Friday, December 9, 2011

Langkah Seterusnya.. mungkin ini bahagia abadi untuk aku.. dan dia.

        hujung minggu ini akan hadiri kursus pra-perkahwinan di pejabat agama dengan si dia. tercapai juga hasrat menghadiri kursus tu bersama dia. lebih bermakna kan? minggu lepas pun dia datang bersama famili dia untuk penetapan tarikh nikah dan kenduri. jadi dah di tetapkan kami akan bernikah pada 23 ogos 2012 (khamis malam jumaat) dan kenduri kahwin sebelah aku pada 01 disember 2012. manakala sebelah dia pada keesokan harinya. yerla.. rumah dekat kan.. senang sekali harung jer.. lagipun memudahkan sedara mara datang memeriahkan majlis.


        dalam kepala ni dah macam-macam benda fikir pasal persiapan majlis. baru fikir aku dah penat. belum lagi majlis nya.. oh ya! aku nikah awal sebab nak kan surat nikah untuk aku mohon pertukaran tempat kerja pada bulan september nanti. harap-harap permohonan akan diluluskanlah.. semoga segalanya akan dipermudahkan olehNya.
        takut, gementar, risau, gembira, sedih, teruja.. semua ada dalam hati ni. aku harap dia lah yang terbaik untuk aku. aku dah tak nampak siapa lagi yang sayang aku dan boleh jaga aku dengan baik selain dia. lagipun dah hampir 6 tahun bercinta.. tak sanggup nak bermula semula. harap Allah tetapkan hati aku.. dan semoga hanya bahagia menanti kami nanti hingga akhirnya.
         kenapa ya makin dekat hari, aku makin gelisah? macam ada yang tak kena? semua bakal pengantin memang rasa apa yang aku rasa ya? memang rasa seronok tapi hati rasa tak best.. mungkin sebab aku akan bertukar title jadi isteri orang.. aku akan jadi orang lain. lebih banyak tanggungjawab aku kena fikir selepas itu. dah bersediakah aku? huhu... :(

p/s : abang, maaf buat abang marah malam td.. rasa gelisah ini la yang ina tak tau macammana nak beritahu abang semalam.. abang, tolong redakan hati ina... :(

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

2 comments:

  1. semoga sume dipermudahkan...mext--->aku plak....hahaha...ko nikah dulu tp aku yg snding dulu....ok!!hahaha

    ReplyDelete

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...