Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Bukan Aku

bila kita sedih kita nak seseorang bertanya pada kita
'awak ok ker? janganlah sedih lagi.. cerita kat saya, ok?'

bila kita gembira kita nak seseorang ambil tahu tentang kita
'wah gembiranya dia.. seronok tgk awak happy'

bila kita sakit kita nak seseorang ambil berat tentang kita
'awak tak sihat yer? sian awak. makan ubat tau? jaga diri selalu..'

bila kita sihat kita nak seseorang cakap pada kita
'alhamdulillah awak dah kembali sediakala'

bila kita bosan kita nak seseorang ingin tahu
'awak buat apa tu?'

bila kita marah kita nak seseorang sensitif pasal kita
'sorry.. saya ada buat salah ke? maafkan saya yer..'

bila kita kecewa kita nak seseorang berkata pada kita
'sabar yer awak.. ade hikmah disebaliknya.. jangan risau, saya kan ada'


tapi.. bukan semua orang nak kita buat macam ni. ada yang rasa kita tak layak nak ambil tahu, ambil berat, bertanya, memberi nasihat kepada dia.. walaupun niat kita hanya nak lihat dia selalu gembira dan bahagia. sebab dia special sangat pada kita.

orang yang istimewa pada kita, belum tentu rasa kita istimewa pada dia :')

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Friday, April 13, 2012

balada hati



kdg2 rse diri ni mcm...

ada tak menambah
tiada tak berkurang

tak ada kesan ape pon.
'bagai melukut di tepian gantang' pon ade.

buat baik macam mana pon.. orang tak perasan kehadiran kita.
kita hilang pon orang tak kisah. lagi happy kot kalau kita tak ada :|

hurmm...

tula, padan muka.
expectation terlampau tinggi.

tak bermakna bila kita kategori kan orang tu antara
orang-orang yang penting dalam hidup kita,
dia pon akan anggap kita macam tu, kan?

ok, faham.




huhuhu..
speechless. penat pon ade sebenarnyer.

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, March 28, 2012

jaga diri baik2 tau? jangan demam, jangan sakit-sakit, jangan sedih-sedih..



lama dh x chat.. rindu nk smbg..
nak dgr sendiri khabar berita dia dari dia sendiri

buka handbag, ambil hp
klik menu pilih mesej
taip mesej...'salam, buat ape tu?'
then pilih nama dia dari senarai contact.

SEND / DELETE

1 - 2 minit fikir....

*delete mesej*

simpan balik hp dlm handbag.
*sigh*
lupe. kan dh janji xnk ggu lg?
rindunyer :'(

risau dia tak balas.
nak chat fb dia tp nak start dulu segan.
asyik aku saja yang beriya-iya :(

I saw you, but i can't reached you,
I heard you, but i can't talk to you,
But i'm always look after you without you knowing...


akak rindu sangat kat adik :(

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Monday, March 26, 2012

Serba-salah..

               4 hari lagi dia balik. then mesti lepas ni dia selalu online. nak buat macammana ya? jangan tegur dia? ajak dia chat? offline chat dia? buat-buat tak nampak walaupun nampak dia online? buat cam biasa.. ? huhuhu.. serba-salahhhhhhhhh!

            akak sebenarnya tak tahu macammana nak berhadapan dengan adik! akak tak tahu ape salah akak. dingin nya adik akak seorang ni. lain sangat..! apa ya sebenarnya salah akak.. sampai tak tegur langsung? atau akak ni dah membosankan adik? pertama kali menitis air mata ni sedih pasal dia.. :'(

          dulu adik pernah cakap, akak selalu anggap bukan-bukan pasal adik.. ermm x maksud pon! tapi bila keadaan jadi macam ni, akak tak dapat elak untuk berfikir bukan-bukan! adik nak akak buat macam mana sebenarnya ya? tolong lah beritahu apa yang sebenarnya.. bila akak tanya, adik cakap tak ada apa-apa.. :(

          sekarang ni, kalau nampak dia online.. aku lebih selesa offline chat. ada dua sebab.. pertama, taknak berharap dia akan mula chat atau aku akan ganggu dia pula. kedua, taknak buat dia rasa tak selesa. biar dia online puas-puas. tak apalah, aku jadi silent reader jer.. kalau aku boleh jadi invisible, aku dah buat dah..


          betul-betul tak faham.... ada tak doa yang boleh menghilangkan rasa sayang? please... nak sangat!

lepas ni kalau terserempak mesti jadi awkward kan? =='


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Monday, October 24, 2011

Post Aku yg ke ~ 101

Lebih baik menangis dengan orang yang betul, daripada ketawa dengan orang yang salah

aku ni mudah sangat lupa diri, selalu terlebih batasan. ape nak jadi.. !
Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, October 23, 2011

24/7

macam kebal tapi lembik
macam kuat tapi lemah
macam tak kisah tapi itulah yang ditatap
macam tak suka tapi macam apa entah

aku kah itu
yang aku sangka sudah kebal dan kuat
yang aku ingat sudah macam tak kisah dan tak suka
yang aku fikir ala... boleh blah!

tapi seminggu itu
seminggu yang menunjukkan kepada aku
aku masih tak sembuh
aku masih macam dulu
aku masih tak sedar diri
aku masih lupa diri

oh! kasihan dia
maafkan ina
ina buat lagi rupanya
ina buta hati lagi

cukuplah 24/7
seminggu itu
hati, kuatlah!

