Tuesday, October 4, 2011

Tahniah adik!

               khamis lepas (29 sept) adik mesej beritahu dia berjaya dalam interview aritu dan dapat uitm arau, perlis. dah agak dah mesti dia dapat. dia akan mendaftar 16 nov nanti. sebenarnya lama dah tak sembang dengan dia sejak aku tutup fb tu. rindu gak la. rumah 3 minit jer. haha. apa pun gembira untuk dia, akhirnya dia akan menjadi seorang mahasiswa, walaupun dia teringin masuk uitm jengka, tapi sekurang-kurangnya dia dapat kos yang dia suka.. sains sukan. akak gembira akhirnya hasrat jijie nak msuk uitm kos sains sukan tercapai.
             semoga dia selamat dan berjaya di perantauan nanti. walaupun tak ada geng, akak tau mesti jijie senang dapat kawan kat sana. everyone will love you, believe me. especially girls of course! hehe.. selamat menempuh dunia universiti! jaga diri adik elok-elok tau? miss you.


+ and bestfren dia a.k.a kembar jijie pun dapat uitm tapi di jengka. akhirnya terpisah juga kembar siam tu. haha! berkepit jer.. 
+ teringat pesan  terakhir dia sebelum aku tutup fb.. "jangan cari adik angkat lain lagi"
hee. dun worry lah! :))



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, October 2, 2011

Selamat Hari Lahir, Anastasya (Tasya)

(siapa yang tak tahu tasya yang mana, aku pernah cerita dulu di sini)

           pukul 9 pagi tadi pergi ke tanah perkuburan anak murid aku, ditemani dengan 3 orang bekas rakan sekelas dia. hari ini hari lahir dia, kalau dia masih hidup.. hari ini genap dia berumur 15 tahun. mula-mula sampai ke kubur dia, dalam hati terdetik, "kecilnya kubur..!" ~ nampak sangat semasa dia sakit tubuh dia bertambah kecil apatah lagi dia memang kecil molek orangnya.
             ada rasa sebak dan insaf dalam diri. siapa kata ajal hanya tiba ketika tua? siapa kata sakit itu tiba pada yang berumur? ajal maut di tangan Allah. dia lebih disayangi jadi dia diambil dahulu. meninggalkan orang-orang yang sayangkannya. kadang-kadang terfikir, ajal yang lebih awal sampai lebih baik daripada umur yang panjang tapi penuh dosa. berapa banyak dosa dah aku buat sepanjang 26 tahun ni? berapa banyak pahala yang hilang angkara dosa-dosa itu? 
            aku cabut rumput-rumput yang melata di kubur dia sambil berdoa dan berzikir.. semoga pahalanya sampai kepada arwah. selesai membaca yassin aku bacakan selawat agar rohnya tenang. tapi aku tahu, budak sekecil dia insyaAllah tiada dosa besar yang tidak dapat diampunkan. dibesarkan dalam kelompok kawan yang pakai tudung macam chipsmore, alhamdulillah aku lihat dia tak pernah menayangkan rambut dia. perangai elok, tak pernah dengar dia buat perangai di sekolah. tak pernah dengar guru-guru komen perkara buruk pasal dia. semoga apa yang baik-baik itu ada pada dia. 
            sebelum melangkah pergi, dalam hati aku ucapkan kepada arwah.. "Selamat Hari Lahir, Tasya. kalau Tasya hidup lagi, mesti minggu depan Tasya akan menduduki PMR." aku tahu dia sentiasa dibawah lindungan tuhan. semoga segala dosanya diampunkan dan ditempatkan dalam kalangan orang yang solehah. Alfatihah.

tasya yang bertubuh kecil di tengah-tengah gambar ni. comel kan dia? semoga dicucuri rahmat keatas rohnya.
gambar ini aku ambil semasa hari sukan sekolah, waktu dia sertai pasukan kawad seliaan aku.


