Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Perkahwinan Jarak Jauh - Menguji cinta dan rindu


                       dia sunyi. saya pun sunyi. melihat orang lain bergembira bersama dengan pasangan yang lain, tipulah kalau hati tak dijentik rasa cemburu. sedih hati ini memikirkan kehidupan yang bersendirian menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. segala perlu ditanggung sendiri. tiada siapa untuk disandarkan kepala, yang mampu memahami hati kecuali dia yang jauh.


              apatah lagi sejak berbadan dua ni, hati makin sensitif dengan keadaan. makin mudah kecil hati, mudah bersedih. ditambah dengan mabuk yang agak teruk dan selera yang semakin berkurang. mujurlah si dia sanggup datang hampir tiap minggu berulang-alik dari Klang - Muar.  kasihan pada dia yang bersusah-payah untuk aku dan baby. maaf sayang, Ina tak larat nak drive jauh. 
                 minggu ni genap 3 bulan kandungan. perut makin membesar. mabuk pun semakin teruk. hanya mampu sabarkan hati hadapi semua ini. kadang-kadang bila tak tahan, call dia sambil menangis. saya tahu dia ikut sedih kalau saya sedih. apakan daya, usaha untuk tinggal bersama masih tidak dimakbulkan Tuhan. mungkin ada hikmahnya untuk kami walaupun perit hati untuk menerimanya.


                   minggu depan akan buat buku merah untuk ibu mengandung. berkali-kali dia meminta maaf kerana tak dapat menemani aku ketika check up nanti. aku faham akan kesulitan dia walaupun disudut hati sayu kerana ibu yang lain ada suami yang menemani. aku sedapkan hati, cukuplah Allah memberikan bayi dalam kandungan ku sebagai teman aku hadapi getir hidup.
                     aku cuba kawal emosi  diri, takut akan mempengaruhi bayi nanti. kalau rasa rindu sangat pada dia, hanya baju dia pengubat rindu. hanya mampu call dan 3G untuk mengurangkan rindu. tadi pun baru sahaja melihat wajah dia melalui 3G. masih tak kurang rindu. 
                 sabtu ni dia datang lagi. dan dia janji untuk hujung minggu yang akan datang juga. banyak pengorbanan yang dia lakukan untuk aku. bersyukur kerana dikurniakan dia sebagai pasangan hidupku. tiap kali memandang dia, hati sentiasa memanjat kesyukuran atas 'hadiah ini. tak mungki dapat aku cari ganti lagi didunia ini.
                      sambil tulis post ni, air mata tak henti mengalir kerana rindu dan teringatkan dia. hidup sendiri di rumah sewa dan kesunyiaan semakin menggigit hati. orang boleh mengatakan macam-macam. tapi hanya aku yang menanggung tahu betapa peritnya bila berjauhan. hanya Allah tempat mengadu. tak sanggup nak luahkan pada mak abah kerana tahu mereka akan lebih-lebih risau nanti. walaupun kadang-kadang rasa dah tak mampu lagi menghadapi hari esok.
                       namun begitu, tiada apa yang mampu dilakukan selain redha atas takdir dan ketentuanNya. 



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Friday, December 9, 2011

Langkah Seterusnya.. mungkin ini bahagia abadi untuk aku.. dan dia.

        hujung minggu ini akan hadiri kursus pra-perkahwinan di pejabat agama dengan si dia. tercapai juga hasrat menghadiri kursus tu bersama dia. lebih bermakna kan? minggu lepas pun dia datang bersama famili dia untuk penetapan tarikh nikah dan kenduri. jadi dah di tetapkan kami akan bernikah pada 23 ogos 2012 (khamis malam jumaat) dan kenduri kahwin sebelah aku pada 01 disember 2012. manakala sebelah dia pada keesokan harinya. yerla.. rumah dekat kan.. senang sekali harung jer.. lagipun memudahkan sedara mara datang memeriahkan majlis.