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, October 2, 2011

Selamat Hari Lahir, Anastasya (Tasya)

(siapa yang tak tahu tasya yang mana, aku pernah cerita dulu di sini)

           pukul 9 pagi tadi pergi ke tanah perkuburan anak murid aku, ditemani dengan 3 orang bekas rakan sekelas dia. hari ini hari lahir dia, kalau dia masih hidup.. hari ini genap dia berumur 15 tahun. mula-mula sampai ke kubur dia, dalam hati terdetik, "kecilnya kubur..!" ~ nampak sangat semasa dia sakit tubuh dia bertambah kecil apatah lagi dia memang kecil molek orangnya.
             ada rasa sebak dan insaf dalam diri. siapa kata ajal hanya tiba ketika tua? siapa kata sakit itu tiba pada yang berumur? ajal maut di tangan Allah. dia lebih disayangi jadi dia diambil dahulu. meninggalkan orang-orang yang sayangkannya. kadang-kadang terfikir, ajal yang lebih awal sampai lebih baik daripada umur yang panjang tapi penuh dosa. berapa banyak dosa dah aku buat sepanjang 26 tahun ni? berapa banyak pahala yang hilang angkara dosa-dosa itu? 
            aku cabut rumput-rumput yang melata di kubur dia sambil berdoa dan berzikir.. semoga pahalanya sampai kepada arwah. selesai membaca yassin aku bacakan selawat agar rohnya tenang. tapi aku tahu, budak sekecil dia insyaAllah tiada dosa besar yang tidak dapat diampunkan. dibesarkan dalam kelompok kawan yang pakai tudung macam chipsmore, alhamdulillah aku lihat dia tak pernah menayangkan rambut dia. perangai elok, tak pernah dengar dia buat perangai di sekolah. tak pernah dengar guru-guru komen perkara buruk pasal dia. semoga apa yang baik-baik itu ada pada dia. 
            sebelum melangkah pergi, dalam hati aku ucapkan kepada arwah.. "Selamat Hari Lahir, Tasya. kalau Tasya hidup lagi, mesti minggu depan Tasya akan menduduki PMR." aku tahu dia sentiasa dibawah lindungan tuhan. semoga segala dosanya diampunkan dan ditempatkan dalam kalangan orang yang solehah. Alfatihah.

tasya yang bertubuh kecil di tengah-tengah gambar ni. comel kan dia? semoga dicucuri rahmat keatas rohnya.
gambar ini aku ambil semasa hari sukan sekolah, waktu dia sertai pasukan kawad seliaan aku.


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Friday, September 30, 2011

ina buat untuk diri ina.. dan untuk kita

25 sept 2011 ~ pukul 12 tengahari. aku deactivate akaun (untuk sekian kalinya)

          sebab? aku nak jadi diri aku sendiri dan untuk dia. lama dah agaknya aku kurang bagi perhatian pada dia. terlalu ketagih pada fb. hidup jadi tunggang-langgang. semua kerja terbengkalai, kerja sekolah.. kerja rumah semua aku abaikan sebab fb. 
          aku nak jadi diri aku yang dulu. yang tentunya lebih baik dari sekarang. dulu aku bukan ina yang sekarang. kadang-kadang timbul rasa benci dan malu pada diri sendiri, rasa aku dah zalimi diri sendiri dengan perlakuan begini. lebih-lebih lagi bila dia merasakan aku juga mula mengabaikan dia. so i need to stop all these things. 
         bukan mudah melakukannya. easier said than done. hari pertama.. bagai nak gila aku dibuatnya. tak tahu nak buat apa. hampir sahaja buka balik akaun. akhirnya aku keluar rumah.. untuk hilang rasa tak tentu arah. hari kedua.. makin reda. begitulah hari seterusnya.. 
         memang rindu segala-galanya yang ada di fb. terfikir.. aku betul-betul nak delete ker? sebab sekarang aku rasa aku sudah mula rasa tak terlalu ketagih. aku dah boleh buat perkara lain. hidup aku juga mula teratur, mula rasa tenang. aku mula mencari hobi baru... mula cari novel baru, menonton tv.. dan nampaknya agak berkesan.. tak terlalu fikirkan fb macam dulu. alhamdulillah.. semoga berkekalan..
        dan tentunya ini berita gembira untuk dia. dia mahu aku yang dulu. yang hanya beri perhatian pada dia. kasihan.. lama rupanya aku abaikan dia. sayang, ina minta maaf.. 

doakan hati aku kuat untuk delete!
demi dia.


