Thursday, December 6, 2012

Permata Hati

Alhamdulillah
5 mggu si kecil sudah berada dalam rahimku
syukur atas kurniaanMu Ya Allah
segala puji-pujian ku panjatkan kepadaMu

yang ku harapkan
semoga kandunganku sihat walafiat
membesar dengan cepat

tak sabar nak scan 
bulan Februari nanti 

:)

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, November 14, 2012

Bukan Aku

bila kita sedih kita nak seseorang bertanya pada kita
'awak ok ker? janganlah sedih lagi.. cerita kat saya, ok?'

bila kita gembira kita nak seseorang ambil tahu tentang kita
'wah gembiranya dia.. seronok tgk awak happy'

bila kita sakit kita nak seseorang ambil berat tentang kita
'awak tak sihat yer? sian awak. makan ubat tau? jaga diri selalu..'

bila kita sihat kita nak seseorang cakap pada kita
'alhamdulillah awak dah kembali sediakala'

bila kita bosan kita nak seseorang ingin tahu
'awak buat apa tu?'

bila kita marah kita nak seseorang sensitif pasal kita
'sorry.. saya ada buat salah ke? maafkan saya yer..'

bila kita kecewa kita nak seseorang berkata pada kita
'sabar yer awak.. ade hikmah disebaliknya.. jangan risau, saya kan ada'


tapi.. bukan semua orang nak kita buat macam ni. ada yang rasa kita tak layak nak ambil tahu, ambil berat, bertanya, memberi nasihat kepada dia.. walaupun niat kita hanya nak lihat dia selalu gembira dan bahagia. sebab dia special sangat pada kita.

orang yang istimewa pada kita, belum tentu rasa kita istimewa pada dia :')

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, October 21, 2012

Mahligai bahagia

officially married. alhamdulillah. selamat menjadi pasangan hidup dia pada 23 ogos yg lepas. syukur segalanya berjalan dengan lancar.

tak terucap dengan kata segala yang berlaku. 23 oktober ni genap 2 bulan berumahtangga. bahagia teramat. semoga kebahagiaan ini sehingga ke akhirnya. namun disebalik semua itu, aku dan dia masih tinggal berjauhan. hanya berjumpa 2 minggu atau 3 minggu sekali. memang sedih memikirkan. jadi aku sangat mengharap akan ada berita gembira untuk kami pada 3 nov nanti iaitu keputusan pertukaran guru akan dikeluarkan.

sekarang dia masih dalam bas. mungkin pukul 1 pagi baru sampai klang. have a safe journey sayang. terlalu sayang abang :')


ouh, pertama kalinya beli baju raya sedondon untuk raya haji ni. aku jubah pink, dan dia baju melayu pink. tak sabar nak pakai sama-sama. hehe <3 div="div">

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...