Monday, February 27, 2012

Helaian Hati

ada orang yang kita
buka luas-luas helaian hati kita
kita nak dia baca dan faham
nak dia tahu segala yang tersirat dalam hati
dengan rasa penuh pengharapan
kita tunggu balasan dia

tapi yang dia buat
dia conteng-conteng, dia carik-carik
tak cukup dengan itu
dia koyak-koyak, buang merata
dia tak tahu dia dah buat kita sedih
sebab dia tak faham pun apa yang kita tulis



tapi ada orang yang kita
tutup rapat-rapat
kita tak nak dia tahu atau ambil tahu
tak rasa pun kita perlu beritahu dia

tapi dia buka perlahan-lahan
dia cuba baca baik-baik
dia faham betul-betul
dia fikir dalam-dalam
apa maksud tersirat tulisan kita tu

dia tampal helaian yang koyak dengan hati-hati
dia penuhkan helaian pudar tu dengan warna pelangi
sabarnya dia
setiap helaian dia cuba ingat
setiap helaian dia kusyuk baca

sampai lah ke helaian terakhir
dan di akhir tulisan kita, dia sambung tulis..
'biar saya jaga awak, ya?'

terasa sangat dia genggam erat helaian hati ni :)

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Monday, January 2, 2012

Selamat Datang, 2012 :)

         

          rasanya tak terlambat nak ucapkan selamat tahun baru 2012 kepada kau orang (eh ada orang baca ker? haha). semoga segala yang baik-baik dan segala yang diinginkan akan tercapai pada tahun ini. mesti kau orang ada azam tahun baru kan? aku cuma mahu jadi insan yang lebih baik tahun ini. anak yang lebih baik, guru yang lebih baik, kawan yang lebih baik, dan tunang yang lebih baik. dan semoga bakal isteri yang baik pada hujung tahun ini.
        tahun ni rasa semangat sikit. koperasi sekolah yang tersayang dan bertambah besar. seronok sangat nak mulakan perniagaan tahun ini. kedua, dah tentu aku akan melalui hari bahagia tahun ni. sekarang sedang survey cincin dan pakej perkahwinan aku. nak buat yang simple jer tapi meriah dan cantik. ketiga, aku sudah disahkan jawatan tetap. akhirnya setelah hampir tiga tahun, aku sudah benar-benar bergelar seorang guru. semoga aku akan jadi guru yang lebih baik kan untuk 2012 ni?
       aku janji dengan diri aku.. semoga aku takkan jadi diri aku yang lama.. yang jahat dan kejam.. dengan diri sendiri dan orang tersayang. cukuplah aku jahanamkan diri sendiri dan lukakan hati orang-orang yang aku sayang. semoga aku tak hilang arah lagi tahun ni.. ameen..



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...