Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru : Tahun Ketiga Ku :)

Semalam 16 Mei. ada sambutan hari guru di sekolah.

            2 malam sebelumnya dah tungkus-lumus buat brownies cheese untuk kawan-kawan dan ex-students nak datang. malam sebelumnya sibuk cari tudung untuk hari guru. melaram sikit sempena hari guru. haha :)
            tiba hari guru. siap2 bawa 2 biji kek n 10 kek kecil ke sekolah. harap-harap cikgu-cikgu suka la kek tu. sebenarnya ex-students tu termasuk jijie (adik), shikh, adila, nurun nazihah dan kawan mereka, syafiq. pukul 9 lebih mereka datang tapi duduk di koperasi sementara aku di dataran mengambil gambar beramai-ramai. seronok bukan kepalang bila mereka datang. rasa terharu sebab mereka sanggup tunggu majlis habis sampai pukul 1 petang. gembira habis!

gambar beramai-ramai guru dan pelajar

          semalam, adik dan shikh tiba-tiba jadi peramah! padahal sebelum ini nak cakap sepatah depan-depan memang payah. tapi seronok. asyik gelak jer melayan karenah mereka. tangkap gambar banyak-banyak, gurau senda, usik-mengusik.. memang terbaik la! aku asyik kena buli dan kena usik jer dengan shikh dan jijie.. haha geram jer! 
           hari guru di sekolah ada banyak aktiviti dijalankan. selepas nyanyian lagu Guru Malaysia dan lain-lain, ada acara peragaan fesyen dari seluruh dunia. memang lawa-lawa!

lawa-lawa kan? hehe


            lepas tu acara permainan di jalankan. boling kelapa, rebut kerusi, anyam ketupat, basikal lambat dan tarik tali. aku masuk rebut kerusi tapi dapat no 4. tarik tali dapat johan! haha. 

acara tarik tali kategori lelaki. 2-1 dimenangi cikgu lelaki

guru-guru yang memberi sokongan

              ni adalah gambar-gambar my ex-students yang datang. thanks datang rai dengan cikgu! hargai sangat tau... sayang korg! :D

ape ajer la yang korang beriya tengok?
from left : nurun nazihah, kak zura, shikh dan  jijie 

adila dan nurun nazihah

tiga sekawan : shikh, shafik dan jijie (my pet brother)

 bersama cikgu izwan

               sebelum mereka balik, aku bagi bawa kek kecil tu seorang satu bekas. dan hari ini aku dah dapat tempahan brownies cheese dari kawan sekolah. sedap sangat katanya. alhamdulillah ramai puji sedap! tadi pun pagi-pagi ada lagi yang memuji. syukur mereka suka sangat kek tu :)
               apa pun, hari guru tahun ni memang sangat bermakna. dapat banyak hadiah. antara hadiah yang mengejutkan ialah dari seorang pelajar lelaki yang memang boleh dikatakan gangster di sekolah. dah  biasa kena rotan, pernah digantung sekolah. pernah ajar dia semasa tingkatan 3 tahun lepas. tapi sebenarnya dalam kelas aku, dia antara yang aktif dan memberi tumpuan dalam kelas. terima kasih ikhmal :) selain itu, dapat shawl warna ungu lembut. suka sangat. tapi hadiah paling istimewa tentunya kedatangan my ex-students. kasihan.. dah lama mereka nak datang ke sekolah tapi memandangkan aku selalu tak ada di sekolah sebab kursus, terpaksa tunggu sampai hari guru baru boleh jenguk sekolah. terima kasih sangat-sangat! cikgu sayang korang. cikgu doakan korang berjaya dunia akhirat.


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Monday, January 2, 2012

Selamat Datang, 2012 :)

         

          rasanya tak terlambat nak ucapkan selamat tahun baru 2012 kepada kau orang (eh ada orang baca ker? haha). semoga segala yang baik-baik dan segala yang diinginkan akan tercapai pada tahun ini. mesti kau orang ada azam tahun baru kan? aku cuma mahu jadi insan yang lebih baik tahun ini. anak yang lebih baik, guru yang lebih baik, kawan yang lebih baik, dan tunang yang lebih baik. dan semoga bakal isteri yang baik pada hujung tahun ini.
        tahun ni rasa semangat sikit. koperasi sekolah yang tersayang dan bertambah besar. seronok sangat nak mulakan perniagaan tahun ini. kedua, dah tentu aku akan melalui hari bahagia tahun ni. sekarang sedang survey cincin dan pakej perkahwinan aku. nak buat yang simple jer tapi meriah dan cantik. ketiga, aku sudah disahkan jawatan tetap. akhirnya setelah hampir tiga tahun, aku sudah benar-benar bergelar seorang guru. semoga aku akan jadi guru yang lebih baik kan untuk 2012 ni?
       aku janji dengan diri aku.. semoga aku takkan jadi diri aku yang lama.. yang jahat dan kejam.. dengan diri sendiri dan orang tersayang. cukuplah aku jahanamkan diri sendiri dan lukakan hati orang-orang yang aku sayang. semoga aku tak hilang arah lagi tahun ni.. ameen..



