Tuesday, July 26, 2011

L.A.N.G.K.A.W.I




akhirnya tercapai juga hasrat nak naik kereta kabel di Gunung Mat Cincang, Langkawi tu. alhamdulillah.. tak pernah terfikir akan menjejakkan kaki di sana... :)

21 Julai 2011

  • bergerak dari sekolah pukul 11 malam. duduk sebelah kak zura. best sangat perasaan masa tu sebab sangat teruja.. !
  • bila tengok signboard kuala selangor rasa nak melompat-lompat balik rumah.. sabar-sabar, 29hb ni boleh balik jumpa famili :)

22 Julai 2011


  • sampai di kuala perlis pukul 11 pagi. tapi perjalanan melencong dulu ke bukit kayu hitam kat sempadan tu sebab feri kami pukul 1 petang. sempatlah merasa berada di sempadan. masa tu aku rasa 'dejavu'. rasa aku dah pernah pergi situ walaupun hakikatnya aku tak pernah jejak kaki pun kat sana. 
  • 2.30 ptg - sampai di tempat penginapan. angin jer aku dengan pengurusan apartment mrsm langkawi ni. che nasir nama dia. punya la sengal. kasihan budak-budak kelaparan, terpaksa cari restoran untuk makan tengahari kerana makanan yang sepatutnya disediakan tiada. lepas tu menunggu dia punya la lama hampir 1 jam. aku pun tak tahu kenapa teruk sangat perkhidmatan dia. sakit hati jer.
  • hj. ismail group - shopping coklat. cikgu-cikgu lain sibuk shopping pinggan mangkuk. aku malas nak join. jadi aku jalan-jalan dengan budak-budak saja. hehe... habis rm150++ la juga aku borong coklat..
  • malam - makan malam di warung. pukul 11 malam baru balik. giler penat.

23 julai 2011


  • singgah di tempat gamat. pelbagai produk gamat dijual. aku beli minyak rambut gamat jer. tak tahu berkesan ke tidak.
  • masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. kereta kabel sudah menanti!! 1 group ada 6 orang... group aku ada 3 cikgu, 3 pelajar.. puas hati sangat. haha. sangat teruja. walaupun penat dan loya sebab kereta kabel kadang-kadang bergoyang.. rasa seronok sangat!
hehe... ni bukan aku. aku tak se-comel ini. ni lah kak zura wif students :)

  • petang pergi ke Aquaria, aku tak masuk. malas pula nak pergi tengok ikan-ikan tu semua.. haha!
  • bergambar di dataran lang. dengan burung yang BESAR tu! hehe... dengan budak-budak jer sebab cikgu lain sambung shopping :p
  • pasar malam. dah lama tak rasa masakan utara setelah 2 tahun tinggalkan penang. sedap betul nasi kerabu!


24 julai 2011


  • 8.30 pagi sampai ke jeti kuala perlis. sesak sangat dengan orang. dengan terpaksa angkut barang yang banyak. dengan pintu feri yang kecil, memang menyeksakan.
  • 1.00 ptg singgah di rumah keluarga angkat salah seorang guru aku di changlun, kedah. best betul menikmati durian, rambutan dan manggis. dapat petik manggis sendiri lagi. pertama kali tengok pokok dukung. haha 
  • 11.30 malam selamat tiba di muar. hujan lebat menyambut kepulangan. ouh giler malas nak sekolah esoknya!


** esoknya pergi sekolah dengan kepala yang gelong n sangat penat tapi sempat lagi pergi shopping petang tu.. hehe.. gaji keluar la kata kan... :p

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

No comments:

Post a Comment

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...