Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Super-duper-special school holidays!

          seminggu ni terasa hidup dalam awangan. bahagia sangat. hingga bila ada perkara yang berlalu yang selalunya buat aku bersedih pun tak mampu hilangkan rasa gembira ini. Ya Allah.. terasa bahagianya.. terasa berbaloinya segala kesedihan, keperitan dan kesepian selama ini.. 
         khamis malam jumaat, 30 jun bergerak dari kampung ke kuala terengganu sebab menghantar rombongan pertunangan untuk sepupu. oleh kerana adik aku tak boleh menyertai rombongan kerana perlu menghadiri peperiksaan, jadi abah minta si dia tolong drive kan ke sana. yelah.. jauh kot. nak aku sorg drive mmg tak larat.. hehe.
         perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 10 jam. penat sangat sebab tak tido semata-mata teman dia drive. yang best seisi kereta - aku, abah, mak, adik aku sama-sama berjaga teman dia memandu. haha terasa macam dah kawin! lihat dia boleh bergaul dengan famili dan saudara aku buat aku bertambah yakin dia lah jodoh aku.. :)

ni la sepupu aku, amy.. tahniah dapat orang ganu =)

        pagi sabtu bangun pagi terus call dia.. tak mandi pun haha. suruh dia tunggu depan bilik, ajak dia pegi jalan-jalan tepi pantai. haha pantai tu betul-betul sebelah chalet. memang romantik habis! seronok sangat. terasa macam dah kahwin.. macam pre-honeymoon. hehehe. penat berjalan, duduk di batang kayu yang tumbang. berbicara tentang hati, hidup kami, tentang cinta.. segala-galanya. hanya senyuman terukir dibibir kami.

sempat posing lagi.. hehe


haha. sian kena paksa berposing begini. 


cantiknya pemandangan pantai pagi sabtu tu. terasa bahagia sangat

jalan-jalan main air.. hehe
serius terasa macam sedang honeymoon

ni si dia dengan adik aku yang baru ting 4. 
haha macammana bakal abang ipar lagi rendah nih? haha

rombongan dari pihak lelaki. teka, mana saya? heheh

             dalam pukul 1 petang, selesai lah majlis pertunangan. melihat dia berbual, bergaul dengan selesa menyebabkan saya rasa sangat gembira. umpama mimpi jadi kenyataan. sebenarnya keadaan ini hanya aku bayangkan setelah berkahwin. tak sangka dalam tempoh pertunangan pun ada peluang travel dengan si dia dan famili.
          malam semalam, makan malam bersama dia dan famili tersayang bersempena harijadi mak (4 jun) , adik (3 jun) dan pertunangan aku dan si dia yang genap setahun (4 jun). wah 3 perkara istimewa yang diraikan pada malam semalam. dalam hati ini, tak terbayang betapa bahagia dikelilingi orang tersayang. makan bersama, bersenda gurau, melihat dia diterima baik dalam famili.. sangat membahagiakan. so wonderful!
         hari ini, bersama-sama dengan dia lagi pergi ke pejabat agama untuk menghantar borang nikah. rupanya perlu jalani ujian hiv dahulu. maka, pukul 2 dah terpacak depan klinik.. sakit kena cucuk... huhu. alhamdulillah selesai sudah urusan. sekarang tinggal uruskan borang nikah sahaja. sekarang JAIS sudah sediakan sistem online untuk isi borang nikah, cerai dan rujuk. semuanya online. mudahlah sikit kan? tapi masalah juga, aku ni jauh. harap-harap dapat selesaikan semua sebelum balik kampung.
            dalam dua bulan lagi, aku dan dia akan diijabkabulkan. menghitung hari-hari bahagia. aku makin membayangkan hari bahagia yang bakal aku lalui dengan dia. tahun ini adalah ramadhan terakhir aku sebagai single. haha. apa yang dapat aku katakan.. 'terima kasih Ya Allah atas kebahagiaan aku ini. betul lah kata orang, setiap perkara sedih, mesti ada gembiranya. selama aku bersendirian dan bersedihan di perantauan, rupanya begitu banyak bahagia yang menunggu. dikala terasa tiada siapa disisi, rupanya insan-insan yang menyayangi setia menunggu aku, memberi aku bahagia dan gembira yang tak pernah aku bayangkan sampai sebegini. 
           pernah terdetik dalam hati, jika ditakdirkan aku mati ketika itu, aku tak kisah kerana sudah merasai bahagia yang aku impikan selama ini. korang, doakan kami bersatu dengan segera dan dipermudahkan segala urusan ya? 




Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Monday, November 14, 2011

Aku macam mak, tapi aku seperti Abah

kadang-kadang diri kita ni dipengaruhi oleh persekitaran dan juga genetik.. haha bila fikirkan balik, rupanya ada sifat-sifat mak abah dalam diri aku.. :)

aku cepat marah macam mak, tapi kadang-kadang cool jer macam abah
aku pengasih macam mak, tapi biasanya terlebih kasih macam abah
aku ambil berat macam mak, tapi selalunya terlebih memberi perhatian macam abah
aku suka masak macam mak, tapi biasanya suka beli makanan banyak-banyak macam abah
aku prihatin macam mak, tapi selalunya terlebih risau macam abah
pipi aku ikut pipi mak, tapi muka aku banyak iras abah
aku rapat dengan mak, tapi lebih manja dengan abah
aku suka cuba sesuatu yang baru macam mak, tapi biasanya suka yang konservatif macam abah
aku lembut hati macam mak, tapi biasanya tegas macam abah
aku jarang senyum macam mak, tapi kadang-kadang peramah macam abah

haha.. tu jer yang aku dapat fikirkan.. apapun, sifat buruk kita janganlah salahkan mak ayah. dah silap sendiri, ngaku jer la.. aku ni boros, suka lengah-lengahkan waktu, tak suka lipat baju, pemarah, macam-macam la.. haha

apa pun, akak sayang mak dan abah.. rindu... ni minggu akhir persekolahan 2011.. tak sabar nak balik kampung jumpa famili tersayang... muah!


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Saturday, August 20, 2011

maaf abah...


tadi tengok 1 video pasal bapa.. pasal seorang bapa yang bisu pekak tapi sayang sangat pada anak perempuan dia. terus teringat kat abah. terasa betapa berdosanya aku terhadap abah. aku jarang hargai dia, jarang tunjukkan aku sayang dia. memang nangis betul-betul tengok video td. banyak cerita pasal abah terimbau semula..

  • aku selalu rimas kalau abah tunjukkan kasih sayang dia berlebihan. contoh, dia susah nak lepaskan aku keluar seorang diri kecuali dia yakin dengan aku. selalu adik aku kena temankan. nak drive seorang balik kampung pun dia tak bagi. 
  • sejak kecil, memang nampak dia lebihkan aku dari adik-adik yang lain. dia pernah cakap, "abah sayang along lebih dari anak-anak abah yang lain". terharu...
  • harapan dan pandangan dia pada aku selalu tinggi. selalu anggap aku paling pandai, paling cantik, paling bagus dalam hati dia... kadang-kadang takut kecewakan dia.
  • abah selalu rasa aku ini masih kecil. dia masih layan aku seperti budak perempuan yang masih perlukan perlindungan dia. susah sangat masa nak minta izin berkahwin dulu. makan masa setahun juga pujuk. tapi bila mak pujuk dan cakap, aku dah 26 tahun baru dia bagi. rasanya baru tersedar aku sudah cukup besar panjang.
  • tiap kali aku balik kampung, mesti ajak aku pergi pasar malam. sebab dia tahu aku suka sangat-sangat pasar malam. padahal kalau aku tak ada, dia tak pergi pun.
  • mak pernah cerita, sejak aku kerja jauh ni, kadang-kadang dia duduk berdua dengan mak dan imbas balik cerita-cerita aku masa kecil, nampak dia rindu sangat pada aku.. sebab aku jauh.
  • abah kalau rindu pada aku, mesti dia suruh mak call aku tapi dia jarang nak cakap. mak jer la sembang panjang lebar dengan aku. tu cara abah beritahu yang dia rindu nak tahu berita pasal aku.
  • sudah tua begini, di usia 26 tahun ini.. abah masih panggil aku 'anak abah' atau 'manja'. kadang-kadang segan sebab depan-depan saudara pun dia panggil macam tu.
  • baru perasan aku ini macam abah. suka tunjukkan kasih sayang pada orang yang disayang. kadang-kadang secara berlebihan sangat.