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Tuesday, October 25, 2011

Entry Khas Untuk Bakal Suamiku :)

Cintai dia bila... dia merasa kopi atau teh kamu. dia hanya mahu memastikan rasanya sesuai dan sedap untuk kamu.

Cintai dia bila... dia memaksa kamu menunaikan solat. kerana dia mahu bersamamu di syurga nanti.

Cintai dia bila... bila dia meminta kamu bermain bersama anak-anak kerana mereka anak-anakmu juga.

Cintai dia bila... dia cemburu. dalam banyak lelaki yang boleh dia dapat diluar sana, dia telah memilih kamu sebagai teman hidupnya.

Cintai dia bila... dia membuat perangai yang menyebabkan kamu naik gila. kamu pun ada perangai begitu tapi dia bertahan kerana cintakanmu.

Cintai dia bila... masakan dia tak sedap. percayalah, dia telah mencuba.

Cintai dia bila... dia kelihatan selekeh pada waktu pagi. selepas itu dia akan sentiasa menghias dirinya untuk kamu.

Cintai dia bila... dia meminta kamu menolong anak-anak membuat kerja sekolah. dia mahu menjadi sebahagian daripada famili kamu.

Cintai dia bila... dia bertanya kepada kamu jika dia kelihatan gemuk. pendapat kamu sangat dia ambil berat, jadi katakan yang dia kelihatan sangat cantik.

Cintai dia bila... dia kelihatan cantik. dia kepunyaan kamu jadi hargailah dia.

Cintai dia bila... dia menghabiskan berjam-jam untuk bersolek. dia hanya mahu kelihatan cantik untuk kamu.

Cintai dia bila... dia membelikan hadiah yang kamu tak suka. senyum dan beritahu dia yang itulah hadiah yang kamu mahu selama ini.

Cintai dia bila... dia mempunyai habit yang kamu tak suka. kamu ada banyak masa untuk membentuk dia dengan kebijaksanaan dan kelembutan kamu sepanjang hidupmu.

Cintai dia bila... dia menangis tiba-tiba. jangan bertanya, cuma beritahu dia.. semuanya akan ok.


Cintai dia bila... dia mengalami sakit ketika period. belikan coklat, urut kaki dan belakang dia dan berbual dengan dia. percayalah ini memang berjaya!

Cintai dia bila... apa sahaja yang kamu lakukan tak dapat puaskan hati dia, semuanya sudah berlaku dan akan berlalu. teruskan hidupmu.

Cintai dia bila... dia merosakkan pakaianmu. yang kamu perlukan hanyalah baju yang baru.

Cintai dia bila... dia bertengkar dengan kamu. dia hanya mahu membetulkan keadaan.

Cintai dia kerana dia hak milik kamu. kamu sebenarnya tak perlukan sebab yang lain!

sumber : facebook

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, October 23, 2011

Kecewa dengan awak, Zahiril Adzim :(

             apa yang aku tahu pasal dia, dia ni memilih karya /  filem / drama yang berkualiti. tapi bila aku tengok dia berlaku "filem Klip 3gp" aku terus down. eh kenapa dengan awak eh? ya, memang hak awak lah pilih filem mana-mana tapi berdasarkan rekod bersih awak selama ini, saya amat-amatlah kecewa kerana awak pilih filem macam ni. tengok tajuk pun tahu, apatah lagi trailer yang teruk, dapat dibayangkanlah filem nya yang macam mana.
           erm awak, saya minat sangat tengok awak berlakon, bukan sebab diri awak saja, tapi sebab awak berlakon memang best! tapi saya rasa ini lah satu-satunya kot filem lakonan awak yang saya tak nak tengok!!  ouh kecewanya saya dengan awak :(
           harapan saya pada masa hadapan, awak pilihlah filem yang elok sikit eh? PLEASE lah.. sedih saya lagi-lagi bila orang samakan filem ni macam filem 2 alam tu. apapun semoga awak sukses dalam kerjaya, ya?

