Showing posts with label adik angkat. Show all posts
Showing posts with label adik angkat. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Bukan Aku

bila kita sedih kita nak seseorang bertanya pada kita
'awak ok ker? janganlah sedih lagi.. cerita kat saya, ok?'

bila kita gembira kita nak seseorang ambil tahu tentang kita
'wah gembiranya dia.. seronok tgk awak happy'

bila kita sakit kita nak seseorang ambil berat tentang kita
'awak tak sihat yer? sian awak. makan ubat tau? jaga diri selalu..'

bila kita sihat kita nak seseorang cakap pada kita
'alhamdulillah awak dah kembali sediakala'

bila kita bosan kita nak seseorang ingin tahu
'awak buat apa tu?'

bila kita marah kita nak seseorang sensitif pasal kita
'sorry.. saya ada buat salah ke? maafkan saya yer..'

bila kita kecewa kita nak seseorang berkata pada kita
'sabar yer awak.. ade hikmah disebaliknya.. jangan risau, saya kan ada'


tapi.. bukan semua orang nak kita buat macam ni. ada yang rasa kita tak layak nak ambil tahu, ambil berat, bertanya, memberi nasihat kepada dia.. walaupun niat kita hanya nak lihat dia selalu gembira dan bahagia. sebab dia special sangat pada kita.

orang yang istimewa pada kita, belum tentu rasa kita istimewa pada dia :')

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, March 28, 2012

jaga diri baik2 tau? jangan demam, jangan sakit-sakit, jangan sedih-sedih..



lama dh x chat.. rindu nk smbg..
nak dgr sendiri khabar berita dia dari dia sendiri

buka handbag, ambil hp
klik menu pilih mesej
taip mesej...'salam, buat ape tu?'
then pilih nama dia dari senarai contact.

SEND / DELETE

1 - 2 minit fikir....

*delete mesej*

simpan balik hp dlm handbag.
*sigh*
lupe. kan dh janji xnk ggu lg?
rindunyer :'(

risau dia tak balas.
nak chat fb dia tp nak start dulu segan.
asyik aku saja yang beriya-iya :(

I saw you, but i can't reached you,
I heard you, but i can't talk to you,
But i'm always look after you without you knowing...


akak rindu sangat kat adik :(

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Monday, March 26, 2012

Serba-salah..

               4 hari lagi dia balik. then mesti lepas ni dia selalu online. nak buat macammana ya? jangan tegur dia? ajak dia chat? offline chat dia? buat-buat tak nampak walaupun nampak dia online? buat cam biasa.. ? huhuhu.. serba-salahhhhhhhhh!

            akak sebenarnya tak tahu macammana nak berhadapan dengan adik! akak tak tahu ape salah akak. dingin nya adik akak seorang ni. lain sangat..! apa ya sebenarnya salah akak.. sampai tak tegur langsung? atau akak ni dah membosankan adik? pertama kali menitis air mata ni sedih pasal dia.. :'(

          dulu adik pernah cakap, akak selalu anggap bukan-bukan pasal adik.. ermm x maksud pon! tapi bila keadaan jadi macam ni, akak tak dapat elak untuk berfikir bukan-bukan! adik nak akak buat macam mana sebenarnya ya? tolong lah beritahu apa yang sebenarnya.. bila akak tanya, adik cakap tak ada apa-apa.. :(

          sekarang ni, kalau nampak dia online.. aku lebih selesa offline chat. ada dua sebab.. pertama, taknak berharap dia akan mula chat atau aku akan ganggu dia pula. kedua, taknak buat dia rasa tak selesa. biar dia online puas-puas. tak apalah, aku jadi silent reader jer.. kalau aku boleh jadi invisible, aku dah buat dah..


          betul-betul tak faham.... ada tak doa yang boleh menghilangkan rasa sayang? please... nak sangat!

lepas ni kalau terserempak mesti jadi awkward kan? =='


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Saturday, November 19, 2011

Yang Terakhir Kali... Mungkin.



