Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru : Tahun Ketiga Ku :)

Semalam 16 Mei. ada sambutan hari guru di sekolah.

            2 malam sebelumnya dah tungkus-lumus buat brownies cheese untuk kawan-kawan dan ex-students nak datang. malam sebelumnya sibuk cari tudung untuk hari guru. melaram sikit sempena hari guru. haha :)
            tiba hari guru. siap2 bawa 2 biji kek n 10 kek kecil ke sekolah. harap-harap cikgu-cikgu suka la kek tu. sebenarnya ex-students tu termasuk jijie (adik), shikh, adila, nurun nazihah dan kawan mereka, syafiq. pukul 9 lebih mereka datang tapi duduk di koperasi sementara aku di dataran mengambil gambar beramai-ramai. seronok bukan kepalang bila mereka datang. rasa terharu sebab mereka sanggup tunggu majlis habis sampai pukul 1 petang. gembira habis!

gambar beramai-ramai guru dan pelajar

          semalam, adik dan shikh tiba-tiba jadi peramah! padahal sebelum ini nak cakap sepatah depan-depan memang payah. tapi seronok. asyik gelak jer melayan karenah mereka. tangkap gambar banyak-banyak, gurau senda, usik-mengusik.. memang terbaik la! aku asyik kena buli dan kena usik jer dengan shikh dan jijie.. haha geram jer! 
           hari guru di sekolah ada banyak aktiviti dijalankan. selepas nyanyian lagu Guru Malaysia dan lain-lain, ada acara peragaan fesyen dari seluruh dunia. memang lawa-lawa!

lawa-lawa kan? hehe


            lepas tu acara permainan di jalankan. boling kelapa, rebut kerusi, anyam ketupat, basikal lambat dan tarik tali. aku masuk rebut kerusi tapi dapat no 4. tarik tali dapat johan! haha. 

acara tarik tali kategori lelaki. 2-1 dimenangi cikgu lelaki

guru-guru yang memberi sokongan

              ni adalah gambar-gambar my ex-students yang datang. thanks datang rai dengan cikgu! hargai sangat tau... sayang korg! :D

ape ajer la yang korang beriya tengok?
from left : nurun nazihah, kak zura, shikh dan  jijie 

adila dan nurun nazihah

tiga sekawan : shikh, shafik dan jijie (my pet brother)

 bersama cikgu izwan

               sebelum mereka balik, aku bagi bawa kek kecil tu seorang satu bekas. dan hari ini aku dah dapat tempahan brownies cheese dari kawan sekolah. sedap sangat katanya. alhamdulillah ramai puji sedap! tadi pun pagi-pagi ada lagi yang memuji. syukur mereka suka sangat kek tu :)
               apa pun, hari guru tahun ni memang sangat bermakna. dapat banyak hadiah. antara hadiah yang mengejutkan ialah dari seorang pelajar lelaki yang memang boleh dikatakan gangster di sekolah. dah  biasa kena rotan, pernah digantung sekolah. pernah ajar dia semasa tingkatan 3 tahun lepas. tapi sebenarnya dalam kelas aku, dia antara yang aktif dan memberi tumpuan dalam kelas. terima kasih ikhmal :) selain itu, dapat shawl warna ungu lembut. suka sangat. tapi hadiah paling istimewa tentunya kedatangan my ex-students. kasihan.. dah lama mereka nak datang ke sekolah tapi memandangkan aku selalu tak ada di sekolah sebab kursus, terpaksa tunggu sampai hari guru baru boleh jenguk sekolah. terima kasih sangat-sangat! cikgu sayang korang. cikgu doakan korang berjaya dunia akhirat.


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Tuesday, May 8, 2012

rasa nak nanges T_T

              dia sakit lagi. 2 minggu lepas pun macam tu. risau sangat. sebab dia bukan jenis yg senang sakit. rasa bersalah sebab tak dapat nak jaga dia. nak buat macammana.. kami jauh :(
               rasa rindu pun ya.. rindu yang sampai rasa sebak dalam dada. rindu yg teramat. sampai bila akan kami macam ni? 3 bulan lagi akan di ijabkabulkan. agaknya bagaimana perasaan masa tu? mesti lagi seksa kan sebab berjauhan?

               sayang, jaga diri elok-elok. makan ubat tau? maaf tak dapat jaga abang.. selalu jaga diri.. hurmmm.. ina rindu abang. sgt sgt sgt :(

note : keputusan pindah hanya dapat tahu lagi 2 minggu. moga2 segala doa akan dimakbulkan. walaupun terpaksa tinggalkan org2 muar, tapi saya tahu bahagia saya ada di sana.. :)



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...