Showing posts with label pelajar. Show all posts
Showing posts with label pelajar. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Yang Terakhir Kali... Mungkin.



       ahad ni adik dah nak pergi arau, perlis. dah oleh kerana esok juga aku akan balik kampung, jadi tadi pukul 10 malam dia datang hantar hadiah yang dia kata tu beserta hadiah yang dikirim oleh kawan dia, antara anak murid aku yang paling rapat. termasuk adik, ada 3 orang la pelajar yang paling rapat.. jijie (adik), shikh dan atiyah. pelik sebenarnya macam mana boleh rapat. mungkin sebab aku selesa sangat dengan mereka. aku boleh sembang macam kawan walaupun sebenarnya mereka anak murid. terima kasihlah kepada fb kerana merapatkan hubungan kami. ouh.. hadiah yang dimaksudkan ialah....

ni hadiah jijie bagi sempena dia nak masuk uitm.
 tau dia kata nak bagi set keychain, tapi tak sangka sebanyak ini! haha

yang ni pula shikh bagi sempena harijadi aku. 
dia pass pada jijie untuk bagi pada aku
sebab dia dah masuk daftar ke uitm jengka rabu lepas

terharu sangat-sangat atas ingatan mereka terhadap aku
sampaikan belikan hadiah sempena mereka nak masuk uitm :)

yang ni atiyah bagi. dia buat sendiri kerongsang ni. 
cantik kan? aku suka sangat.
lagi-lagi yang warna pink tu. dah lama dia bagi, 
tak silap 3 minggu lepas. juga sempena hari jadi aku :)

yang ni hadiah jijie bagi hari itu, laptop skin. haha juga sempena harijadi... 
ada aku cerita di sini. haha

       kadang pelik kan, rasanya kita ni biasa-biasa tapi tetap ada orang yang suka dan sayang. bertambah-tambah istimewa bila orang tu juga memang kita sayang... tapi harijadi kali ni memang paling best la! sayang korang sangat!
        akhir-akhir ni, sembang lama sikit dengan adik. sedih sebab dia dan shikh dah tak ada di muar. rasa sedih tu sama macam rasa sedih aku semasa kawan aku dipindahkan ke  sekolah lain. rasa keseorangan di muar ni. mujurlah aku dah nak balik kampung esok, jadi tak la terasa sangat.
          harap, ini bukan harijadi terakhir bersama mereka. dan semoga mereka tak lupakan aku kan? apapun doa aku sebagai cikgu dan kakak.. semoga mereka bahagia, berjaya di dunia dan di akhirat. ameen :) sayang korang lebih!

p/s : bagi adik kek secret recipe. indulgence dan blueberry cheese. seronok tengok dia gembira. mungkinkah ini kali terakhir akak jumpa jijie? i hope not. goodbye, dear. jangan lupakan akak. jangan cari kakak lain ok, jijie dah janji kan? :'(


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, October 2, 2011

Selamat Hari Lahir, Anastasya (Tasya)

(siapa yang tak tahu tasya yang mana, aku pernah cerita dulu di sini)

           pukul 9 pagi tadi pergi ke tanah perkuburan anak murid aku, ditemani dengan 3 orang bekas rakan sekelas dia. hari ini hari lahir dia, kalau dia masih hidup.. hari ini genap dia berumur 15 tahun. mula-mula sampai ke kubur dia, dalam hati terdetik, "kecilnya kubur..!" ~ nampak sangat semasa dia sakit tubuh dia bertambah kecil apatah lagi dia memang kecil molek orangnya.
             ada rasa sebak dan insaf dalam diri. siapa kata ajal hanya tiba ketika tua? siapa kata sakit itu tiba pada yang berumur? ajal maut di tangan Allah. dia lebih disayangi jadi dia diambil dahulu. meninggalkan orang-orang yang sayangkannya. kadang-kadang terfikir, ajal yang lebih awal sampai lebih baik daripada umur yang panjang tapi penuh dosa. berapa banyak dosa dah aku buat sepanjang 26 tahun ni? berapa banyak pahala yang hilang angkara dosa-dosa itu? 
            aku cabut rumput-rumput yang melata di kubur dia sambil berdoa dan berzikir.. semoga pahalanya sampai kepada arwah. selesai membaca yassin aku bacakan selawat agar rohnya tenang. tapi aku tahu, budak sekecil dia insyaAllah tiada dosa besar yang tidak dapat diampunkan. dibesarkan dalam kelompok kawan yang pakai tudung macam chipsmore, alhamdulillah aku lihat dia tak pernah menayangkan rambut dia. perangai elok, tak pernah dengar dia buat perangai di sekolah. tak pernah dengar guru-guru komen perkara buruk pasal dia. semoga apa yang baik-baik itu ada pada dia. 
            sebelum melangkah pergi, dalam hati aku ucapkan kepada arwah.. "Selamat Hari Lahir, Tasya. kalau Tasya hidup lagi, mesti minggu depan Tasya akan menduduki PMR." aku tahu dia sentiasa dibawah lindungan tuhan. semoga segala dosanya diampunkan dan ditempatkan dalam kalangan orang yang solehah. Alfatihah.