dari : peminat awak
ghairah??? WTH


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Saturday, October 15, 2011

pelik lah!

         arini buka balik fb. tapi hati aku tak seperti yang aku sangka dulu. ingat aku akan excited. tapi hati rasa tawar. tak rasa apa-apa. hmm.. dah rasa fb bukan perkara yang menyeronokkan. tak ada pula aku beriya sangat. tapi dalam pada itu, aku gembira la sebab aku berjaya hilangkan ketagihan fb aku. harap-harap apa yang dirancang, hati aku kuat untuk buat. hmm.. untuk kebaikan diri aku gak.. dan dia.
          buka balik sebab esok besday aku. bajet kawan ramai yang wish la esok. haha! ingat 3-4 hari jer. pastu deactivate balik. hmm.. rasa bila tak ada fb, hati aku lagi tenang. contohnya.. kalau dulu ada perkara tu dalam fb yang akan buat aku sakit hati dan sedih, rasa tak keruan.. jiwa kacau.. hari ni dah tak rasa apa-apa.. neutral. dan yang lebih hebat, aku rupanya boleh hidup tanpa fb, dengan syarat kena tutup la. kalau buka jer, mesti asyik nak online jer! hmm..

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Saturday, October 8, 2011

fasa-fasa terakhir hidup

umur dah hampir 26 tahun. rasanya hanya beberapa fasa hidup lagi yang belum aku capai..

  1. berkahwin (insyaAllah hujung tahun depan)
  2. ada anak ( si dia kata nak 7 orang. ouh mak guard! haha.. aku teringin nak anak kembar.. macam dia. cuma kembar dia meninggal masa baby.. )
  3. sambung master (kalau kuat semangat sampai phd)
  4. ada rumah sendiri (teringin rumah kampung. ada halaman cucuk tanam, kolam ikan.. kebun :)
  5. jadi tutor / pensyarah (rasanya lepas ambil master la. target 10 tahun lagi)
  6. pencen (lagi 32 tahun.. peh!)

ada 6 perkara saja lagi. nampak sikit tapi susah dan mengambil masa untuk ditunaikan. semoga umur aku panjang dan tiada halangan untuk peroleh semua itu. ameen. moga dipermudahkan. :)

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, October 2, 2011

Perkara yang buat aku benci sangat blog korang

 kadang-kadang kalau tak ada kerja.. lagi-lagi sejak tutup fb nih, aku rajin blogwalking blog orang lain. masuk secara random jer.. tengok tajuk yang menarik.. tapi kadang-kadang isi nyer best tapi ade faktor-faktor lain yang buat rimas aku nak stay kat situ lama-lama.. antaranya