        dalam kepala ni dah macam-macam benda fikir pasal persiapan majlis. baru fikir aku dah penat. belum lagi majlis nya.. oh ya! aku nikah awal sebab nak kan surat nikah untuk aku mohon pertukaran tempat kerja pada bulan september nanti. harap-harap permohonan akan diluluskanlah.. semoga segalanya akan dipermudahkan olehNya.
        takut, gementar, risau, gembira, sedih, teruja.. semua ada dalam hati ni. aku harap dia lah yang terbaik untuk aku. aku dah tak nampak siapa lagi yang sayang aku dan boleh jaga aku dengan baik selain dia. lagipun dah hampir 6 tahun bercinta.. tak sanggup nak bermula semula. harap Allah tetapkan hati aku.. dan semoga hanya bahagia menanti kami nanti hingga akhirnya.
         kenapa ya makin dekat hari, aku makin gelisah? macam ada yang tak kena? semua bakal pengantin memang rasa apa yang aku rasa ya? memang rasa seronok tapi hati rasa tak best.. mungkin sebab aku akan bertukar title jadi isteri orang.. aku akan jadi orang lain. lebih banyak tanggungjawab aku kena fikir selepas itu. dah bersediakah aku? huhu... :(

p/s : abang, maaf buat abang marah malam td.. rasa gelisah ini la yang ina tak tau macammana nak beritahu abang semalam.. abang, tolong redakan hati ina... :(

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Thursday, June 2, 2011

Ya Allah, berkati hubungan ini, semoga kekal hingga ke akhirnya... ameen

saya memilih awak menjadi teman hidup saya, sayang :)
           tinggal 2 hari sahaja lagi untuk majlis pertunangan aku. tak sabar. ade dua maksud. tak sabar sebab dah penat sangat buat persiapan. rehat tak cukup. lagi satu tak sabar nak pakai baju dan mekap cantik-cantik! haha :)
              rasa takjub dan ajaib sebab di kampung walaupun sibuk tapi hati rasa senang sangat, tak tertekan pun walaupun duit gaji habis untuk persiapan majlis. kadang-kadang risau juga kalau tak sempat kumpul duit untuk majlis perkahwinan tahun depan. mampukah aku?
              beberapa hari ini berutngkus-lumus bersama mak menyiapkan hantaran dan mengemas serta menghias rumah. rasa sangat teruja untuk melihat hasil semua penat lelah itu. harap-harap hantaran nampak cantik, bilik nampak lawa.. dan dah tentu aku nampak ayu pada hari itu.... cewahh! haha
               seperti yang dirancang, aku menyiapkan 9 dulang hantaran. sireh junjung, baju nikah dan sampin, sejadah, kemeja dan set ayat Al-Quran, ayam golek, pulut, coklat (buat sendiri) dan agar-agar. harap segalanya berjalan lancar. kalau ikut perancangan, pukul 9, aku pergi kedai untuk make up. dalam pukul 11.30 akan ada majlis kesyukuran sebelum famili dia datang pada pukul 12. mungkin dalam pukul 1.30 majlis selesai la. semoga tiada cacat cela dalam majlis dan kedua keluarga akan mencapai kata sepakat.
                kau orang doakan untuk aku ya? sangat berdebar....  kalau rajin, nanti aku upload pic hantaran kita orang eh! <3

p/s : untuk my sayang, terima kasih sebab memilih ina, ina janji takkan sia-siakan kasih sayang abang untuk ina. i will always love you, baby :)
                    

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Saturday, April 23, 2011

checklist utk majlis pertunangan.

        hadoiii! peningnyer memikirkan majlis tunang ni. faktor jarak dengan kampung memang membebankan. susah nak uruskan majlis. entah macam mana kalau majlis kahwin nanti... ade lebih kurang 6 minggu jer lagi utk persiapan majlis. ok, aku dah bincang dengan dia nak bagi 9 hantaran ini......