tasya yang bertubuh kecil di tengah-tengah gambar ni. comel kan dia? semoga dicucuri rahmat keatas rohnya.
gambar ini aku ambil semasa hari sukan sekolah, waktu dia sertai pasukan kawad seliaan aku.


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Tuesday, May 17, 2011

cikgu rindu tasya :(

              pagi khamis lps (12 mei 2011) anak murid kesayangan, anastasya azmi telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit barah kelenjar (lymphoma cancer). terakhir bersembang dengan dia semasa 30 April, masa tu dia sedang menjalani kemoterapi untuk barah dia. kasihan, baru berusia 15 tahun. pelajar yang sangat baik, dan mendengar kata guru, serta pelajar harapan sekolah untuk pmr tahun ini. 
             sebenarnya aku cuma mengajar dia tahun lepas subjek ICT. itupun cuma 2 masa setiap minggu. mula-mula nampak macam sombong budaknya, tapi lama-lama tahu dia sebenarnya pendiam dalam kelas. tak  tahu mengapa dia suka rapat dengan aku. alhamdulillah la kan, ada pelajar suka kita. kebetulan dia sama rumah sukan dengan aku. tapi dia memang ada kebenaran dari doktor supaya dikecualikan untuk bersukan kerana dia ada penyakit asma. cuma semasa cuti bulan mac yang lepas dia dijangkiti kuman di paru-paru.
              rupa-rupanya itulah permulaan penyakit barah dia. aku rasa doktor agak terlambat mengesan barah tu. bulan april yang lepas aku macam terperasan dah lama tak terserempak dia di tangga sekolah. sebab dia antara pelajar yang rajin menegur aku di sekolah. rupa-rupanya dia sedang terlantar di hospital akibat dijangkiti kuman di paru-paru. sedih sangat hati melihat tubuh kecil dia bertambah kurus. salur getah berselirat di badan dan tangan dia. kasihan, sampai bengkak tangan dia kena masukkan salur getah. masa tu 3 hari sudah dia tak boleh makan sebab dia muntah. kasihan sangat... sebenarnya aku pun tak tahu kenapa Allah gerakkan hati aku pergi lawat dia di hospital masa tu. tapi aku syukur sebab dapat jumpa dia...
                 teringat kenangan dengan dia. masa tu ada acara merentas desa sekolah. oleh kerana dia tak boleh berlari, jadi dia merayu pada aku izinkan dia ikut aku jaga check point di tanjung. aku tak benarkan sebab aku tak bawa helmet lebih. lagi pon kalau apa-apa jadi, accident ker, aku yang kena. terpaksa aku tinggalkan dia di sekolah, maafkan cikgu ya.... ;( lagi satu semasa sukan sekolah, setiap rumah sukan mesti menghantar satu pasukan kawad dan dia dengan semangat dia nak masuk pasukan kawad aku. aku risau kalau dia pengsan sebab dia agak lemah sebab perlu berdiri di tengah padang masa hari perbarisan. tapi dia kata tak apa, mak dia bagi. jadi, aku wajibkan semua pakai kasut putih untuk hari perbarisan, ni yang dia kata pada aku

"Cikgu, kalau saya cakap , cikgu jgn marah ea ? Sbnrnye kan cikgu, saya dh tanya ramai kwn2 yg ada kasut putih, tp dorg x nk bg pinjam .. Jd, saya ambil keputusn nk undur diri dari prbarisan boleh x cikgu ..? Saya sbnrnyer takut nk berterus terang dengan cikgu sebab takut cikgu marah dan nanti lepas nie kita dh x baik2 mcm2 dlu.. Saya harap cikgu faham.. Saya x nk kehilangan seorg cikgu yg amat saya sayangi .. :(

  •                tadi aku lihat facebook dia sedang online, aku tegur..rupanya makcik dia. aku minta maaf sebab tak dapat hadir masa hari pengkebumian. sembang-sembang sekali makcik dia cakap.... 
     