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Monday, August 1, 2011

cemburu pada masa lampau dia..

                 semalam dapat kad kahwin. kawan lama aku, A yang kali terakhir aku jumpa semasa aku darjah 6. teringat betapa comel dan cantiknya dia masa itu. ramai kawan lelaki aku yang minat. sangat sopan, dengan gaya muslimah pula, sesiapa pun akan suka. 
              dan tetiba teringat pasal si dia, tunang tersayang. semasa masih dalam proses kenal hati budi, dia pernah kata dia suka kawan aku ini. kadang-kadang terbit perasaan jahat dalam hati. kenapa aku tak secantik itu? kenapa dia tak mencari wanita seperti itu? kenapa pilih aku yang tentunya berbeza dengan A? 
               bodohnya aku cemburu dengan masa lalu dia. aku cemburu kerana A perempuan pertama yang dia suka, walaupun aku perempuan pertama menjadi teman wanita dia. aku cemburu kerana aku tahu A lebih segala-galanya dari aku. dari semua segi. walaupun A adalah 'crush' dia, aku tetap cemburu. mungkin kerana aku kenal betapa istimewanya A. 
              mungkin aku perlu tambah keyakinan pada diri sendiri. tanam dalam-dalam kepala aku yang dia pilih aku sebagai bakal isteri dia, bukan orang lain. hurmm... syukur. semoga dia adalah jodoh aku yang sebenar-benarnya. dan semoga aku lah tulang rusuk dia yang hilang itu.
                 


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, July 13, 2011

Ya Allah, sabarkanlah hati aku...

                   untuk menuju jalan bahagia itu bukan mudah. banyak cabarannya supaya kita tak mudah lupa diri. aku tahu itu. tapi kadang-kadang pedih juga hati ini. alhamdulillah.. setakat ini rumah sewa yang aku duduki ini ok. rakan serumah yang ok. walaupun mereka kerja biasa-biasa saja, tapi aku nampak mereka ialah orang baik. alhamdulillah.. lagi satu perkara baik, tuan rumah baru ni kata aku tak perlu bayar deposit untuk bulan ni. alhamdulillah.. terima kasih Tuhan kerana mendengar rintihan hati. sebab aku sangat-sangat kesempitan duit pada bulan ni. tak tahu la nak korek duit tang mana masa pergi ke Langkawi hujung bulan ni. tapi apa pun, rezeki Allah tu ada di mana-mana. 
                    semakin lama jalani hidup sendiri ni, aku lebih banyak simpan masalah kepada diri sendiri sejak aku belajar hidup sendiri, tanggung masalah sendiri. lama-lama dah terbiasa tak berkongsi masalah dengan orang lain. kalau sudah tak larat lagi menanggungnya, paling-paling aku akan luahkan pada si dia, mak atau kalau aku rasa tak tahu nak luahkan macam mana, aku menangis dalam bilik sendirian. memang perit. tapi buat aku lebih menghargai masa bahagia, masa senang aku. 
                      aku pernah baca satu hadis (tak pasti ayat yang betulnya macammana) lebih kurang macam ni lah.. jangan luahkanlah masalah kepada manusia kerana hanya kepadaNya patut kita berkeluh kesah kerana Dia suka mendengar rintihan hambanya.. itu sebenarnya cara kita mendekatkan diri kepadanya.. InsyaAllah, Dia Maha Mendengar, sampai masanya tentu masalah kita itu akan terlerai dengan sendirinya, dengan cara yang kita sendiri tak terjangka. walaupun perit bila ditimpa ujian tapi aku tak berani mempertikaikan kenapa aku diberikan ujian itu, sedangkan aku tak pernah persoalkan disaat aku diberikan kesenangan.
                    sekarang aku cuba bertahan dan bersabar. aku tahu ini proses kedewasaan yang aku perlu lalui. dan aku patut tahu ada orang lain yang lebih hebat cabarannya. Ina, bersyukurlah atas dugaan ini...

p/s : hari ni aku amik CRK. demam pula tu. tak tahu la sebab penat atau sebab makan durian. haish.. harap-harap esok demam aku kebah.. 


