Thursday, July 15, 2010

kerana guru juga manusia biasa

guru bukannya manusia ajaib
yang tangan dan kakinya x pernah penat
yang suaranya sentiasa lembut
kerana guru juga manusia biasa
punyai sifat-sifat manusia biasa
yang kadang-kadang punya sifat putus asa


guru bukannya manusia ajaib
yang hatinya dilindungi perisai besi
yang tidak bisa ditebak peluru-peluru tajam
yang kadang-kadang datangnya dari insan bernama pelajar
kerana guru juga manusia biasa
yang kadang-kadang hatinya tersentuh jua
bila segala bakti jasanya dipandang sepi

guru bukannya manusia ajaib
yang akan sentiasa tersenyum
bila cabaran mendatang
yang tidak pernah putus-putus
dalam menggalas tugas
namun dalam hatinya
hanya ingin berbakti
mengajar anak bangsa
tulis dan baca
kerana guru juga manusia biasa
yang mahukan penghargaan atas usahanya
bukan harta yang dimahukan
cukuplah jika mereka berkata,
TERIMA KASIH CIKGU

dan sentiasa ingatlah
guru bukan manusia ajaib
yang tidak pernah berasa sakit
yang tidak pernah dihasut hati
kadang yang diucapkan bukanlah yang dimaksudkan
kerana dihatinya sebenarnya
hanya doa-doa tulus
untuk anak-anak murid yang tersayang
walau bagaimana perit jiwanya
dipalu sedih yang berpanjangan

doanya
agar semua anak-anak didiknya berjaya
menjadi manusia
tetapi bukanlah manusia ajaib
cukup sekadar
manusia biasa yang punyai hati dan perasaan
juga punyai cita-cita yang membara
agar segala impian tercapai
dan akan tersenyum cemerlang
apabila tibanya pertemuan semula nanti
Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

3 comments:

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...