       ahad ni adik dah nak pergi arau, perlis. dah oleh kerana esok juga aku akan balik kampung, jadi tadi pukul 10 malam dia datang hantar hadiah yang dia kata tu beserta hadiah yang dikirim oleh kawan dia, antara anak murid aku yang paling rapat. termasuk adik, ada 3 orang la pelajar yang paling rapat.. jijie (adik), shikh dan atiyah. pelik sebenarnya macam mana boleh rapat. mungkin sebab aku selesa sangat dengan mereka. aku boleh sembang macam kawan walaupun sebenarnya mereka anak murid. terima kasihlah kepada fb kerana merapatkan hubungan kami. ouh.. hadiah yang dimaksudkan ialah....

ni hadiah jijie bagi sempena dia nak masuk uitm.
 tau dia kata nak bagi set keychain, tapi tak sangka sebanyak ini! haha

yang ni pula shikh bagi sempena harijadi aku. 
dia pass pada jijie untuk bagi pada aku
sebab dia dah masuk daftar ke uitm jengka rabu lepas

terharu sangat-sangat atas ingatan mereka terhadap aku
sampaikan belikan hadiah sempena mereka nak masuk uitm :)

yang ni atiyah bagi. dia buat sendiri kerongsang ni. 
cantik kan? aku suka sangat.
lagi-lagi yang warna pink tu. dah lama dia bagi, 
tak silap 3 minggu lepas. juga sempena hari jadi aku :)

yang ni hadiah jijie bagi hari itu, laptop skin. haha juga sempena harijadi... 
ada aku cerita di sini. haha

       kadang pelik kan, rasanya kita ni biasa-biasa tapi tetap ada orang yang suka dan sayang. bertambah-tambah istimewa bila orang tu juga memang kita sayang... tapi harijadi kali ni memang paling best la! sayang korang sangat!
        akhir-akhir ni, sembang lama sikit dengan adik. sedih sebab dia dan shikh dah tak ada di muar. rasa sedih tu sama macam rasa sedih aku semasa kawan aku dipindahkan ke  sekolah lain. rasa keseorangan di muar ni. mujurlah aku dah nak balik kampung esok, jadi tak la terasa sangat.
          harap, ini bukan harijadi terakhir bersama mereka. dan semoga mereka tak lupakan aku kan? apapun doa aku sebagai cikgu dan kakak.. semoga mereka bahagia, berjaya di dunia dan di akhirat. ameen :) sayang korang lebih!

p/s : bagi adik kek secret recipe. indulgence dan blueberry cheese. seronok tengok dia gembira. mungkinkah ini kali terakhir akak jumpa jijie? i hope not. goodbye, dear. jangan lupakan akak. jangan cari kakak lain ok, jijie dah janji kan? :'(


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Monday, October 24, 2011

Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun Sayang


lagu tema my birthday.. 16 okt yang lalu. suka giler lagu nih!

* dah tak ada yang nyanyikan lagu ni live untuk aku tahun ni, sebab dia dah berkahwin dan ada isteri. bakal menimang cahaya mata tahun depan. aku doakan kebahagiaan kau, kawan :) aku ada ceritakan pasal dia di sini.
*dengan rasa tak malunya, minta adik tujukan lagu ni dalam fb masa hari jadi sebab dia malu nak nyanyi. well, besday girl  boleh minta atau buat apa sahaja kan masa hari jadi? haha.. seronok betul bila dia tunaikan permintaan :)
* my love masih tak hafal lagu ni. ala sayang, bila la agaknya boleh nyanyikan untuk ina ni? haha :)
* tua sudah rupanya. tapi perangai tak matang-matang kan? :p

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Saturday, October 22, 2011

Hadiah Harijadi Pertama :)

18 okt 2011. 5.45 petang.

terima kasih. hadiah 1st yang akak dapat untuk tahun ni. really appreciate it. mungkin itu hadiah pertama dan terakhir dari adik sebab lepas ni adik dah jauh. tak pernah terfikir akan dapat hadiah dari adik tahun ni. :)
apapun sangat gembira sebab rasa finally i know that i mean something to you. tq for making me feel special. well, jaga diri. luv u.                

amboi.. kata muka akak tembam macam mickey mouse eh? haha :)

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Tuesday, October 4, 2011

Tahniah adik!

               khamis lepas (29 sept) adik mesej beritahu dia berjaya dalam interview aritu dan dapat uitm arau, perlis. dah agak dah mesti dia dapat. dia akan mendaftar 16 nov nanti. sebenarnya lama dah tak sembang dengan dia sejak aku tutup fb tu. rindu gak la. rumah 3 minit jer. haha. apa pun gembira untuk dia, akhirnya dia akan menjadi seorang mahasiswa, walaupun dia teringin masuk uitm jengka, tapi sekurang-kurangnya dia dapat kos yang dia suka.. sains sukan. akak gembira akhirnya hasrat jijie nak msuk uitm kos sains sukan tercapai.
             semoga dia selamat dan berjaya di perantauan nanti. walaupun tak ada geng, akak tau mesti jijie senang dapat kawan kat sana. everyone will love you, believe me. especially girls of course! hehe.. selamat menempuh dunia universiti! jaga diri adik elok-elok tau? miss you.