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, June 22, 2011

kenapa ya bila time 'bendera merah' perempuan mesti emo?

                      err... sure la status ni aku tak boleh nak tulis kat fb aku kan? so aku tulis kat sini la. walaupun aku tengah emo dan tak betul, aku masih waras lah nak tulis status yang ok jer.. ramai kot cikgu dan anak murid aku nak tengok.. letak pic aku lama-lama pon aku segan, lagi lah post status yang bukan-bukan... 
                   selalunyer kalau time emo, aku tak tahu aku rasa ape. sedih, gembira, suka, penat bercampur-campur. tapi banyak rasa yang tak best la, tapi malam ni aku nak deactivate akaun fb. sebab ape? tak ada sebab. percaya? aku pon tak percaya dan tak tahu sampai bila aku nak buat camtu. entah-entah untuk beberapa jam jer. yela, itu sahaja jer la hiburan untuk aku kan. takkan nak keluar malam-malam ni pergi clubbing pula. ok, sekarang aku nak uji diri aku, berapa lama aku boleh hidup tanpa fb? masa bermula sekarang! (9 mlm, 22 jun).
               kalau kau orang masih ingat, ini adalah salah satu azam aku untuk mulakan diri aku yang baru. kurangkan online, dan kalau kuatkan hati, terus delete akaun fb. semoga hati aku dikuatkan. banyak masa terbuang. banyak benda buruk mula melanda diri. sifat malas, kurang produktif, suka tayang gambar, berbual dengan lelaki (walaupun sekadar kawan jer kan) dan lain-lain. dan tentu-tentu sekali anyam 'ketupat' takkan terlepas (mengumpat).
                  dan aku rasa lah kan.. kalau tak ada facebook ni, mesti kapasiti broadband aku akan bertahan dengan lebih lama lagi. yelah, mesti aku cuma layari internet dalam masa yang pendek saja. setakat cek email atau baca surat khabar online. 
                tapi memang berat lah sebenarnya nak delete akaun kan. sebab ia bermakna aku akan terputus hubungan dengan kawan-kawan lama, dengan adik, dan tak tahu cerita terkini dia orang. ermm.. boleh kah aku? adakah perkara ini akan menyebabkan stress aku bertambah teruk? err.. aku ni cerita panjang pula, macam la aku boleh tak berfb lama-lama... hehe (ok, hati bertahan lah) susah ok nak buang rutin harian. yela, asal ade masa free jer, tak kira kat sekolah atau kat rumah, sure aku online walaupun kat hp jer ( encek tunang dah set up hp aku free internet 24/7 walaupun dalam hp aku ade 13sen jer. hehehe)
                   ok, berbalik pada tajuk di atas (giler panjang intro kan? abaikan) aku pun tak tahu apa sebabnya. contoh macam sekarang la, aku emo sebab aku sedang 'sakit puan'. dan aku teringin nak deactivate fb aku. aku ingat dulu kalau time period aku teringin nak beli lingerie yang seksi-seksi. warna merah terang lagi! hahaha (gatal kan?). tapi aku tak pakai pun. apela. atau biasanya aku akan borong coklat banyak-banyak. dan biasanya mood kembali ok. sebab kajian mendapati coklat boleh meredakan mood yang panas.. hehe
                           tapi biasanya mesti ada perubahan hormon kan bila period ni kan? ermm.. tak pasti la hormon ape. (malas nk google). tapi inilah lesen besar kita kan nak marah-marah dan emo-emo kan? hahaha. ok mengarut dah. erm tak tahu nak tulis ape. ok dah. bye.



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Thursday, June 9, 2011

Wajah Itu



bila aku lihat wajahnya
terdetik dalam hatiku
wajah ini kah yang akan menemaniku hingga ke akhirnya
yang akan sabar menjalani hidup di sisi aku kelak
yang akan setia menjadi suami dan ayah anak-anak ku
yang akan sentiasa tersenyum dan menenangkan disaat getirku

diakah yang akan 
tak serik melayan baranku
menahan amarahku
melembutkan kerasnya hatiku

diakah yang akan
tetap berdiri teguh 
di saat hati ini berdarah, naluri menangis..
yang akan memelukku
dan berkongsi kekuatan denganku

aku cuba yakinkan diri
dia akan tetap menjadi diri dia
seperti adanya dia di sisi aku sekarang
seperti  teguhnya aur menemani tebing
seperti tabahnya pantai walaupun dihakis ombak
semoga dia tetap menjadi dia

dalam mata dia
aku lihat cinta
aku lihat bahagia
aku rasa sempurna

pada senyuman dia
aku rasa istimewa
aku lihat harapan
aku rasa magika

istimewanya dia
semoga inilah satu-satunya si dia 
sang lelaki yang aku labuhkan cinta aku
untuk selamanya

p/s : menulis saat hati rindu sangat pada dia.
 abaikan ritma saya yg bercampur dan tak ikut urutan. 

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Friday, May 27, 2011

a brand new me :)

               
       rasanya mungkin aku dapat inspirasi baru sempena aku tak dapat tukar sekolah untuk jun ni. kesian kan orang muar masih kena hadap muka aku lagi... hehehe. haa.. inspirasi baru aku tu ialah, mulai buka sekolah nanti, aku cuba rebranding diri aku.. buang yang keruh, ambil yang jernih..