  1. autoplay music - benda paling pantang la kalau masuk blog orang ni. tak kisahlah lagunyer sedap atau tak. tapi memang mengganggu konsentrasi aku nak khusyuk baca. puh-lislah! tukar setting jadi manual jer.
  2. font tulisan yang susah nak faham - aku faham apatah lagi gugurl memang suka pakai font comey-comey dan warna yang cute. tapi kadang-kadang kalau salah pilih font dan warna memang menjemukan dan buat aku menyirap jer nak baca..
  3. blog yang terlalu banyak column. tak tahu nak tengok mana dulu. serabut tau! - ni satu hal lagi. dahla tulisan ko fancy, pastu banyak pulak column. kalau banyak column dah tentu ada banyak scroll sebab skrin yang kecil nak memuatkan kolumn kau yang serabut tu. point aku : pandai-pandailah susun column kau. buat pening orang nak baca jer.
  4. ade iklan berderet - asal masuk jer dah ada iklan suruh klik. rimas tau! tak suke-tak suke-tak suke. kadang-kadang tengok blog budak- budak tapi iklan pasal s** la, pasal nak besarkn la.. apela.. =='
  5. ada skrin itam yang tulis 'save energy' - err tak adalah kisah sangat tapi save energy? aku pakai lappy dan pakai elektrik (tak pakai battery) so benda ni macam pelik jer.. 
  6. yang tak habis-habis suruh orang follow! - yer, orang yang baca tu tentu akan follow u kalau blog u tu menarik. ni main paksa-paksa pula. kalau dah tak best tu tak ada maknanyer la kan?
  7. sikit-sikit kutuk kerajaan, sikit-sikit orang lain tak betul - aku tak berpihak pada mana-mana parti politik, mana yang baik aku ambil, yang buruk aku buang. tapi berpada-padalah dalam memberikan buah fikiran dan pandangan. yer tau itu blog korang, korang boleh tulis apa sahaja yang korang suka. tapi fikir dahulu sebelum tulis. kadang-kadang tulisan itu menunjukkan kedangkalan dan kependekan akal kita. buat rujukan atau research sebelum nak tulis sesuatu yang serius. bahaya woo! kalau apa yang kau tulis tak betul, tak pasal-pasal kecoh!
  8. blogger perasan popular  - tulis sikit nak angkat diri, tulis panjang sikit nak angkat bakul. bosan! ingat ya, awak popular sebab ade banyak blogwalker ni.. jangan mudah takbur bila ada pengomen yang tegur awak dalam menulis, tu tandanya diorang sayang awak, tak nak awak ulangi lagi.. open minded sikit! jangan pandai cakap orang sahaja, awak sendiri kena buka minda.
  9. mencarut dari awal entry sampai la abis - macamlah parents dan cikgu kau tak ajar adab sopan tu semua. kat sekolah perkataan B*** dan S*** jer ke yang kau tahu? kesian.. kesian. nak mengutuk tu guna perkataan baik sikit boleh? terutama blogger lelaki la kan.. ya tau lelaki ni bergurau memang kasar, tapi jagalah perkataan ya.. bahasa menunjukkan bangsa, ya adik-adik :)
  10. emo memanjang - selalu blog budak-budak sekolah la.. semua benda yang tak sepatutnya dia tulis. kutuk cikgu sekolah, benci mak ayah.. dan macam-macam lagi. mungkin sebab korang tak matang lagi,    so tak terfikir akan apa pandangan orang pada korang nanti bila baca entry korang. 
  11. blog berat - punya la lama nak tunggu dia habis loading sebab penuh dengan clip, lagu, widget dan gadget gerak-gerak.. berjanggut tunggu.. buat orang bosan jer walaupun entry kau menarik.
++kadang-kadang cakap orang pandai, silap-silap blog aku ni pon ada orang kutuk kan? haha ~ sebarang komen dialu-alukan :)

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Thursday, August 4, 2011

movie review : Tolong! Awek Aku Pontianak

           lama aku tunggu line download cerita ni. akhirnya berjumpa. dengan pantasnya aku download walaupun aku tahu aku akan berdepan dengan masalah broadband yang akan semput-semput selepas itu... sebab utama aku beriya-iya mesti lah sebab my hero, Zahiril Adzim ( my tunang dan adik angkat mesti menyampah setiap kali aku ulas psl ZA ni.. haha)


            mula-mula ingat macam cerita tipikal melayu lain.. rupa-rupanya best! (bukan semata-mata sebab ZA tau. tapi tambah istimewa dan menarik sebab ZA). ceritanya berkonsepkan komedi ringan. tak membosankan. part paling aku suka semasa Bob dan Maya (ZA dan Sazzy Falak) di perhentian bas. giler sweet la saat tu. ditambah dengan senyuman malu-malu ZA... aduh cair lagi dan lagi. haha! dan ouh part bob nyanyi untuk maya sangat la nerd dan aku suka sangat cara dia. (aku kan suka lelaki nerd. baca sini)
          watak-watak tambahan lain pon bagus, lagi-lagi si pian watak rakan serumah bob yang sengal. haha.. mesti korang geli-geleman bila tengok saat pian dan bob berbicara.. macam gay kot! (tapi pian kata bob tu BFF die.. LoL). Lepastu watak bos kepada bob dan penampilan istimewa Dato' Jalaluddin Hassan pun tak menghampakan. tapi cuma satu jer kot yang tak best. aspek make up die tak real. make up pontianak macam celak mata yang comot jer. sama juga make up bob lepas kena belasah. macam mumia jer make up nye. (tapi ZA tetap maintain cute).
          selain bob, watak maya yang Sazzy Falak pegang pun best. cara dia bercakap macam seksi jer.. hehe.. suka lah! dulu ingat Liyana Jasmay yang jadi heroin sebab nama dia dan ZA saja yang di highlight. rupanya LJ tu cuma watak adik maya jer.. not so bad. 
        ok, secara keseluruhannya aku suka cerita ni. tak rugi kalau tengok kat pawagam. sesuai ditonton oleh semua golongan. dan tak ada sedikit pun unsur seram walaupun tajuknye ada kena mengena dengan pontianak. selamat menonton!