  1. baju nikah - done!
  2. kain songket - sshnyer nak cari songket silver putih.. xdapat2 lagi
  3. sejadah -  tak beli lagi.. 
  4. kasut / jam tangan / minyak wangi - pun tak beli lagi
  5. bunga rampai - cuti sk la baru buat
  6. cupcake / kek - nisa / asmah sponsor. harap-harap tak cancel.
  7. ayam golek / ayam rendang - suruh mak alang buat kn.. hehe
  8. pulut kuning n telur rebus - mak kate nak buat kn..
  9. bunga gula - ni pun mak alang buat.
  • back up plan : coklat rice / cupcake - kalau rajin la...
           banyak lagi yang tak buat. persiapan majlis :
  1. hiasan katil. - nak kena cari kain lace dan bunga. ouh cadar tak beli lagi!
  2. hiasan bilik - langsir, karpet, dan menatang2
  3. katering - suh mak booking
  4. buah tangan tetamu - ape yer yang best? jajan jer kot..
          persiapan untuk aku :
  1. baju tunang - aritu dh bli, tp rase tak sesuai. nak cari lain.
  2. tudung - tak tau nak pakai style ape lg..
  3. veil - tempah butik jer
  4. make up - tempah butik gak
  5. kasut - perlu ker??
          ape lagi yer???
  1. bile aku nak kurus?
  2. tak berkesan pon set kosmetik yg aku beli tu. same jer kulit muka nih.
  3. tengah perah otak nak beli ape lagi..
           rupanya baru baju nikah yang setel. yang lain berlambak tak beli lagi. hadoii... kusut!

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Tuesday, March 15, 2011

bakal syurga kita...

                  aduhai......... barai poket! lebur rm1800 untuk set katil. nak tgk. cm kt bwh ni la lbey kurg. aku mmg dh lme sgt minat set katil bertiang :)

td bli set katil = katil + almari 3 pintu + meja solek



tapi majlis tunang nnt nak hias camni, atau



camni.... cun x? yang mana best?

            tadi ade yang murah, tapi tak lawa. rm899 jer. aku pikir, nak puas ati ker nak yang murah. last2 aku pilih yang cam kat atas tula. biar puas ati walaupun sbnrnyer dh over budget. huhu.... banyak dah belanja keluar untuk majlis tunang nanti... belum masuk barang hantaran, tapi hati puas sebab dapat beli yang diidam2 kan selama ini.... hehehe ~ 
          semalam pon btungkus-lumus cat bilik bsama dengan mak dan adik. penat gak cat bilik nih. tapi hati bahagia bila memikirkan di sinilah syurga kami nanti. tak sabar nak kawen! :p bahagia sangat rasa... :) ouh kipas siling tak beli lagi... berape agaknya yang kuar nanti? tadi bincang pasal katering pulak..... pening2... baru majlis tunang, belum  kawen lagi.. tak pe la. masih ade banyak masa. yang penting arini sangat happy kerana dapat katil idaman ;)

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, January 19, 2011

akan bermulanya era baru....... insyaALLAH :)

          smlm call mak abah...... alhamdulillah, mak kata abah mula tanya bila si dia mahu menghantar rombongan meminang pada raya cina nanti. syukur kerana akhirnya abah terbuka hati dan mula bersedia melepaskan aku pergi. aku faham perasaan dia. aku satu2 nya anak perempuan dan anak sulung pula tu. apepun, terima kasih abah ;) abah tetap hero dalam hati ini.. :'(

        ikutkan perancangan, 4hb atau 5hb feb si dia akan menghantar rombongan. cincin telah dibeli. keluarga dia juga sudah bersedia. mujur faktor jarak tak menjadi halangan kerana rumah kami pon tak la jauh mana. harap semuanya akan berjalan dengan lancar.

        tapi kan, bila kedua2 famili sudah sedia, kenapa hati aku risau? adakah aku betul2 bersedia untuk menjadi tunangan orang? harap si dia la yang terbaik untukku. tapi aku akui aku belum menunaikan solat istikharah lagi. apepun, sedikit demi sedikit masa depan makin cerah..... tak apa lah. mula dengan langkah yang kecil. cuba sesuaikan diri dulu ;)
Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...