  1. semoga aku akan jadi perempuan yang lebih baik. lebih taat dalam beragama (senang sebut, susah nak buat)
  2. aku jadi manusia yang bersyukur dengan rezeki dan redha dengan ujian (kadang-kadang aku tak nampak apa yang Allah telah berikan pada aku, yang aku tahu mengeluh dengan ujianNya)
  3. meninggalkan perkara yang melalaikan dan mungkin menyesatkan. (contoh : macam facebook kot. aku cuba kurangkan online. sedikit demi sedikit sampai akhirnya aku boleh delete akaun aku tu. banyak sangat masa aku terbuang begitu sahaja)
  4. aku nak tinggalkan satu perkara yang aku sangat suka dan sangat sayang. dah jadi sebahagian diri aku. mmg susah nak buat. tapi aku KENA buat juga, demi kebaikan emosi dan diri aku. apa dia? biarlah rahsia.... :)
  5. kena belajar berjimat, ni baru tengah bulan dah pokai.. haha.. aku memang boros.. nampak macam tak beli apa-apa, tapi tengok kat akaun, dah kering.
  6. kurangkan keras hati. hurmm si dia dah merungut kata aku sekarang susah nak dengar kata dia dan suka buat hal tanpa beritahu dia. aku tahu dia risau. sorry sayang, ina cuba tak buat lagi ;(
  7. perlu belajar tahan marah. kadang-kadang kasihan students aku, kena marah jer. tapi hati dah geram, apa pun boleh jadi.
  8. dah la tu. yang atas semua ni belum tentu boleh tunai semuanya.
rasa-rasa boleh ker aku buat semua ini? hurmmm......

p/s : mood masih terasa dan sangat berkecil hati dengan seseorang, sampai hati ya buat macam tu? betul-betul tak kisah dan tak ambil berat. bertanya pun tak... awak ignore saya, saya pun akan ignore awak ;((

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Thursday, May 19, 2011

jika pilihan itu terletak di tangan..

jika kita punya kuasa untuk memilih
jika kita mampu menentukan takdir hati
tentu bahagia sentiasa, betul kah?

jika aku mampu mengarahkan hati aku
memilih sendiri orang yang aku sayang, bagaimanakah agaknya?
tentu tak sakit  begini
namu semuanya takdir tuhan yang menentukannya

kadangkala kita tak punya sebab mengapa hati kita memilih mereka 
sebagai orang-orang yang disayangi
mengapa hati kita enggan memandang yang lain
yang kadang-kadang akal merasionalkan 
dialah yang perlu kita dakap dalam hati

tapi itulah sekeping hati dalam jasad
yang cuba menentukan langkah hidup
yang kadang-kadang akal yang waras pun tak mampu halang
apa yang hati ini mahu

hati ini selalu terburu-buru
selalu membantah kata akal yang tak jemu-jemu menasihati,  memarahi 
jangan! jangan! jangan buat sayang!
walaupun sudah tahu ikut kata hati itu mati

hati ini memang begitu
kadang-kadang sakit di mata
tapi di hati tercari-cari
kadang-kadang akal membenci
tapi di hati menanti-nanti
kadang-kadang badan dah lelah
tapi di hati tetap menunggu pasti
ya, hati memang tak pernah kenal erti penat
tak pernah kenal erti serik
itulah dia sekeping hati aku
yang kadang-kadang
mungkin tanpa kau sedar
kau carik  dan pijak
tetapi kemudian kau cantum kembali dengan senyuman
yang kau pandang sepi
tetapi kemudian kau muncul kembali bawa secebis harapan

jangan  buat hati aku begini!
kerana
walau beribu kali kau injak-injak
walau seringkali kau endah tak endah
hati ini tetap begini
menanti-menanti
walaupun hampir hancur keadaannya
menahan siksa kesakitan yang kau hadiahkan
namun kesakitan itulah yang hati ini tafsirkan sebagai cinta

hati aku menyayangi insan pilihannya
hati aku mencintai insan tersayang setulus hati
kerana hati ini 
tak pernah sayang setengah-setengah
tak pernah cinta separuh-separuh
bagaimana bentuknya, begitulah yang hati ini persembahkan
jika kau memaksanya melupakanmu
bermakna kau memaksanya menamatkan riwayatnya

aku mahu kau berfikir dahulu sebelum berjanji dengan hati aku
walaupun hati ini tak pernah berkata apa-apa kepadamu
namun hati akan menanti janji itu ditepati
walau bibir berkeras mahu menjadi wakil perantaraan
namun hati tetap sabar dan berharap
'tak apa, nanti dia ingatlah apa yang dia sudah janji dengan saya'



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, May 18, 2011

kepala aku KUSUT!!

maybe kot ade kaitan dgn "bendera merah" yg aku dapat arini. 
giler byk perkara yang akan berlaku dalam hidup aku dalam masa terdekat ni.