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Tuesday, July 26, 2011

L.A.N.G.K.A.W.I




akhirnya tercapai juga hasrat nak naik kereta kabel di Gunung Mat Cincang, Langkawi tu. alhamdulillah.. tak pernah terfikir akan menjejakkan kaki di sana... :)

21 Julai 2011

  • bergerak dari sekolah pukul 11 malam. duduk sebelah kak zura. best sangat perasaan masa tu sebab sangat teruja.. !
  • bila tengok signboard kuala selangor rasa nak melompat-lompat balik rumah.. sabar-sabar, 29hb ni boleh balik jumpa famili :)

22 Julai 2011


  • sampai di kuala perlis pukul 11 pagi. tapi perjalanan melencong dulu ke bukit kayu hitam kat sempadan tu sebab feri kami pukul 1 petang. sempatlah merasa berada di sempadan. masa tu aku rasa 'dejavu'. rasa aku dah pernah pergi situ walaupun hakikatnya aku tak pernah jejak kaki pun kat sana. 
  • 2.30 ptg - sampai di tempat penginapan. angin jer aku dengan pengurusan apartment mrsm langkawi ni. che nasir nama dia. punya la sengal. kasihan budak-budak kelaparan, terpaksa cari restoran untuk makan tengahari kerana makanan yang sepatutnya disediakan tiada. lepas tu menunggu dia punya la lama hampir 1 jam. aku pun tak tahu kenapa teruk sangat perkhidmatan dia. sakit hati jer.
  • hj. ismail group - shopping coklat. cikgu-cikgu lain sibuk shopping pinggan mangkuk. aku malas nak join. jadi aku jalan-jalan dengan budak-budak saja. hehe... habis rm150++ la juga aku borong coklat..
  • malam - makan malam di warung. pukul 11 malam baru balik. giler penat.

23 julai 2011


  • singgah di tempat gamat. pelbagai produk gamat dijual. aku beli minyak rambut gamat jer. tak tahu berkesan ke tidak.
  • masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. kereta kabel sudah menanti!! 1 group ada 6 orang... group aku ada 3 cikgu, 3 pelajar.. puas hati sangat. haha. sangat teruja. walaupun penat dan loya sebab kereta kabel kadang-kadang bergoyang.. rasa seronok sangat!
hehe... ni bukan aku. aku tak se-comel ini. ni lah kak zura wif students :)

  • petang pergi ke Aquaria, aku tak masuk. malas pula nak pergi tengok ikan-ikan tu semua.. haha!
  • bergambar di dataran lang. dengan burung yang BESAR tu! hehe... dengan budak-budak jer sebab cikgu lain sambung shopping :p
  • pasar malam. dah lama tak rasa masakan utara setelah 2 tahun tinggalkan penang. sedap betul nasi kerabu!


24 julai 2011


  • 8.30 pagi sampai ke jeti kuala perlis. sesak sangat dengan orang. dengan terpaksa angkut barang yang banyak. dengan pintu feri yang kecil, memang menyeksakan.
  • 1.00 ptg singgah di rumah keluarga angkat salah seorang guru aku di changlun, kedah. best betul menikmati durian, rambutan dan manggis. dapat petik manggis sendiri lagi. pertama kali tengok pokok dukung. haha 
  • 11.30 malam selamat tiba di muar. hujan lebat menyambut kepulangan. ouh giler malas nak sekolah esoknya!


** esoknya pergi sekolah dengan kepala yang gelong n sangat penat tapi sempat lagi pergi shopping petang tu.. hehe.. gaji keluar la kata kan... :p

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Saturday, July 16, 2011

egonya.... baik aku yang tegur, daripada pelajar kau sendiri yang tegur..

