

bila kita sihat kita nak seseorang cakap pada kita
'alhamdulillah awak dah kembali sediakala'

bila kita bosan kita nak seseorang ingin tahu
'awak buat apa tu?'

bila kita marah kita nak seseorang sensitif pasal kita
'sorry.. saya ada buat salah ke? maafkan saya yer..'

bila kita kecewa kita nak seseorang berkata pada kita
'sabar yer awak.. ade hikmah disebaliknya.. jangan risau, saya kan ada'


tapi.. bukan semua orang nak kita buat macam ni. ada yang rasa kita tak layak nak ambil tahu, ambil berat, bertanya, memberi nasihat kepada dia.. walaupun niat kita hanya nak lihat dia selalu gembira dan bahagia. sebab dia special sangat pada kita.

orang yang istimewa pada kita, belum tentu rasa kita istimewa pada dia :')

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...