Saturday, July 16, 2011

egonya.... baik aku yang tegur, daripada pelajar kau sendiri yang tegur..

               hal yang aku nak cerita ni bukan sebab nak bangga diri sebab aku tahu bahasa inggeris. tak pun. sekadar menegur sikap ego manusia... aku pun walaupun aku ini cikgu bahasa inggeris, kadang-kadang pun melakukan kesilapan dalam tatabahasa, dan terima teguran dari rakan. iyelah kan, kalau ada yang menegur tu, insyaAllah lah kita takkan ulangi lagi.. apatah lagi ketika memberi ilmu tersebut kepada pelajar. kan dah jadi ajaran sesat tu.
ceritanya........
             sudah lama aku tengok status seorang kawan aku (cikgu juga. tapi cikgu sains sukan).. bukan sekali, tapi banyak kali grammatical dia byk error... terutama penggunaan 'than' dan 'then'. yang peliknya dia boleh buat tuisyen muet utk stpm  dan spm lagi. aku terfikir bagaimana dia mengajar tuisyen  bahasa inggeris sedangkan muet ting 6 dulu dia fail (masa tu hanya 15 orang kawan aku sahaja yang lulus muet). tapi aku bersangka baik la, mungkin semasa dia di universiti dia makin mahir. tak apalah tu. tapi bila dia cuba buat status dalam bahasa inggeris.. sangat teruk tatabahasa dia. aku kasihan pun ada pada dia. aku tahu dia otak bisnes. tapi janganlah sebab duit, ajar subjek yang kita sendiri tak mahir. aku sendiri masih tak berani buat tuisyen luar, sebab masih tak yakin dengan kemampuan diri. duit parents untuk tuisyen bukan boleh buat main. lagi sekali, aku BUKAN nak bangga diri dengan kemahiran aku.
        jadi, dengan berhati-hati susun ayat tadi, aku tegurla penggunaan ayat dia. egonya dia. tak nak terima teguran. mungkin dia malu aku tegur. aku siap minta maaf sebab terpaksa tegur sebab sudah lama aku perhatikan status dia yang begitu. lepastu aku tengok dia padam status tu. tak apalah. adakah aku yang bersalah sebab tegur? aku cuma tulis.......
than : digunakan untuk perbandingan 
then : kemudian 
- sori tegur.......
         ayat aku teruk ker? niat aku agar dia tak ulang lagi kesilapan kecil macamtu. bukan sekali dia salah guna penggunaan 'than'. selalu sangat ayat dia guna perkataan tu tapi untuk maksud 'kemudian'. ada lagi kesilapan kecil yang dia lakukan, tapi lepas ni aku dah taknak masuk campur.. apa pun, mungkin aku yang salah. tapi aku rasa ego lelaki dia yang tinggi. 
tak rasa bersalah ke ajar perkara tak betul kepada pelajar? bayangkan kalau dia ajar benda tu pada orang lain, dan terus disampaikan kepada yang lain, tak berterusan ke dosa kau? 

p/s : dari zaman sekolah, masih macam tu ego dia. makin tinggi adalah. status semua gempak-gempak.. berlagak betul buat status tak habis-habis pasal koleksi tudung ARIANI wife dia yang dah mencecah 500 helai.. perlu ker cerita selalu? huh!

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

3 comments:

  1. kadang-kadang,orang berotak bisnes ni tak digalakkan jadi cikgu...
    bila kita jadi cikgu,kita akan memberi tanpa balasan.
    walau apa pun yang kita lakukan.
    tak akan pernah berkira tentang harta,duit,tenaga dan lain-lain.
    bila dalam hati dah terniat untuk berkira,
    memang susah la nak jadi cikgu...
    semoga kawan awak tu akan sedar satu hari nanti.
    tugas guru ni berat.
    produk kita manusia.
    kalau barang,bila rosak boleh hapus kira.
    kalau salah ajar manusia,
    sampai mati kita tanggung dosa dia...
    itu kalau salah ajar seorang;
    bayangkan kalau ramai...?
    ~tak terbayangkan...~

    ReplyDelete
  2. hurmmm tula.. tapi yg dikesalkan dia tak dapat terima kesilapan dia. mungkin malu sebab ditegur. tapi biasa la kelemahan manusia, semua buat silap. tak apalah, harap dia sedar. berkongsi ilmu itu pahala, tapi kalau ilmu yg dikongsi tu tak betul, dah jadi dosa. kesian budak2 gak..

    ReplyDelete
  3. ak rse ak knl sapalahhhhhhhhh yg ego sngt nih!!!!

    ReplyDelete

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...