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, May 8, 2011

sempena hari ibu ~ kenangan bersama mak :)


           selamat hari ibu, mak!! mak hanya ketawa bila aku cakap begitu... lagi-lagi bila aku cakap aku sayang mak. hurmm... akak sayang mak sangat-sangat. tak tahu apa nak buat jika mak tiada. mak umpama nadi keluarga kita. banyak dah yang mak dah korbankan untuk keluarga kita. untuk akak, adik-adik... hurmm ~ rindu akak pd mak dan keluarga di kampung terasa sangat. alangkah baiknya kalau akak kerja kat kampung jer...
              banyak kenangan bersama mak.. selama aku hidup hampir 26 tahun ni.......
  • masa tu aku berumur 5 tahun. mak dah terlambat hantar aku ke tadika. dalam perjalanan motor pulak kehabisan minyak. mak terpaksa menyorong motor yang berat tu ke kedai minyak (masa tu stesen minyak jauh sangat. kedai minyak jer yang ada. tapi tu pun kira jauh juga kalau berjalan kaki). kasihan aku pada mak ketika itu. tapi apalah budak perempuan 5 tahun boleh bantu ketika itu.. sebab nak hantar aku pergi tadika, mak terpaksa menyorong motor jauh... rumah aku masa itu jauh ke dalam. kasihan mak.......
  • masa kecil, aku selalu rasa mak tak sayang aku. mak aku lebih sayangkan adik no.2 aku. aku dan adik aku tu beza setahun jer... aku selalu rasa tersisih. tapi mujur ada abah yang sentiasa manjakan aku. penuhi segala kehendak aku... sampai aku besar abah masih melayan aku seperti dulu. tapi semasa tingkatan 4 aku masuk asrama. masa itulah aku baru nampak sebenarnya mak sayang aku sangat-sangat. baru nampak mak tak pernah bezakan anak-anaknya.. mak ambil berat dan sayang aku. kalau aku balik hujung minggu, mak mesti masak masakan kegemaran aku. sayang mak sangat!
  • mak sangat kuat. walaupun mak wanita bekerjaya, tapi sampai jer kat rumah, ada sahaja kerja yang dia nak buat. tak berhenti-henti sampai lah malam nak tido. kasihan mak. 
  • tak nafikan mak yang banyak menyumbangkan kewangan dalam rumah. maksud aku, abah uruskan hal rumah, bil-bil. tapi mak yang banyak untuk belanja dapur. abah tu macam aku,  agak boros... hehe. adik aku macam mak, suka menyimpan duit. banyak duit belanja aku di universiti jika ptptn tak cukup, mak yang tanggung. sekarang ni bila aku sudah ada gaji, aku tak dapat beri banyak pada mak. rasa bersalah. paling banyak pon rm150 untuk mak dan rm150 untuk abah. sebab duit gaji aku dah banyak tolak untuk kereta aku. maaf mak.....
  • masa aku tahun ketiga di usm, mak terpaksa menjalani pembedahan buang rahim sebab masalah tu makin teruk. kasihan melihat mak menanggung kesakitan setiap kali datang bulan. muka mak pucat sebab darah keluar terlalu banyak. ini disebabkan mak sudah tiga kali keguguran. mungkin itu menyebabkan tiroid. jadi doktor mengesyorkan supaya mak jalani pembedahan itu. sengaja mak pilih masa aku cuti semesta, senang untuk aku menjaga mak. aku tak kisah langsung walaupun masa itu aku kena menolak kerja untuk jawatankuasa penganjuran hoki antarabangsa usm. kasihan mak, aku tengok dia kesakitan selepas pembedahan itu, terlantar di hospital seminggu. selama beberapa minggu cuti itu, aku yang menjaga mak, masak untuk mak, mandikan mak, basuh najis mak dan macam-macam. sedikit pun tak ada rasa terpaksa. semua aku lakukan kerana sayangkan mak. aku bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk bebakti untuk mak. rasa terharu sangat waktu itu. mak, nyawa pun sanggup akak berikan untuk mak...
  • satu hari tu, mak terjatuh. sampai terseliuh tulang belakang mak. terus mak tak boleh bangun. aku menangis sendirian dalam bilik melihat mak begitu. takut mak langsung tak boleh bangun. mujur lah abah mula memanggil orang datang urut, bawa pergi hospital. agak lama lah juga mak nak kembali sedia kala. sampai sekarang pun kadang-kadang mak masih rasa sakit.
  • untuk hari pertunangan nanti, aku terpaksa menyusahkan mak untuk uruskan segalanya di kampung. aku tak ada kesempatan langsung untuk balik. aku hanya mampu uruskan sebahagian sahaja. hal katering, bilik, katil semua mak yang buat. mak, menyusahkan mak adalah perkara paling akak tak sanggup buat :( 
  • aku selalu buat silap dengan mak. dulu aku pernah buat mak menangis. lupa sebab apa. tapi  berdosanya aku. kadang-kadang dalam diam aku ingkar kata mak. tipu mak. ya Allah, berdosanya aku.. :'(
  • dah besar-besar ni, kalau ada waktu, mesti mak tak lepaskan peluang keluar berdua dengan aku. aku tahu mak sunyi kat rumah. seronok berjalan atau shopping dengan mak, mak memang best friend sejati aku. tempat aku boleh luahkan segalanya. tak kisah lah, hal cinta, hal belajar, hal peribadi dan lain-lain. rindu nak baring di pangkuan mak lagi. lama tak buat macam tu.
banyak lagi kenangan bersama mak yang aku tak mampu tulis di sini. 2 bulan lebih tak balik rumah ni.. sabar ya hati, 28hb nanti kita balik.....