+ and bestfren dia a.k.a kembar jijie pun dapat uitm tapi di jengka. akhirnya terpisah juga kembar siam tu. haha! berkepit jer.. 
+ teringat pesan  terakhir dia sebelum aku tutup fb.. "jangan cari adik angkat lain lagi"
hee. dun worry lah! :))



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, June 19, 2011

pergh! xpe2... haha ;)

"akak... adik nak pindah ke jb"
                    pergh! menyirap jer aku baca komen kat fb die mula-mula tu.... sampai hati dia tak beritahu aku dulu. sakit hati, terasa  sangat dengan perbuatan dia. aku tahu pon lepas kawan dia tanya dia di wall. pergh! tak hengat betul apa yang aku rasa masa tu. aku tak kisah la dia nak pindah ke bulan pon, tapi kenapalah tak beritahu aku kan? hati masa tu sangat-sangat la sakit.
                  so, dengan berkobar-kobarnya aku tulis mesej di fb dia, dengan penuh perasaan tak puas hati aku luahkan la kan. tapi esoknya dia dengan selamba buat tak tahu. macam tak ada apa-apa berlaku, elok jer komen status aku. dalam hati aku.. " eh budak ni, dah la tak balas mesej aku, boleh lagi tanpa rasa bersalah buat tak tahu jer. memang nak kena nih! " aku pun bg lagi mesej cakap kenapalah dia tak beritahu aku kan? 
                 sembang punya sembang rupanya itu semua lakonan semata-mata!! cessss...... macammana aku boleh terkena nih? malu memang tak tahu nak cakap kan. yela, macam-macam aku marah dia. mujurlah dia dah tak sekolah sama. hahaha. dia punya gelak (walaupun dia tulis jer) aku rase malu betul. pergh! lepas tu ape lagi, sakan la dia mengusik aku. katanya sekadar nak kenakan kawan-kawan dia, sekali dengan aku-aku pun same terkena....... cesss!!

see? kan dah malu sendiri..... :p

moral of the story : jangan cepat melatah... ahaks!


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, May 11, 2011

selamat kembali ke sekolah, adik. sebenarnya akak berkecil hati.

                

        esok dia akan mula kembali ke sekolah. masuk tingkatan enam. yup, dia tak dapat mana-mana tawaran pon. tak apalah. tingkatan enam pun ok. aku pun dari tingkatan enam dulu. akak doakan adik berjaya dalam stpm. jangan banyak main dah tau... ini peluang adik yang mungkin yang terakhir untuk masuk ke universiti.
               sekolah yang dia nak masuk pun tak jauh dari sekolah aku. kadang-kadang jahat juga hati aku. rasa gembira pun ada dia tak dapat mana-mana universiti, sebab dia akan sentiasa ada di muar. jahat kn? tapi bukan maksud aku tak doakan kejayaan dia.
               semoga dia berjaya dunia akhirat. ermm.. dan semoga dia tak lupakan aku. dia dah aku anggap macam adik aku sendiri. kira macam pengganti adik aku yang jauh. semoga hubungan ini berkekalan.
                tapi aku dapat rasa dia tak seperti dulu, tak mesra macam dulu. bila ajak bersembang pun macam nak tak nak sahaja. tapi yang peliknya bila ada kawan-kawan dia cuba mesra dan dekat dengan aku, mula lah dia mesra dan post something, cuba menunjukkan kepada kawan-kawan dia tu bahawa aku ini kakak angkat dia. kenapa lah adik tak macam dulu? 

