Tuesday, May 17, 2011

cikgu rindu tasya :(

              pagi khamis lps (12 mei 2011) anak murid kesayangan, anastasya azmi telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit barah kelenjar (lymphoma cancer). terakhir bersembang dengan dia semasa 30 April, masa tu dia sedang menjalani kemoterapi untuk barah dia. kasihan, baru berusia 15 tahun. pelajar yang sangat baik, dan mendengar kata guru, serta pelajar harapan sekolah untuk pmr tahun ini. 
             sebenarnya aku cuma mengajar dia tahun lepas subjek ICT. itupun cuma 2 masa setiap minggu. mula-mula nampak macam sombong budaknya, tapi lama-lama tahu dia sebenarnya pendiam dalam kelas. tak  tahu mengapa dia suka rapat dengan aku. alhamdulillah la kan, ada pelajar suka kita. kebetulan dia sama rumah sukan dengan aku. tapi dia memang ada kebenaran dari doktor supaya dikecualikan untuk bersukan kerana dia ada penyakit asma. cuma semasa cuti bulan mac yang lepas dia dijangkiti kuman di paru-paru.
              rupa-rupanya itulah permulaan penyakit barah dia. aku rasa doktor agak terlambat mengesan barah tu. bulan april yang lepas aku macam terperasan dah lama tak terserempak dia di tangga sekolah. sebab dia antara pelajar yang rajin menegur aku di sekolah. rupa-rupanya dia sedang terlantar di hospital akibat dijangkiti kuman di paru-paru. sedih sangat hati melihat tubuh kecil dia bertambah kurus. salur getah berselirat di badan dan tangan dia. kasihan, sampai bengkak tangan dia kena masukkan salur getah. masa tu 3 hari sudah dia tak boleh makan sebab dia muntah. kasihan sangat... sebenarnya aku pun tak tahu kenapa Allah gerakkan hati aku pergi lawat dia di hospital masa tu. tapi aku syukur sebab dapat jumpa dia...
                 teringat kenangan dengan dia. masa tu ada acara merentas desa sekolah. oleh kerana dia tak boleh berlari, jadi dia merayu pada aku izinkan dia ikut aku jaga check point di tanjung. aku tak benarkan sebab aku tak bawa helmet lebih. lagi pon kalau apa-apa jadi, accident ker, aku yang kena. terpaksa aku tinggalkan dia di sekolah, maafkan cikgu ya.... ;( lagi satu semasa sukan sekolah, setiap rumah sukan mesti menghantar satu pasukan kawad dan dia dengan semangat dia nak masuk pasukan kawad aku. aku risau kalau dia pengsan sebab dia agak lemah sebab perlu berdiri di tengah padang masa hari perbarisan. tapi dia kata tak apa, mak dia bagi. jadi, aku wajibkan semua pakai kasut putih untuk hari perbarisan, ni yang dia kata pada aku

"Cikgu, kalau saya cakap , cikgu jgn marah ea ? Sbnrnye kan cikgu, saya dh tanya ramai kwn2 yg ada kasut putih, tp dorg x nk bg pinjam .. Jd, saya ambil keputusn nk undur diri dari prbarisan boleh x cikgu ..? Saya sbnrnyer takut nk berterus terang dengan cikgu sebab takut cikgu marah dan nanti lepas nie kita dh x baik2 mcm2 dlu.. Saya harap cikgu faham.. Saya x nk kehilangan seorg cikgu yg amat saya sayangi .. :(

  •                tadi aku lihat facebook dia sedang online, aku tegur..rupanya makcik dia. aku minta maaf sebab tak dapat hadir masa hari pengkebumian. sembang-sembang sekali makcik dia cakap.... 
     
    makcik tasya : oh. cikgu ni lah yg selalu dia cite pd sy .. hurmmm...thnks cikgu sb dpt didik tasya dgn baik skali ...
    aku : dia cerita apa?  hmm xdela gak, sy ajar dia thun lps jer. btw, welcome :)

                rasa-rasa   apalah tasya cerita pasal aku ya? hmm... terima kasih tasya.. cg sayang tasya gak :( masa 12mei tu kawan aku call dari sekolah, beritahu tentang pemergian tasya. macam tak percaya.. sebab katanya dia semakin sihat... rupanya Allah lebih menyayangi dia.. sedih tak dapat pergi pengkebumian dia sebab masa tu aku demam dan tak tahu mana satu rumah dia. insyaAllah aku dan kawan sekelas dia akan menziarahi dia di kubur.. cikgu rindu tasya, semoga tasya bahagia di sana. teringat2 senyuman dan semangat kuat tasya. kurang dah seorang pelajar yang rapat dengan cikgu, cikgu maafkan dan halalkan semuanya... :( alfatihah



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

No comments:

Post a Comment

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...