    makcik tasya : oh. cikgu ni lah yg selalu dia cite pd sy .. hurmmm...thnks cikgu sb dpt didik tasya dgn baik skali ...
    aku : dia cerita apa?  hmm xdela gak, sy ajar dia thun lps jer. btw, welcome :)

                rasa-rasa   apalah tasya cerita pasal aku ya? hmm... terima kasih tasya.. cg sayang tasya gak :( masa 12mei tu kawan aku call dari sekolah, beritahu tentang pemergian tasya. macam tak percaya.. sebab katanya dia semakin sihat... rupanya Allah lebih menyayangi dia.. sedih tak dapat pergi pengkebumian dia sebab masa tu aku demam dan tak tahu mana satu rumah dia. insyaAllah aku dan kawan sekelas dia akan menziarahi dia di kubur.. cikgu rindu tasya, semoga tasya bahagia di sana. teringat2 senyuman dan semangat kuat tasya. kurang dah seorang pelajar yang rapat dengan cikgu, cikgu maafkan dan halalkan semuanya... :( alfatihah



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Monday, January 17, 2011

bila tak ada depan mata baru diperlukan, kan?

        
           hahaha... kelakar sbnrnya tgk gelagat bdk2 ni.... dlu, mse thun lps ajar klas ni. aduhh! nakalnyer yg amat. bising tp msey la xde kurang ajar sgt. tp sgt3 malas blaja. pen n buku mmg harapkan kawan yg bw kan. buku diorg mmg aku yg pgg sbb konpem diorang akan bg alasan mcm2.
         this year, kalau aku lalu sebelah kelas diorang atau bselisihan di sk, mesti ada suara2 yang menegur. hahaha. msey ade perasaan diorg ni. rindu kat cikgunyer nih. alahai... kesian tgk cikgu yang gantikan aku ajar dia orang thun ni. terjerit2, terpekik terlolong... huhuhu. 
        mereka-mereka ini bukanlah terlalu lemah, cuma semangat dan motivasi tiada dalam diri. aku tak tahu apa yang menjadi faktornya. mungkin faktor famili (ya, ramai anak yatim dan keluarga berpecah belah), kewangan (ramai yang bkerja selepas sekolah) dan ada juga memang faktor diri sendiri yang tak mahu berusaha. rasa macam nak pecah kepala otak kot kalau usaha lbey cket fikir untuk cari jawapan bagi latihan2 yang aku berikan. semua nk spoon feeding! 
        tahun ni mereka dah f3. masa utk serius dan masa utk belajar. ada yang aku sempat cakap dan beri semangat untuk mereka. ya, aku kasihan sebenarnya. kasihan kerana mereka masih tak nampak masa depan mereka yang kelam jika mereka masih dengan sikap yang begini. tapi tula. yang mampu aku berikan hanya nasihat dan doa. 

"TUHAN HANYA AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SELAGI MEREKA TIDAK BERUASAHA MENGUBAH NASIB MEREKA SENDIRI"

jadi pokok pangkalnya, usaha dan ikhtiar diri sendiri. tak ada rezeki yang akan datang bergolek.




Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, January 16, 2011

selamat datang sesi persekolahan 2011! yeah~

25hb disember yg lalu, aku kembali lagi ke tanah Muar untuk memulakan tugas sebagai guru. alhamdullillah, hati aku xla berat seperti dlu. mgkin aku makin serasi dgn tugas dan sekolah. cuti lama2 pon sudah terasa bosan. syukur, aku ditakdirkan utk kerja yg sesuai ngn jiwa aku.

apa yang berbeza utk tahun 2011 ni?
  • msuk 2 thun dh aku secara rasminya menjadi guru.
  • naek pgkat jd setiausaha kurikulum. huhuhu ( xpcaya sk bley bg kpercayaan utk pgg jwtn besar cmni)
  • ermm... adik dh abes sk. yes. ade kesannye cket pd aku. haha. mmg rindu tp xpela, msey ade fb utk bhubung :) 
  • lupe plak, opkos aku dh btmbh umur, 26 thun n msey x kawen2... damn! hahaha
  • sy dh ade mr. jimmy. bkn skandal baru tp kereta baru.. yeah! x pnh tbyg pd usia 26 thun, sudah py harta, sebuah motor dan kereta ;)


overall, aku mngajar 4 subjek utk thun ni. bi-ict-geo-seni. dlm byk2 pend seni paling la aku x ske. sbb? aku ni tangan kayu. basic lukisan pon xde. huhuhu. tp xpela, demi tugas, aku cuba yang tbaek. pelajar2 yang aku ajar thun ini pon lbey baek dan bsopan. harap2 xdela aku naek angin lagi sperti thun lps.

azam tahun baru?