               hal yang aku nak cerita ni bukan sebab nak bangga diri sebab aku tahu bahasa inggeris. tak pun. sekadar menegur sikap ego manusia... aku pun walaupun aku ini cikgu bahasa inggeris, kadang-kadang pun melakukan kesilapan dalam tatabahasa, dan terima teguran dari rakan. iyelah kan, kalau ada yang menegur tu, insyaAllah lah kita takkan ulangi lagi.. apatah lagi ketika memberi ilmu tersebut kepada pelajar. kan dah jadi ajaran sesat tu.
ceritanya........
             sudah lama aku tengok status seorang kawan aku (cikgu juga. tapi cikgu sains sukan).. bukan sekali, tapi banyak kali grammatical dia byk error... terutama penggunaan 'than' dan 'then'. yang peliknya dia boleh buat tuisyen muet utk stpm  dan spm lagi. aku terfikir bagaimana dia mengajar tuisyen  bahasa inggeris sedangkan muet ting 6 dulu dia fail (masa tu hanya 15 orang kawan aku sahaja yang lulus muet). tapi aku bersangka baik la, mungkin semasa dia di universiti dia makin mahir. tak apalah tu. tapi bila dia cuba buat status dalam bahasa inggeris.. sangat teruk tatabahasa dia. aku kasihan pun ada pada dia. aku tahu dia otak bisnes. tapi janganlah sebab duit, ajar subjek yang kita sendiri tak mahir. aku sendiri masih tak berani buat tuisyen luar, sebab masih tak yakin dengan kemampuan diri. duit parents untuk tuisyen bukan boleh buat main. lagi sekali, aku BUKAN nak bangga diri dengan kemahiran aku.
        jadi, dengan berhati-hati susun ayat tadi, aku tegurla penggunaan ayat dia. egonya dia. tak nak terima teguran. mungkin dia malu aku tegur. aku siap minta maaf sebab terpaksa tegur sebab sudah lama aku perhatikan status dia yang begitu. lepastu aku tengok dia padam status tu. tak apalah. adakah aku yang bersalah sebab tegur? aku cuma tulis.......
than : digunakan untuk perbandingan 
then : kemudian 
- sori tegur.......
         ayat aku teruk ker? niat aku agar dia tak ulang lagi kesilapan kecil macamtu. bukan sekali dia salah guna penggunaan 'than'. selalu sangat ayat dia guna perkataan tu tapi untuk maksud 'kemudian'. ada lagi kesilapan kecil yang dia lakukan, tapi lepas ni aku dah taknak masuk campur.. apa pun, mungkin aku yang salah. tapi aku rasa ego lelaki dia yang tinggi. 
tak rasa bersalah ke ajar perkara tak betul kepada pelajar? bayangkan kalau dia ajar benda tu pada orang lain, dan terus disampaikan kepada yang lain, tak berterusan ke dosa kau? 

p/s : dari zaman sekolah, masih macam tu ego dia. makin tinggi adalah. status semua gempak-gempak.. berlagak betul buat status tak habis-habis pasal koleksi tudung ARIANI wife dia yang dah mencecah 500 helai.. perlu ker cerita selalu? huh!

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Friday, July 8, 2011

rumah baru, hati baru :)

dah lama tak tulis apa-apa... bukan tak ada cerita, tapi aku asyik padam tulis padam tulis saja.
               esok mungkin hari terakhir aku di rumah sewa ni. alhamdulillah, Allah dengar rintihan hati aku. akhirnya aku jumpa rumah sewa aku. tak jauh pun dari rumah sewa sekarang. rumah sewa yang baru tu ke dalam sikit, dalam 10 minit la nak pergi sekolah. tak la jauh sangat. dan satu hal lagi, dekat dengan rumah adik. hari tu berkobar-kobar dia pergi survey rumah sewa yang bakal aku duduki nanti. senang nak datang raya katanya. siap kata nak bagi aku pinjam kipas lagi. hahaha... aku kata aku taknak, nanti mak dia kata ape pula, cikgu nak pinjam kipas dari anak murid. dah la kenal pun tak. :p
                tadi dah survey di court mammoth, mesin basuh semi auto RM299 jenama pensonic. mak kata murah lah tu. biasa RM300 lebih. tadi pon dah survey kipas, adela kipas jenama Elba RM100. tu yang paling murah aku jumpa. esok la aku pergi balik kedai tu sebab tadi aku round muar naik motor jer. 
               minggu ni terasa penat sangat. sudahlah aku puasa sepanjang minggu, lepas tu kerja sekolah melambak-lambak. bukan maksud aku mengajar. maksud aku kerja-kerja sampingan. kadang-kadang terfikir, tak ada nama lain ke untuk buat semua kerja tu? setakat print sijil pun aku juga yang kena. lepas tu paksa pula dengar meeting sampai pukul lima. faham la sikit orang penat. siap kata suruh datang malam untuk selesaikan kerja. bukanlah berkira sangat, tapi berpada-pada lah. sekarang boleh dikatakan hari-hari balik lambat. malam-malam dah penat. sudahlah aku tensen sebab kena berkurung dalam bilik.
                    tadi lepas sekolah dah beli tiket balik kampung 29 julai nanti. rindu mak, abah, tompok gemok... rindu sangat-sangat. tak dapat berjumpa dengan si dia sebab dia pergi sarawak melawat kakak dia bersama famili dia. hmm... rindu sayang sgt :(
                    walaupun tensen kerja sekolah melambak, tapi aku dapat rasakan bila aku pindah rumah, hidup aku akan lebih ceria dan gembira. tak sabar nak pindah rumah. sudah 2 malam angkut barang sendiri-sendiri. memang perit dan penat sangat tapi aku tak kisah. malas nak berharap pada orang lain. apa yang aku boleh buat, aku buat. tapi memang perit sebenarnya hidup sendiri...
                  jadi, malam ni aku nak setelkan barang yang lain dan esok mula kemas bilik aku di rumah sewa baru... yeayy! Syukur Tuhan kerana perkenankan doa aku. semoga hati aku semakin tenang selepas ini... :)

