Wednesday, November 23, 2011

Saturday, November 19, 2011

Yang Terakhir Kali... Mungkin.



       ahad ni adik dah nak pergi arau, perlis. dah oleh kerana esok juga aku akan balik kampung, jadi tadi pukul 10 malam dia datang hantar hadiah yang dia kata tu beserta hadiah yang dikirim oleh kawan dia, antara anak murid aku yang paling rapat. termasuk adik, ada 3 orang la pelajar yang paling rapat.. jijie (adik), shikh dan atiyah. pelik sebenarnya macam mana boleh rapat. mungkin sebab aku selesa sangat dengan mereka. aku boleh sembang macam kawan walaupun sebenarnya mereka anak murid. terima kasihlah kepada fb kerana merapatkan hubungan kami. ouh.. hadiah yang dimaksudkan ialah....

ni hadiah jijie bagi sempena dia nak masuk uitm.
 tau dia kata nak bagi set keychain, tapi tak sangka sebanyak ini! haha

yang ni pula shikh bagi sempena harijadi aku. 
dia pass pada jijie untuk bagi pada aku
sebab dia dah masuk daftar ke uitm jengka rabu lepas

terharu sangat-sangat atas ingatan mereka terhadap aku
sampaikan belikan hadiah sempena mereka nak masuk uitm :)

yang ni atiyah bagi. dia buat sendiri kerongsang ni. 
cantik kan? aku suka sangat.
lagi-lagi yang warna pink tu. dah lama dia bagi, 
tak silap 3 minggu lepas. juga sempena hari jadi aku :)

yang ni hadiah jijie bagi hari itu, laptop skin. haha juga sempena harijadi... 
ada aku cerita di sini. haha

       kadang pelik kan, rasanya kita ni biasa-biasa tapi tetap ada orang yang suka dan sayang. bertambah-tambah istimewa bila orang tu juga memang kita sayang... tapi harijadi kali ni memang paling best la! sayang korang sangat!
        akhir-akhir ni, sembang lama sikit dengan adik. sedih sebab dia dan shikh dah tak ada di muar. rasa sedih tu sama macam rasa sedih aku semasa kawan aku dipindahkan ke  sekolah lain. rasa keseorangan di muar ni. mujurlah aku dah nak balik kampung esok, jadi tak la terasa sangat.
          harap, ini bukan harijadi terakhir bersama mereka. dan semoga mereka tak lupakan aku kan? apapun doa aku sebagai cikgu dan kakak.. semoga mereka bahagia, berjaya di dunia dan di akhirat. ameen :) sayang korang lebih!

p/s : bagi adik kek secret recipe. indulgence dan blueberry cheese. seronok tengok dia gembira. mungkinkah ini kali terakhir akak jumpa jijie? i hope not. goodbye, dear. jangan lupakan akak. jangan cari kakak lain ok, jijie dah janji kan? :'(


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, November 16, 2011

Monday, November 14, 2011

Aku macam mak, tapi aku seperti Abah

kadang-kadang diri kita ni dipengaruhi oleh persekitaran dan juga genetik.. haha bila fikirkan balik, rupanya ada sifat-sifat mak abah dalam diri aku.. :)

aku cepat marah macam mak, tapi kadang-kadang cool jer macam abah
aku pengasih macam mak, tapi biasanya terlebih kasih macam abah
aku ambil berat macam mak, tapi selalunya terlebih memberi perhatian macam abah
aku suka masak macam mak, tapi biasanya suka beli makanan banyak-banyak macam abah
aku prihatin macam mak, tapi selalunya terlebih risau macam abah
pipi aku ikut pipi mak, tapi muka aku banyak iras abah
aku rapat dengan mak, tapi lebih manja dengan abah
aku suka cuba sesuatu yang baru macam mak, tapi biasanya suka yang konservatif macam abah
aku lembut hati macam mak, tapi biasanya tegas macam abah
aku jarang senyum macam mak, tapi kadang-kadang peramah macam abah

haha.. tu jer yang aku dapat fikirkan.. apapun, sifat buruk kita janganlah salahkan mak ayah. dah silap sendiri, ngaku jer la.. aku ni boros, suka lengah-lengahkan waktu, tak suka lipat baju, pemarah, macam-macam la.. haha

apa pun, akak sayang mak dan abah.. rindu... ni minggu akhir persekolahan 2011.. tak sabar nak balik kampung jumpa famili tersayang... muah!


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, November 2, 2011

Hari Tanpa Kata ++4 : Care



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Hari Tanpa Kata ++3 : How i plan to spend my life with you


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...