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Friday, March 4, 2011

ajaibnya seorang ibu itu..........

          sbulan tak balik kg buat hati aku meronta2 nk balik.... so last week aku blik mbawa bsama-sama kepala otak yg bserabut dgn masalah yg aku tak tahu apa.... tp amazing nya pjalanan 6 jam tu aku tak terasa... seronoknya macam balik raya! haha..... ;)
             smpai jer umah, lihat wajah2 kesayangan.... mak dan abah... otomatik msalah ilang wpun sbnrnyer tak setel lg... ajaib kn? apa lah yg mak baca2 smpai lihat wajah dia jer dh bt hati tenang n otak lapang... home sweet home!
             apetah lg dpt jmpe kucen tsayang, si tompok... alahai... meliuk lentuk dia tgk aku blik... maybe die pon rindu aku sbb lame x blik... hehe ~ serius! aku blik jer die sibuk golek2 depan aku. coz aku tau dia bukan fesyen cm kucen laen manje tlebey... die ni ala2 macho n garang tp pnakut.... hehehe~

ni mse bru bela dia 2 minggu... comot! pas mkn konpem kne tolong bsuhkn mulut dier! haha~

ni time dh 2 bulan jage dier... hehe ~ comey kn? dh pndai jge diri.... buang air kt bilik air. tp bilik air kne psg lmpu sbb die tkut gelap :p ~ apela..... ala... rindu la kt syg.... 

ni setelah 4 bulan jge die... sian die kaki tempang sbb kne gigit ngn kucen liar. tp baeknyer, die dh x brani kuar umah! haha ~ sian anje!