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Perkara yang buat aku benci sangat blog korang

 kadang-kadang kalau tak ada kerja.. lagi-lagi sejak tutup fb nih, aku rajin blogwalking blog orang lain. masuk secara random jer.. tengok tajuk yang menarik.. tapi kadang-kadang isi nyer best tapi ade faktor-faktor lain yang buat rimas aku nak stay kat situ lama-lama.. antaranya

  1. autoplay music - benda paling pantang la kalau masuk blog orang ni. tak kisahlah lagunyer sedap atau tak. tapi memang mengganggu konsentrasi aku nak khusyuk baca. puh-lislah! tukar setting jadi manual jer.
  2. font tulisan yang susah nak faham - aku faham apatah lagi gugurl memang suka pakai font comey-comey dan warna yang cute. tapi kadang-kadang kalau salah pilih font dan warna memang menjemukan dan buat aku menyirap jer nak baca..
  3. blog yang terlalu banyak column. tak tahu nak tengok mana dulu. serabut tau! - ni satu hal lagi. dahla tulisan ko fancy, pastu banyak pulak column. kalau banyak column dah tentu ada banyak scroll sebab skrin yang kecil nak memuatkan kolumn kau yang serabut tu. point aku : pandai-pandailah susun column kau. buat pening orang nak baca jer.
  4. ade iklan berderet - asal masuk jer dah ada iklan suruh klik. rimas tau! tak suke-tak suke-tak suke. kadang-kadang tengok blog budak- budak tapi iklan pasal s** la, pasal nak besarkn la.. apela.. =='
  5. ada skrin itam yang tulis 'save energy' - err tak adalah kisah sangat tapi save energy? aku pakai lappy dan pakai elektrik (tak pakai battery) so benda ni macam pelik jer.. 
  6. yang tak habis-habis suruh orang follow! - yer, orang yang baca tu tentu akan follow u kalau blog u tu menarik. ni main paksa-paksa pula. kalau dah tak best tu tak ada maknanyer la kan?
  7. sikit-sikit kutuk kerajaan, sikit-sikit orang lain tak betul - aku tak berpihak pada mana-mana parti politik, mana yang baik aku ambil, yang buruk aku buang. tapi berpada-padalah dalam memberikan buah fikiran dan pandangan. yer tau itu blog korang, korang boleh tulis apa sahaja yang korang suka. tapi fikir dahulu sebelum tulis. kadang-kadang tulisan itu menunjukkan kedangkalan dan kependekan akal kita. buat rujukan atau research sebelum nak tulis sesuatu yang serius. bahaya woo! kalau apa yang kau tulis tak betul, tak pasal-pasal kecoh!
  8. blogger perasan popular  - tulis sikit nak angkat diri, tulis panjang sikit nak angkat bakul. bosan! ingat ya, awak popular sebab ade banyak blogwalker ni.. jangan mudah takbur bila ada pengomen yang tegur awak dalam menulis, tu tandanya diorang sayang awak, tak nak awak ulangi lagi.. open minded sikit! jangan pandai cakap orang sahaja, awak sendiri kena buka minda.
  9. mencarut dari awal entry sampai la abis - macamlah parents dan cikgu kau tak ajar adab sopan tu semua. kat sekolah perkataan B*** dan S*** jer ke yang kau tahu? kesian.. kesian. nak mengutuk tu guna perkataan baik sikit boleh? terutama blogger lelaki la kan.. ya tau lelaki ni bergurau memang kasar, tapi jagalah perkataan ya.. bahasa menunjukkan bangsa, ya adik-adik :)
  10. emo memanjang - selalu blog budak-budak sekolah la.. semua benda yang tak sepatutnya dia tulis. kutuk cikgu sekolah, benci mak ayah.. dan macam-macam lagi. mungkin sebab korang tak matang lagi,    so tak terfikir akan apa pandangan orang pada korang nanti bila baca entry korang. 
  11. blog berat - punya la lama nak tunggu dia habis loading sebab penuh dengan clip, lagu, widget dan gadget gerak-gerak.. berjanggut tunggu.. buat orang bosan jer walaupun entry kau menarik.
++kadang-kadang cakap orang pandai, silap-silap blog aku ni pon ada orang kutuk kan? haha ~ sebarang komen dialu-alukan :)

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...