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, June 22, 2011

kenapa ya bila time 'bendera merah' perempuan mesti emo?

                      err... sure la status ni aku tak boleh nak tulis kat fb aku kan? so aku tulis kat sini la. walaupun aku tengah emo dan tak betul, aku masih waras lah nak tulis status yang ok jer.. ramai kot cikgu dan anak murid aku nak tengok.. letak pic aku lama-lama pon aku segan, lagi lah post status yang bukan-bukan... 
                   selalunyer kalau time emo, aku tak tahu aku rasa ape. sedih, gembira, suka, penat bercampur-campur. tapi banyak rasa yang tak best la, tapi malam ni aku nak deactivate akaun fb. sebab ape? tak ada sebab. percaya? aku pon tak percaya dan tak tahu sampai bila aku nak buat camtu. entah-entah untuk beberapa jam jer. yela, itu sahaja jer la hiburan untuk aku kan. takkan nak keluar malam-malam ni pergi clubbing pula. ok, sekarang aku nak uji diri aku, berapa lama aku boleh hidup tanpa fb? masa bermula sekarang! (9 mlm, 22 jun).
               kalau kau orang masih ingat, ini adalah salah satu azam aku untuk mulakan diri aku yang baru. kurangkan online, dan kalau kuatkan hati, terus delete akaun fb. semoga hati aku dikuatkan. banyak masa terbuang. banyak benda buruk mula melanda diri. sifat malas, kurang produktif, suka tayang gambar, berbual dengan lelaki (walaupun sekadar kawan jer kan) dan lain-lain. dan tentu-tentu sekali anyam 'ketupat' takkan terlepas (mengumpat).
                  dan aku rasa lah kan.. kalau tak ada facebook ni, mesti kapasiti broadband aku akan bertahan dengan lebih lama lagi. yelah, mesti aku cuma layari internet dalam masa yang pendek saja. setakat cek email atau baca surat khabar online. 
                tapi memang berat lah sebenarnya nak delete akaun kan. sebab ia bermakna aku akan terputus hubungan dengan kawan-kawan lama, dengan adik, dan tak tahu cerita terkini dia orang. ermm.. boleh kah aku? adakah perkara ini akan menyebabkan stress aku bertambah teruk? err.. aku ni cerita panjang pula, macam la aku boleh tak berfb lama-lama... hehe (ok, hati bertahan lah) susah ok nak buang rutin harian. yela, asal ade masa free jer, tak kira kat sekolah atau kat rumah, sure aku online walaupun kat hp jer ( encek tunang dah set up hp aku free internet 24/7 walaupun dalam hp aku ade 13sen jer. hehehe)
                   ok, berbalik pada tajuk di atas (giler panjang intro kan? abaikan) aku pun tak tahu apa sebabnya. contoh macam sekarang la, aku emo sebab aku sedang 'sakit puan'. dan aku teringin nak deactivate fb aku. aku ingat dulu kalau time period aku teringin nak beli lingerie yang seksi-seksi. warna merah terang lagi! hahaha (gatal kan?). tapi aku tak pakai pun. apela. atau biasanya aku akan borong coklat banyak-banyak. dan biasanya mood kembali ok. sebab kajian mendapati coklat boleh meredakan mood yang panas.. hehe
                           tapi biasanya mesti ada perubahan hormon kan bila period ni kan? ermm.. tak pasti la hormon ape. (malas nk google). tapi inilah lesen besar kita kan nak marah-marah dan emo-emo kan? hahaha. ok mengarut dah. erm tak tahu nak tulis ape. ok dah. bye.