  1. tadi tuan rumah bagitau, suami dia nak duduk sini (rumah sewa) aku, jadi aku kena berambus keluar la.. aduhai.. giler malas nak pindah randah ni. kena cari rumah sewa lain secepat mungkin.
  2. 25mei ni tau keputusan pindah sekolah. entah dapat ke tak aku tak tahu. macam tak dapat jer. kadang-kadang aku harap sangat aku dapat. kadang-kadang aku harap aku tak dapat. entah apa-apa aku ni.
  3. 4jun ni aku nak tunang (ni berita yang buat aku keep on smiling). tapi serabut gak. giler banyak perkara tak setel lagi.
  4. mujur tadi dapat lepaskan diri dari perkampungan akademik sekolah yang akan diadakan pada 29 - 31 mei. aku bagila alasan aku nak tunang..... hehehe
  5. eh! baru 4 benda. kenapa aku serabut sangat nih???
SENGAL

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Tuesday, May 17, 2011

cikgu rindu tasya :(

              pagi khamis lps (12 mei 2011) anak murid kesayangan, anastasya azmi telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit barah kelenjar (lymphoma cancer). terakhir bersembang dengan dia semasa 30 April, masa tu dia sedang menjalani kemoterapi untuk barah dia. kasihan, baru berusia 15 tahun. pelajar yang sangat baik, dan mendengar kata guru, serta pelajar harapan sekolah untuk pmr tahun ini. 
             sebenarnya aku cuma mengajar dia tahun lepas subjek ICT. itupun cuma 2 masa setiap minggu. mula-mula nampak macam sombong budaknya, tapi lama-lama tahu dia sebenarnya pendiam dalam kelas. tak  tahu mengapa dia suka rapat dengan aku. alhamdulillah la kan, ada pelajar suka kita. kebetulan dia sama rumah sukan dengan aku. tapi dia memang ada kebenaran dari doktor supaya dikecualikan untuk bersukan kerana dia ada penyakit asma. cuma semasa cuti bulan mac yang lepas dia dijangkiti kuman di paru-paru.
              rupa-rupanya itulah permulaan penyakit barah dia. aku rasa doktor agak terlambat mengesan barah tu. bulan april yang lepas aku macam terperasan dah lama tak terserempak dia di tangga sekolah. sebab dia antara pelajar yang rajin menegur aku di sekolah. rupa-rupanya dia sedang terlantar di hospital akibat dijangkiti kuman di paru-paru. sedih sangat hati melihat tubuh kecil dia bertambah kurus. salur getah berselirat di badan dan tangan dia. kasihan, sampai bengkak tangan dia kena masukkan salur getah. masa tu 3 hari sudah dia tak boleh makan sebab dia muntah. kasihan sangat... sebenarnya aku pun tak tahu kenapa Allah gerakkan hati aku pergi lawat dia di hospital masa tu. tapi aku syukur sebab dapat jumpa dia...
                 teringat kenangan dengan dia. masa tu ada acara merentas desa sekolah. oleh kerana dia tak boleh berlari, jadi dia merayu pada aku izinkan dia ikut aku jaga check point di tanjung. aku tak benarkan sebab aku tak bawa helmet lebih. lagi pon kalau apa-apa jadi, accident ker, aku yang kena. terpaksa aku tinggalkan dia di sekolah, maafkan cikgu ya.... ;( lagi satu semasa sukan sekolah, setiap rumah sukan mesti menghantar satu pasukan kawad dan dia dengan semangat dia nak masuk pasukan kawad aku. aku risau kalau dia pengsan sebab dia agak lemah sebab perlu berdiri di tengah padang masa hari perbarisan. tapi dia kata tak apa, mak dia bagi. jadi, aku wajibkan semua pakai kasut putih untuk hari perbarisan, ni yang dia kata pada aku

"Cikgu, kalau saya cakap , cikgu jgn marah ea ? Sbnrnye kan cikgu, saya dh tanya ramai kwn2 yg ada kasut putih, tp dorg x nk bg pinjam .. Jd, saya ambil keputusn nk undur diri dari prbarisan boleh x cikgu ..? Saya sbnrnyer takut nk berterus terang dengan cikgu sebab takut cikgu marah dan nanti lepas nie kita dh x baik2 mcm2 dlu.. Saya harap cikgu faham.. Saya x nk kehilangan seorg cikgu yg amat saya sayangi .. :(

  •                tadi aku lihat facebook dia sedang online, aku tegur..rupanya makcik dia. aku minta maaf sebab tak dapat hadir masa hari pengkebumian. sembang-sembang sekali makcik dia cakap.... 
     