untuk : adikku yang tersayang ;)
               akak tak faham lah dik... akak tak kisah pon kalau adik ada ramai kawan. betul. tapi akak sangat terasa bila adik ada kawan baru, adik tak nak sembang dengan akak. akak cuba juga komen di fb adik, tapi adik jarang balas, selalunya hanya tekan 'like' pada komen akak. erm... tak best dah eh kawan dengan akak? :(
           akak cuba buat-buat tak kisah, masih komen status atau post kat wall adik, masih tegur adik walaupun terasa sangat. tak apalah kalau adik rasa dah bosan. nak buat macam mana kan? lagipun adik dah ada sekolah baru, kawan baru, kelas baru, cikgu baru..... :(
              cuba juga post status, harap-harap adik faham ape yang akak rasa, tapi rasanya adik tak sedar pun. bila akak cuba buat-buat tak kisah, bila akak mula sembang dengan yang lain, adik cemburu pula. aduhai... tak faham. akak cuba lupakan apa yang adik cakap dulu. cuba lupakan yang adik pernah cakap akan tetap berkawan dan tak lupakan akak. banyak kali dah akak sakit hati dengan adik... sedih tau disakiti oleh orang yang disayangi.
             akak cuba pujuk hati ni, pujuk hati mengatakan, tak apalah... mungkin sebab adik muda lagi. tak faham dan tak sedar apa yang adik buat tu menyakitkan hati akak tanpa adik sedar. ya, akak yakin adik tak maksudkan pun nak buat macam tu. sebab adik pernah kata adik sayang akak kan?
            tapi kan adik, walau apa pun... akak doakan adik berjaya dalam stpm tahun hadapan. semoga adik tak kecundang lagi. jangan ulangi kesilapan yang lalu. pasal akak, adik tak payah risau lah. pandai akak jaga diri. kadang-kadang nak berkongsi rasa dan cerita hidup akak dengan adik, tapi takut nanti adik cakap "kenapa cerita dengan adik?" lagi. rasa bertambah-tambah jauh dengan adik. dah lah adik tak sekolah dengan akak. bila ajak bercerita pun adik layan tak layan jer.... sedih... ;(
            adik, 4hb ni akak bertunang, doakan akak yer. akak harap sangat akak bahagia dengan si dia. tapi adik pun bahagia jugalah ya. dan adik betul-betul tak kisah ke akak minta pindah dari muar? i'm just wondering about that... what ever happen, you'll always in my heart, adik. miss the old you. really :(








Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, May 1, 2011

what a beautiful day!

hari ni seronok sangat! sebab?

lebih kurang macam ni lah baju yang aku beli tadi.
 1 set ngn kain + selendang = rm159

  1. dah dapat cari baju tunang yang cantik! walaupun tak dapat baju plain pink, tapi xpela.. okla dapat beli baju kebaya ungu tu... hehe ~ hopefully nampak cantik masa hari pertunangan tu.. :)
  2. dapat keluar dengan nisa, setelah hampir 3 minggu kot dia pindah sekolah. thanks to her sebab sudi temankan aku keluar cari baju tunang... hehe
  3. si dia sudi nak datang muar cuti sekolah ni untuk temankan aku drive kete balik kampung.. hehe ~ sayang kat abang!
  4. tadi beli donut j.co ~ tak larat nak makan. so bagi kat jijie jer.. hmm ~ lame x jumpe adik sorang tu..
  5. jijie tujukan khas lagu "cikgu ayu" kt fb lepas kawan dia terang-terang puji aku kt wall fb aku. haha ~ thanks dear ;) ~ aku tau die agak cemburu bila ade kawan buat camtu.. ;) ~ dont worry, awak sorang jer adik akak :)
tapi ade gak yang tak best..... macammana lah aku boleh lupe swimming suit aku tertinggal kat kampung! so tak dapat la nak pergi kelas renang malam ni...... hhuhuhu~

:: kepala sakit sangat. 4 hari non stop berjalan ::

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, April 27, 2011

saya suka lelaki pemalu, pendiam dan nampak 'nerd' ~ they are sweet!!

                    awak lelaki begitu? if yes, then i like you! tak tahu kenapa saya rasa lelaki yang punya ciri-ciri begini sangat menarik dan sweet. very attractive! dan kebetulan lelaki-lelaki yang dikenali punyai ciri-ciri ini....