  1.  kalau bley aku nk jadi guru yang lagi baek. baek dari segi pnguasaan ilmu dan kendiri. baek juga dari segi perlakuan. yelah, biase nyer perlakuan guru ini diperhati ramai lagi2 pelajar. aku mahu jadi contoh untuk mereka. *perasan!*
  2. mahu rajin seperti semasa praktikal dulu. sgt3 rajin bt abm.. huhu. aku cuba meletakkan diri sbg pelajar. aku pon terasa kalau pelajar boring dgn pengajaran aku.
  3. jika ada psetujuan famili, aku mahu mngikat ptunangan dgn si dia. febuari ini, genap 5 thun bsamanya. ini masa yg paling sesuai utk melangkah ke tahap seterusnya. doakan untuk kami.
  4. perlu belajar bjimat dan hanya membeli barang yg perlu. ya, aku mmg boros orgnya.
  5. mahu belajar jadi manusia yg lbey bsyukur. cukup. aku x sanggup nk cerita pasal ini. biar jadi rahsia peribadiku. dan hal ini lah yg menyebabkan aku mjadi nanar beberapa kali. rahsia yg aku tpaksa simpan dan pendam sendiri dan tak boleh cerita pada sesiapa. harap2 akan selesai 1 hari nanti.

aku tak tahu samada aku mampu untuk melunaskan semua impian itu. ntah2 impian tahun lps pon ade yg msey x tcapai. hahaha~ apepun, selamat kembali ke sekolah!

2 minggu ni sgt2 sibuk di koperasi sekolah, menguruskan buku2 kerja pelajar. fuhh!


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Saturday, August 14, 2010

semoga kejayaan sentiasa mengiringi mereka...:))

saya : korang nk tuisyen pukul berapa hari ini?
muridku : pukul 3 lah cikgu.
saya : tapi kan korang kena berjalan kaki nanti. sempat ker?
muridku : boleh cikgu..

maka dengan pantasnya aku bersiap-siap tanpa sempat mandi pon takut-takut mereka sampai dulu...

3.05 petang...
3.15 petang...
3.25 petang... baru sampai. tp tak apa. aku x marah sebab aku tahu mereka bersusah payah untuk datang..

sampai-sampai aku jamu dengan hotdog dan keropok lekor yang aku beli tadi. kesian berebut-rebut makan. air tebu juga aku berikan. kesian betul mereka keletihan..

mula kelas..

semangat sungguh mereka belajar. kenapa ya aku tak nampak semangat ini semasa dalam kelas? tak berhenti-henti bertanya itu ini..
seronok sungguh mereka bila mereka dapat menyelesaikan soalan sendiri..

muridku : cikgu, saya pandai kan?
saya : mestilah..:))
muridku : cikgu, betul tak ayat saya?
saya : betul.. haaa.. pandai pon..:))
muridku : (senyum)
saya : (dalam hati) kesian.. jarang org puji dia agaknya..

seronok sungguh mereka dipuji begitu.. berlawan-lawan siapa yang siap dahulu..:)

pastu stgh jam lwt.. sorg lg datang.. so yg dtg awal ni pon cakap lah...
"wei, best td cikgu bagi mkn kropok lekor ngn hotdog. minum air tebu lagi"

saya : (dalam hati) erk~ mende kecik tu pon diorg dh sronok ea?

tambah bahagia lg bila sorg ckp (yg ni dlm klas tido manjang.. bleh dikira brape kali dia menyiapkn kejeku.. itupun setelah didesak berkali-kali).. "cikgu pelawa kitorg mkn ni, cikgu dh mkn ke?" ~ huhu.. baik kn dier? klu dlm klas.. cm hantu.. waktu blik plak siap psn.. "cikgu hati-hati balik naek motor yer.." ~ mse tu hanya Tuhan yg tahu bhgianya aku.. aku xkisah korban apa pun asalkan diorg bjaya.. kasihan.. ada antaranya adalah kembar dan telah kehilangan ibu bapa sejak kecil lg. tmbh mmburukkn keadaan.. mereka sebatang kara.. saudara mara tiada.. bayangkan lah anak sekecil itu tiada sesiapa di dunia melainkan diri mereka sendiri sahaja..~
Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Thursday, July 15, 2010