               5 tahun di perantauan buat aku muak dgn semua tekanan. bukanlah semuanya tak best kat cni.... tp aku dh x larat hadapi semua ini seorang diri... ~
Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Thursday, March 3, 2011

25 Feb 2011 ~ happy 5th anniversary sayang!




xsangka dh 5 tahun aku bersama dia. tak nafikan macam-macam yang dia dah lakukan untuk aku. byk dah dia korbankan demi aku. itu yang buat aku susah nk lepaskan dia. haha ~ kadang2 rasa sayangnya dia pada aku lbey byk dr aku sayang dia. ehhh! bukan aku tak sayang dia, cuma rasa apa yang aku buat selama ini tak semulia hati dia untuk aku.

istimewanya dia pada aku :

  • dia sangat faham aku. tahu aku tak suka dipaksa. makin di paksa, makin keras hati aku :p . n dia tahu aku x suka bsembang ketika aku mngajar. dan kalau aku sibuk, dia akan faham dan tunggu aku dgn sabar ;) ~ mgkin sbb parents dia pun cikgu, so dia fhm kerja aku ~
  • dia sangat teliti tentang aku. maksud aku, yelah tak selalu lah dia bley bg hadiah mahal utk aku. tapi yg buat aku terharu, dia sangat prihatin apa sahaja yang blaku dalam hidup aku selama ini. contoh : umah sewa aku pnh black out, ubat nyamuk aku abes n aku ttinggal payung kat sekolah. mase tu 3 bulan kitorg x dapat jumpe. yelah, dia keje syif. aku pulak jauh sgt nak balik umah, 6 jam tu! ~ tiba saat berjumpa, tetibe dia bg torchlight, payung n ubat nyamuk elektrik. tharu nya aku... sgt2 tau! mgkin bagi korg benda kecik kot. sbb aku xpnh expect dia sgt prihatin psl benda2 kecik tu..... dan tetiba rasa bsalah, apa yang aku pnh bt utk dia??? ~ ina sayang abang sangat2... x tahu la apa benda baek yang ina dh buat smpai Tuhan anugerahkan abang utk ina :'(
  • dia hormat ibu bapa aku. percaya tak selama ini, bila nak kuar... walaupon mse tu aku di universiti, aku akan minta izin dengan parents untuk keluar dgn dia. dan aku akan update ape yg kitorg buat dr semasa ke semasa. dan dia hormat dengan parents dan keluarga aku. dan paling penting ibu bapa aku restu dan suka pilihan aku wpun dia kdg2 slalu rendah diri sbb rasa x setaraf dgn aku. syg, kalau ina nk cri yg staraf, awal2 lg ina dh ade pakwe sblum syg tau. hehe ~ nk bt cmnr kn, ati ina pilih abang ;)
  • sangatttt manja~! alahai..... kalah kucing aku kot manjer dier :p ~ tp xpelah.. aku tau dia dgn aku jer manjee. ngn org laen dia pemalu :p
  • antara sebab aku pilih die, dia ade ciri2 idaman aku : pemalu dan nerd! haha~ pcaya @ tak dia jrg sgt bsembang dgn gurl mse sk. haha ~ tu buat die nmpak sweet sgt! ;) ~ kire skrg ni aku gurl ptama dia n harap2 yg terakhir ;)
  • aku seorang yg keras hati n baran sbnrnyer. n dia adalah sbaliknya. wpun bgitu, hy dia bjaya tundukkn kemarahan aku, ssh aku nk mrh dia lme2.... sbrnya dia dgn karenah aku yg mngada2 ni.. hy Tuhan yg tahu... haha ~ 
  • dia cintai aku tanpa syarat. bsrnya cinta dia pada aku dah aku rasa sejak kami mula bkenalan. dia sggup tempuh 6jam pjalanan dr port dickson - sabak bernam semata-mata nak jumpa aku sblum aku blik kampus. mse tu masih dalam proses kenal hati budi.
  • dia tahu aku ada adik angkat lelaki. dan dia tak kisah selagi aku tak melampaui batas. istimewanya dia! kalau org laen, dah lame aku kne marah~ haha.... kan?
  • byk lagi keistimewaan dia.... yg tak dapat aku ungkap dgn kata-kata.... kerana di saat jari manisku disarungkan cincin risik tu, aku bertekad utk mjaga cinta ini sebaik mungkin. tak mungkin aku akan lepaskn insan terbaik ini... 
dan 11 jun ini aku harap akan ada titik bersejarah dalam hidup kami... aku menanti saat dia menjadi tunangku... kalau tak ada aral melintang, insyaAllah, tahun depan dia akan sah menjadi milikku seorang.. doakan kami ;)