my future husband ~ mr. F
my pet brother

my fav actor, Zahiril Adzim 


              tak pasti atau secara kebetulan mereka ini sangat menarik sebab ade ciri-ciri ini. then, this post should be set as private post. malu kalau orang lain tahu.. weks! :p ~

apa istimewanya lelaki begini?  (pendapat aku la)

  1. diorang nih nampak misteri... buat aku rasa nak tahu lagi banyak pasal diorang...
  2. nampak macam diorang ni helpless.. haha ~ literary nyer la.. buat aku rasa aku perlu ada untuk diorang... seolah-olah they need me. LoL!
  3. nampak sweet dengan sifat misteri diorang. dengan tersipu-sipunya buat diorang tambah-tambah manis!
  4. dan biasenya lelaki begini punya mata renungan yang mengancam!
  5. lelaki pendiam dan pemalu ini selalunya seorang yang pemerhati. kadang-kadang tak sangka perkara kecil pon diorang perasan. 
  6. diorang ade senyuman yang manis sgt! dalam diri manusia, perkara yang pertama yang biase aku suka lihat adalah senyuman. senyuman yang malu-malu memang sangat menarik!
  7. perlakuan kelihatan jujur dan naif. muka nampak innocent jer... hehehe
  8. buat aku lembut hati dengan diorang. aku mudah buka diri aku untuk insan camni... dun know why..
  9. mungkin sebab aku ni anak sulung, yela, biase anak sulung orang kaitkan dengan keras hati, keras kepala, ganas, independent, lasak... so aku suka lelaki yang bertentangan dengan aku.. 
  10. just because i love them.

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, February 27, 2011

he is REALLY my brother now. tq dear :)

 jumaat mlm sabtu. chat kt fb.....

aku : rase2 klu list kn J kt fb akak ape akn jadi ek? gempak x?
adik : list ape?? ooo.....
aku : kalau lah bley list adik as my bro kt fb kn? hehehe.... brani x?
adik : J xkisah... no hal punya. hahaha
aku : akak... eermmmm.... :p
adik : hahaha :) J dh antar request. klu akak brani, baru akak approve yer!
aku : okes! tq dik ;)
adik : hehe ~ welcome ;)

              huhuhu ~ akhirnya aku ambil tindakan berani.. aku approve! mesti pelik kn bg korg? pdhal ni hal biase jer kot. tp bg aku ni penting n pkara besar py! sbb actually he's my ex student. lol! ~ n ramai students dlm frens list aku. huhu ~ :p aku tpikir2 ape yg students laen akan pk psl pkara nih. huhu. tp pk2 blik, i dun care what other people think about me! n finally, he's one of my bro kt my family list :))
            ~ n sgt tharu when he said i'm his special one. haha <3 tp yg xbest maybe dia akan pg ke plkn dlm mse tdekat nih. alahai.... sunyi lah aku... ~~~  ouh, last chance nk jmpe die pon bile die dtg sk nnt mse amik result spm. huhu ~ gud luck dik!


p/s : J, rindu lah! haha :)

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, January 30, 2011

prosperity chicken McD, blackforest cadbury choc n tiramisu cake :)

       hahahaha : )
      mode : happy dan bahagia..


              arini nak cerita pasal adik angkat tersayang.. akhirnya setelah sebulan minta dan malu-malu nak datang ambil, dier datang gak khamis mlm jumaat ke rumah. hahaha. eh berani dah sembang ngan akak kn? nice!
           memang rezeki dier. kebetulan aku ade buat tiramisu cake dan beli prosperity burger tu. seronok sungguh dier terima makanan tu semua.. :) awak hepi, akak pon hepi. i luv to see u smile. :))
         dan terasa sangat terharu bila dia membuat 1 post psl choc dan aku dalam fb dier.. hehe... love u so much adik! hehehe... terasa makin dekat dan mesra dengan dier. ouh! ada yang jealous dengan perhubungan kami. kawan dia sendiri. sibuk ambil tahu dan bertanya pasal kami. alahai.... rimas aku dibuatnya.
          most of all, sbnrnya seronok sbb kwn2 dan anak murid di sekolah suka sangat kek tiramisu yang aku buat tu! yeah~ hahaha. nak resepi ker? aku amik kat sini. sangat-sangat senang dan mudah! selamat mencuba ya!

p/s : my bf tau yer psl adik angkat ni, dan dia xkisah... ouh~ love u baby!
     

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...