    makcik tasya : oh. cikgu ni lah yg selalu dia cite pd sy .. hurmmm...thnks cikgu sb dpt didik tasya dgn baik skali ...
    aku : dia cerita apa?  hmm xdela gak, sy ajar dia thun lps jer. btw, welcome :)

                rasa-rasa   apalah tasya cerita pasal aku ya? hmm... terima kasih tasya.. cg sayang tasya gak :( masa 12mei tu kawan aku call dari sekolah, beritahu tentang pemergian tasya. macam tak percaya.. sebab katanya dia semakin sihat... rupanya Allah lebih menyayangi dia.. sedih tak dapat pergi pengkebumian dia sebab masa tu aku demam dan tak tahu mana satu rumah dia. insyaAllah aku dan kawan sekelas dia akan menziarahi dia di kubur.. cikgu rindu tasya, semoga tasya bahagia di sana. teringat2 senyuman dan semangat kuat tasya. kurang dah seorang pelajar yang rapat dengan cikgu, cikgu maafkan dan halalkan semuanya... :( alfatihah



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, May 11, 2011

selamat kembali ke sekolah, adik. sebenarnya akak berkecil hati.

                

        esok dia akan mula kembali ke sekolah. masuk tingkatan enam. yup, dia tak dapat mana-mana tawaran pon. tak apalah. tingkatan enam pun ok. aku pun dari tingkatan enam dulu. akak doakan adik berjaya dalam stpm. jangan banyak main dah tau... ini peluang adik yang mungkin yang terakhir untuk masuk ke universiti.
               sekolah yang dia nak masuk pun tak jauh dari sekolah aku. kadang-kadang jahat juga hati aku. rasa gembira pun ada dia tak dapat mana-mana universiti, sebab dia akan sentiasa ada di muar. jahat kn? tapi bukan maksud aku tak doakan kejayaan dia.
               semoga dia berjaya dunia akhirat. ermm.. dan semoga dia tak lupakan aku. dia dah aku anggap macam adik aku sendiri. kira macam pengganti adik aku yang jauh. semoga hubungan ini berkekalan.
                tapi aku dapat rasa dia tak seperti dulu, tak mesra macam dulu. bila ajak bersembang pun macam nak tak nak sahaja. tapi yang peliknya bila ada kawan-kawan dia cuba mesra dan dekat dengan aku, mula lah dia mesra dan post something, cuba menunjukkan kepada kawan-kawan dia tu bahawa aku ini kakak angkat dia. kenapa lah adik tak macam dulu? 

untuk : adikku yang tersayang ;)
               akak tak faham lah dik... akak tak kisah pon kalau adik ada ramai kawan. betul. tapi akak sangat terasa bila adik ada kawan baru, adik tak nak sembang dengan akak. akak cuba juga komen di fb adik, tapi adik jarang balas, selalunya hanya tekan 'like' pada komen akak. erm... tak best dah eh kawan dengan akak? :(
           akak cuba buat-buat tak kisah, masih komen status atau post kat wall adik, masih tegur adik walaupun terasa sangat. tak apalah kalau adik rasa dah bosan. nak buat macam mana kan? lagipun adik dah ada sekolah baru, kawan baru, kelas baru, cikgu baru..... :(
              cuba juga post status, harap-harap adik faham ape yang akak rasa, tapi rasanya adik tak sedar pun. bila akak cuba buat-buat tak kisah, bila akak mula sembang dengan yang lain, adik cemburu pula. aduhai... tak faham. akak cuba lupakan apa yang adik cakap dulu. cuba lupakan yang adik pernah cakap akan tetap berkawan dan tak lupakan akak. banyak kali dah akak sakit hati dengan adik... sedih tau disakiti oleh orang yang disayangi.
             akak cuba pujuk hati ni, pujuk hati mengatakan, tak apalah... mungkin sebab adik muda lagi. tak faham dan tak sedar apa yang adik buat tu menyakitkan hati akak tanpa adik sedar. ya, akak yakin adik tak maksudkan pun nak buat macam tu. sebab adik pernah kata adik sayang akak kan?
            tapi kan adik, walau apa pun... akak doakan adik berjaya dalam stpm tahun hadapan. semoga adik tak kecundang lagi. jangan ulangi kesilapan yang lalu. pasal akak, adik tak payah risau lah. pandai akak jaga diri. kadang-kadang nak berkongsi rasa dan cerita hidup akak dengan adik, tapi takut nanti adik cakap "kenapa cerita dengan adik?" lagi. rasa bertambah-tambah jauh dengan adik. dah lah adik tak sekolah dengan akak. bila ajak bercerita pun adik layan tak layan jer.... sedih... ;(
            adik, 4hb ni akak bertunang, doakan akak yer. akak harap sangat akak bahagia dengan si dia. tapi adik pun bahagia jugalah ya. dan adik betul-betul tak kisah ke akak minta pindah dari muar? i'm just wondering about that... what ever happen, you'll always in my heart, adik. miss the old you. really :(








Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Monday, May 2, 2011

eren - takkan pisah


mood sedih-sedih ni, layan lagu moody la... huhu

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

tak sukanya rasa macam ni........


bangun-bangun pagi jer aku dah termenung......... sedih.... :(
                 hari ini cuti hari pekerja. tapi aku tak rasa macam cuti pun sebab aku tak balik kampung. hati rasa sunyi jer. pagi-pagi dah menangis sendirian. Tuhan, pedihnya hati ini. rasa tak tertahan lagi hidup sendirian. semua insan yang disayang jauh. (tak banyak kali kan aku tulis pasal ni. tak pelah, tak ada siapa pon bace blog ni).
           aku tau ramai yang sayang aku. family, si dia, nisa, kak huda n jijie pon selalu bagi support. tp masalahnya semuanya jauh dari mata aku, tak ada yang dekat di sisi. sakit tahan sorang-sorang. aduhai........... bukan tak bersyukur tapi..
             tapi semua kesusahan ni buat aku lebih menghargai insan-insan tersayang. buat aku lebih sayang mereka. buat aku rasa betapa berharganya dia orang dalam hidup aku. lagi-lagi kalau dengar suara mak abah kat telefon. aku tau diorang pon rindu kat aku, tapi nak buat macammana, tuntutan kerja menyebabkan aku dah lama tak balik kampung. sabar yer hati, 3 minggu jer lagi.....
                   

Ya Allah, jauhkan aku dari berkeluh kesah......... :(



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Tuesday, April 19, 2011

25 mei ~ penentu langkah hidup..

         arini hantar surat permohonan pertukaran guru untuk bulan jun 2011. arini last day untuk urusan sekolah. waktu rehat, aku berjumpa pengetua personally......

pengetua : kenapa minta pindah?
aku : sebab ayah saya sering sakit. ada saya kepilkan sekali surat akuan doktor
pengetua : di mana saya nak sign? ( aku tunjukkan tempatnya n dia sign)
aku : (dalam hati ~ alhamdulillah)
pengetua : mas ade kabel ker?
aku : tak ada. saya cuba nasib jer ni. ade rezeki, adalah.
pengetua : mas dah kawen?
aku : belum
pengetua : maaf lah yer mas, tapi pak sham nak cakap, susah untuk mas dapat tukar sebab mas belum kahwin.
aku : tak pe, pak sham. saya cuba nasib jer.
pengetua : mas tak seronok ker di sekolah ni?
aku : seronok. tapi saya skrg mcm tak ada sosial life. tak ada kawan rapat. keluarga n saudara pun tak ada. sebab tu kot saya minta pindah. lagi2 lepas cg huda n cg nisa pindah (mase ni suara aku dah serak)
pengetua : awak rapat yer dengan huda n nisa?
aku : (hanya mampu anggukkan kepala. suara tersekat. sangat sebak)
pengetua : kan seronok duduk di muar. suasana baik, kehidupan aman. susah nak masuk selangor ni. 
aku : mungkin sebab saya dah lama hidup sendiri, pak sham.. sy syg sekolah ini, tapi i dun hv a life after school. sangat sunyi. ( air mata dah menitik. malu ok.)
pengetua : tak apalah. pak sham doakan semoga mas dapat tukar. tapi tulah, kalau boleh, mas cuba bina hidup sendiri dulu, cari pengalaman..
aku : saya cuba, pak sham. terima kasih banyak..


              macammana la aku boleh menangis depan pengetua tadi? alahai malunyer... mujur dia sokong permohonan aku. sekarang aku hanya bergantung pada doa dan rezeki tuhan supaya impian dan harapan aku ini tercapai. bukan aku tak sayang sekolah atau muar, dah 2 tahun aku di sini. banyak sangat kenangan manis yang aku lalui di sini. banyak aku jumpa insan-insan yang baik di sini. tapi mereka pon ada kehidupan masing-masing. bukan boleh selalu ada saat aku perlu.
            berbekalkan semangat dari abah mak, si dia dan teman2.. aku beranikan diri isi borang pertukaran guru tu.. sedih sebenarnya nak tinggalkan muar... :'(. semoga 25 mei ni akan bawa perkhabaran gembira untuk aku. semoga inilah yang terbaik yang sepatutnya berlaku....... amin. 

p/s : korang.... plz doa kan. aku mohon sungguh-sungguh....


"masih mencari sebab kenapa insan-insan tersayang semuanya berada jauh dari mata. aku sunyi. aku mahu ada bahu untuk ditumpang, ada tangan mahu memimpin, ada mata mahu memerhati dan menjaga, ada senyuman yang diukir... namun apapun, mereka sentiasa dekat di hati"



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...