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Saturday, May 21, 2011

hebatnya saya harini!! haha

                 pergh! macam mana ni?? mati kalau kak anis tau! giler babas aku cuak sebab kunci rumah tertinggal dalam blik petang tadi. kak anis (tuan rumah) pula balik klang. esok petang baru balik. aku memang cuai la.. rasanya di kali keempat tertinggal kunci untuk tahun ni. haha... 
                     fikir3!! haaa... last-last aku ambil 3 batang kayu (kayu mop + kayu pembersih sawang + kayu berus) aku sambung-sambung guna plastik bag jer dan hujungnya aku sambung dengan sabit! haha... tapi betul lah, dalam keadaan terdesak tak sangka idea tu yang keluar. nasib baik tingkap bilik aku tak berkunci... jadi berbekalkan semangat yang kental, aku hulurkan kayu tu dari tingkap untuk ambil handbag aku atas meja.. 3-4 kali cuba tak berjaya.. macam mana ni????
              tawakal kepada Allah jer la aku tinggalkan rumah untuk pergi ke kedai kunci. hampas betul dua2 kedai tu tak nak tolong aku. hadoiii! aku dah gabra... macam mana ni?? jangan lah jadi apa-apa malam ni. dah la aku seorang di rumah.. so aku pasrah jer la...  
            dalam pukul 5.30 petang, aku cuba lagi buat trick macam tadi. ALHAMDULILLAH..... aku berjaya!!! hahaha... giler bangga dengan diri sendiri... :p 

sekali sekala bangga dengan diri sendiri :p


p/s : ingat senang ker nak buat? haha
Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Friday, May 20, 2011

ape beza akaun facebook aku dengan blog aku?

               hurmm...... ada beberapa orang yang bertanya pasal blog aku. nak minta kongsi. tapi tulah, kalau aku hebahkan tentu dah tak ada tempat untuk aku menulis dengan bebas lagi. lagipun cukuplah aku cerita kan banyak perkara di facebook aku. byk beza antara facebook aku dan blog aku.


isi kandungan
  • facebook : aku tulis yang aku rasa tak akan mendatangkan apa-apa masalah atau kontroversi pada aku.
  • blog : aku boleh tulis apa sahaja yang aku suka, apa sahaja yang lahir dari hati aku. tanpa risau pendapat orang lain. 
respon
  • facebook : of course semua status, post, link yang aku letak di situ untuk orang respon dan bagi pendapat...
  • blog : walaupun aku letak link like dan comment, tapi bukan tujuan untuk dapat respon. hanya untuk luahan hati ini. aku seronok bila apa yang aku tulis kat sini tak ada yang bagi komen. macam aku tulis dalam diari la. tapi aku tak halang sesiapa nak komen. dipersilakan :)
aku
  • facebook : aku add orang yang aku kenal jer. so semuanya kenal aku.
  • blog : rasanya 2-3 orang jer orang yang aku kenal tahu kewujudan blog ni. sebab aku tak hebahkan pun aku ada blog. memang tak nak orang yang aku kenal tahu.
                  lagipun rasa malu sangat kalau orang yang kenal tahu isi hati aku sebenar. tahu apa yang aku takut, tahu apa yang aku marah, suka dan lain-lain yang aku tak mahu mereka tahu. sorry, so kebetulan lah kalau orang yang dikenali terjumpa blog ni. tak kisah, tapi kalau nak termuntah baca apa yang aku tulis, sorry lah ya! haha

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Thursday, July 15, 2010

peribadi atau tatapan umum?

aku masih berkira2 samada mahu link kn blog ni ke fb atau x. tp hati aku kata 'jangaaaaannnnnnn....'.. cukup2 lah kau expose diri kau di fb.. xkan xnk simpan ckit utk diri sndiri kn?? btul3.. kdg2 apa yg aku ingin coretkan disini lebih ditujukan kpd diri sndiri. psl follower?? aku xkisah sbnrnya org membaca catatan ini.. lg rmai lg meriah.. cuma utk link kn ke fb.. ohh noooo... biarlah ku simpan sdikit rahsia di sini..

bknlah kedekut dgn rahsia hati ni.. tp aku cuma xmahu ada yg slh sangka.. mungkin apa yg akan aku tulis akan menyebabkan seseorang terasa.. ataupun buruk sangka dgnku..

apapun.. pd my follower.. trima kasih krn mngunjungi blog sy yg huduh ini.. msih blaja2 mgodek2 blog ni..hihi..
Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...