kerana guru juga manusia biasa

guru bukannya manusia ajaib
yang tangan dan kakinya x pernah penat
yang suaranya sentiasa lembut
kerana guru juga manusia biasa
punyai sifat-sifat manusia biasa
yang kadang-kadang punya sifat putus asa


guru bukannya manusia ajaib
yang hatinya dilindungi perisai besi
yang tidak bisa ditebak peluru-peluru tajam
yang kadang-kadang datangnya dari insan bernama pelajar
kerana guru juga manusia biasa
yang kadang-kadang hatinya tersentuh jua
bila segala bakti jasanya dipandang sepi

guru bukannya manusia ajaib
yang akan sentiasa tersenyum
bila cabaran mendatang
yang tidak pernah putus-putus
dalam menggalas tugas
namun dalam hatinya
hanya ingin berbakti
mengajar anak bangsa
tulis dan baca
kerana guru juga manusia biasa
yang mahukan penghargaan atas usahanya
bukan harta yang dimahukan
cukuplah jika mereka berkata,
TERIMA KASIH CIKGU

dan sentiasa ingatlah
guru bukan manusia ajaib
yang tidak pernah berasa sakit
yang tidak pernah dihasut hati
kadang yang diucapkan bukanlah yang dimaksudkan
kerana dihatinya sebenarnya
hanya doa-doa tulus
untuk anak-anak murid yang tersayang
walau bagaimana perit jiwanya
dipalu sedih yang berpanjangan

doanya
agar semua anak-anak didiknya berjaya
menjadi manusia
tetapi bukanlah manusia ajaib
cukup sekadar
manusia biasa yang punyai hati dan perasaan
juga punyai cita-cita yang membara
agar segala impian tercapai
dan akan tersenyum cemerlang
apabila tibanya pertemuan semula nanti
Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, June 27, 2010

tuisyen oh tuisyen


smlm hari pertama aku mgadakn tuisyen utk students aku... f1 and f2.. f1 utk geo dan f2 utk bi..

sbb musabab knapa aku WAJIB buat tuisyen ni ialah result exam ptghn thun yg sgt2 truk:

f1 : hy 6/32 org shj yg lulus geo... eii geram aku!

f2 : sorg pon x lulus! ~ lg2 la WAJIB bt tuisyen ni.


:: tp tula.. tuisyen ni free.. so aku x paksa sapa2 nk tuisyen.. pljr yg btul2 nk blaja jer aku trime.. aku xnk pning2 lg pk students yg xnk blaja n bt bising mse tuisyen. bkn aku ignore diorg.. tp biar aku hadapi sume tu mse ari sk jer.. time tuisyen ni aku nk tumpu yg smgt nk blaja jer!


kesimpulannyer yg aku dpt smlm ::

1. bebudak f1 lbey bsemngat.. mn x nyer.. sesi stat pkul 10.30 tp pkul 8 dh smpai.. semangat yg aku xnmpk mse hari p&p biase.. mybe sbb ari sk aku xckup masa nk tumpu kt diorg.. cbuk tjerit2 mcm tarzan utk redakn klas.. wpun ade sorg 2 yg x dtg... tp keseluruhannya kedtgn memuaskn..;) ~ tkejut n teruja aku tgk semangat diorg smlm. feedback sms xtvt juga sgt2 mgalakkn.. bgus! diorg pon kte.. 'sronok la cikgu.. tenang jer!' sng nk blaja..(mmg ler.. klu ari biase aku suh diam dier cbuk nk bcakap..huhu)


2. bebdak f2 plak.. lelaki 2 org je dtg! aritu smgt bgai nk giler.. tp mujur ade students prpn yg dtg tmasukla 3 org dr klas lain (diorg volunteer nk msuk tuisyen aku wpun aku bkn guru m/pljrn ajar diorg.. bgus kn?).. utk subjek bi ni.. aku kne bt lbey psediaan la utk next week.. lbey menarik.. nnt akan difikirkn.. rase smgt sbb xtvt yg xdpt aku laksanakn kt klas, bley aku bt time tuisyen.. aku mmg ske handle games2 n quiz nih!~ n aku pk lg sng nk fhm ble bljar smbil bmain. bkn main2 tp bermain.. bt games.. ade collaboration dr pelajar gak..


:: aku x hrpkn balasan atas usaha aku ni.. yg pnting students aku bjaya.. dgn reputasi sk aku tu, aku xnk diorg pon cmtu.. aku kesian lg2 rmai melayu..


eh~ aku dh mula ade ciri2 guru yg baik kan?? ~ haha



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...