Thursday, May 19, 2011

jika pilihan itu terletak di tangan..

jika kita punya kuasa untuk memilih
jika kita mampu menentukan takdir hati
tentu bahagia sentiasa, betul kah?

jika aku mampu mengarahkan hati aku
memilih sendiri orang yang aku sayang, bagaimanakah agaknya?
tentu tak sakit  begini
namu semuanya takdir tuhan yang menentukannya

kadangkala kita tak punya sebab mengapa hati kita memilih mereka 
sebagai orang-orang yang disayangi
mengapa hati kita enggan memandang yang lain
yang kadang-kadang akal merasionalkan 
dialah yang perlu kita dakap dalam hati

tapi itulah sekeping hati dalam jasad
yang cuba menentukan langkah hidup
yang kadang-kadang akal yang waras pun tak mampu halang
apa yang hati ini mahu

hati ini selalu terburu-buru
selalu membantah kata akal yang tak jemu-jemu menasihati,  memarahi 
jangan! jangan! jangan buat sayang!
walaupun sudah tahu ikut kata hati itu mati

hati ini memang begitu
kadang-kadang sakit di mata
tapi di hati tercari-cari
kadang-kadang akal membenci
tapi di hati menanti-nanti
kadang-kadang badan dah lelah
tapi di hati tetap menunggu pasti
ya, hati memang tak pernah kenal erti penat
tak pernah kenal erti serik
itulah dia sekeping hati aku
yang kadang-kadang
mungkin tanpa kau sedar
kau carik  dan pijak
tetapi kemudian kau cantum kembali dengan senyuman
yang kau pandang sepi
tetapi kemudian kau muncul kembali bawa secebis harapan

jangan  buat hati aku begini!
kerana
walau beribu kali kau injak-injak
walau seringkali kau endah tak endah
hati ini tetap begini
menanti-menanti
walaupun hampir hancur keadaannya
menahan siksa kesakitan yang kau hadiahkan
namun kesakitan itulah yang hati ini tafsirkan sebagai cinta

hati aku menyayangi insan pilihannya
hati aku mencintai insan tersayang setulus hati
kerana hati ini 
tak pernah sayang setengah-setengah
tak pernah cinta separuh-separuh
bagaimana bentuknya, begitulah yang hati ini persembahkan
jika kau memaksanya melupakanmu
bermakna kau memaksanya menamatkan riwayatnya

aku mahu kau berfikir dahulu sebelum berjanji dengan hati aku
walaupun hati ini tak pernah berkata apa-apa kepadamu
namun hati akan menanti janji itu ditepati
walau bibir berkeras mahu menjadi wakil perantaraan
namun hati tetap sabar dan berharap
'tak apa, nanti dia ingatlah apa yang dia sudah janji dengan saya'



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

No comments:

Post a Comment

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...