Monday, June 4, 2012

Super-duper-special school holidays!

          seminggu ni terasa hidup dalam awangan. bahagia sangat. hingga bila ada perkara yang berlalu yang selalunya buat aku bersedih pun tak mampu hilangkan rasa gembira ini. Ya Allah.. terasa bahagianya.. terasa berbaloinya segala kesedihan, keperitan dan kesepian selama ini.. 
         khamis malam jumaat, 30 jun bergerak dari kampung ke kuala terengganu sebab menghantar rombongan pertunangan untuk sepupu. oleh kerana adik aku tak boleh menyertai rombongan kerana perlu menghadiri peperiksaan, jadi abah minta si dia tolong drive kan ke sana. yelah.. jauh kot. nak aku sorg drive mmg tak larat.. hehe.
         perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 10 jam. penat sangat sebab tak tido semata-mata teman dia drive. yang best seisi kereta - aku, abah, mak, adik aku sama-sama berjaga teman dia memandu. haha terasa macam dah kawin! lihat dia boleh bergaul dengan famili dan saudara aku buat aku bertambah yakin dia lah jodoh aku.. :)

ni la sepupu aku, amy.. tahniah dapat orang ganu =)

        pagi sabtu bangun pagi terus call dia.. tak mandi pun haha. suruh dia tunggu depan bilik, ajak dia pegi jalan-jalan tepi pantai. haha pantai tu betul-betul sebelah chalet. memang romantik habis! seronok sangat. terasa macam dah kahwin.. macam pre-honeymoon. hehehe. penat berjalan, duduk di batang kayu yang tumbang. berbicara tentang hati, hidup kami, tentang cinta.. segala-galanya. hanya senyuman terukir dibibir kami.

sempat posing lagi.. hehe


haha. sian kena paksa berposing begini. 


cantiknya pemandangan pantai pagi sabtu tu. terasa bahagia sangat

jalan-jalan main air.. hehe
serius terasa macam sedang honeymoon

ni si dia dengan adik aku yang baru ting 4. 
haha macammana bakal abang ipar lagi rendah nih? haha

rombongan dari pihak lelaki. teka, mana saya? heheh

             dalam pukul 1 petang, selesai lah majlis pertunangan. melihat dia berbual, bergaul dengan selesa menyebabkan saya rasa sangat gembira. umpama mimpi jadi kenyataan. sebenarnya keadaan ini hanya aku bayangkan setelah berkahwin. tak sangka dalam tempoh pertunangan pun ada peluang travel dengan si dia dan famili.
          malam semalam, makan malam bersama dia dan famili tersayang bersempena harijadi mak (4 jun) , adik (3 jun) dan pertunangan aku dan si dia yang genap setahun (4 jun). wah 3 perkara istimewa yang diraikan pada malam semalam. dalam hati ini, tak terbayang betapa bahagia dikelilingi orang tersayang. makan bersama, bersenda gurau, melihat dia diterima baik dalam famili.. sangat membahagiakan. so wonderful!
         hari ini, bersama-sama dengan dia lagi pergi ke pejabat agama untuk menghantar borang nikah. rupanya perlu jalani ujian hiv dahulu. maka, pukul 2 dah terpacak depan klinik.. sakit kena cucuk... huhu. alhamdulillah selesai sudah urusan. sekarang tinggal uruskan borang nikah sahaja. sekarang JAIS sudah sediakan sistem online untuk isi borang nikah, cerai dan rujuk. semuanya online. mudahlah sikit kan? tapi masalah juga, aku ni jauh. harap-harap dapat selesaikan semua sebelum balik kampung.
            dalam dua bulan lagi, aku dan dia akan diijabkabulkan. menghitung hari-hari bahagia. aku makin membayangkan hari bahagia yang bakal aku lalui dengan dia. tahun ini adalah ramadhan terakhir aku sebagai single. haha. apa yang dapat aku katakan.. 'terima kasih Ya Allah atas kebahagiaan aku ini. betul lah kata orang, setiap perkara sedih, mesti ada gembiranya. selama aku bersendirian dan bersedihan di perantauan, rupanya begitu banyak bahagia yang menunggu. dikala terasa tiada siapa disisi, rupanya insan-insan yang menyayangi setia menunggu aku, memberi aku bahagia dan gembira yang tak pernah aku bayangkan sampai sebegini. 
           pernah terdetik dalam hati, jika ditakdirkan aku mati ketika itu, aku tak kisah kerana sudah merasai bahagia yang aku impikan selama ini. korang, doakan kami bersatu dengan segera dan dipermudahkan segala urusan ya? 




Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

No comments:

Post a Comment

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...