miss u babe :'(

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Thursday, February 3, 2011

demi hari esok yang separa bahagia ;)

                nama jer cuti seminggu tapi hari-hari sibuk kemas rumah... alahai...  rumah kecik jer tp  barang-barang...  Ya Rabb! tapi tak apalah kan, demi kamu , sayang..... ;))
               semalam shopping karpet untuk kedatangan famili si dia, terbang gak rm250... haii~ kalau hati dah sayang kan, apa saja mampu buat :p
                esok Jumaat, pkul 4 aku tunggu kedatangan mu sayang ke teratak ku.. menanti kamu datang menyunting aku... ohh! bahagia rasanya. rasa tak percaya pon ada... separa bahagia? of course la, sebab baru merisik ;)
                sayang beriya2 betul nak ikut skali esok kn? eh bukan pihak lelaki tak boleh datang ker? degil la sayang! hahaha :) tapi di saat ni walaupun penat tapi hati berbunga-bunga dan kalau ikut kan hati nak abah kawen kan trus esok. *gatalnyer aku.
              menu-menu istimewa pon aku akan aku sediakan. cuma kek batik kegemaran dia jer lah yang aku tak sempat sediakan. laen kali ek sayang :)
              tiba-tiba lagu ungu - tercipta untukku terngiang-ngiang di telinga ;)



# sayang, terima kasih kerana terima diri ini, terima kelemahan ina.. semoga doa dan harapan kita akan termakbul hendaknya. amin. love u always, mr. F ;)
               


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, January 19, 2011

akan bermulanya era baru....... insyaALLAH :)

          smlm call mak abah...... alhamdulillah, mak kata abah mula tanya bila si dia mahu menghantar rombongan meminang pada raya cina nanti. syukur kerana akhirnya abah terbuka hati dan mula bersedia melepaskan aku pergi. aku faham perasaan dia. aku satu2 nya anak perempuan dan anak sulung pula tu. apepun, terima kasih abah ;) abah tetap hero dalam hati ini.. :'(

        ikutkan perancangan, 4hb atau 5hb feb si dia akan menghantar rombongan. cincin telah dibeli. keluarga dia juga sudah bersedia. mujur faktor jarak tak menjadi halangan kerana rumah kami pon tak la jauh mana. harap semuanya akan berjalan dengan lancar.

        tapi kan, bila kedua2 famili sudah sedia, kenapa hati aku risau? adakah aku betul2 bersedia untuk menjadi tunangan orang? harap si dia la yang terbaik untukku. tapi aku akui aku belum menunaikan solat istikharah lagi. apepun, sedikit demi sedikit masa depan makin cerah..... tak apa lah. mula dengan langkah yang kecil. cuba sesuaikan diri dulu ;)
Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...