dah lama tak tulis apa-apa... bukan tak ada cerita, tapi aku asyik padam tulis padam tulis saja.
esok mungkin hari terakhir aku di rumah sewa ni. alhamdulillah, Allah dengar rintihan hati aku. akhirnya aku jumpa rumah sewa aku. tak jauh pun dari rumah sewa sekarang. rumah sewa yang baru tu ke dalam sikit, dalam 10 minit la nak pergi sekolah. tak la jauh sangat. dan satu hal lagi, dekat dengan rumah adik. hari tu berkobar-kobar dia pergi survey rumah sewa yang bakal aku duduki nanti. senang nak datang raya katanya. siap kata nak bagi aku pinjam kipas lagi. hahaha... aku kata aku taknak, nanti mak dia kata ape pula, cikgu nak pinjam kipas dari anak murid. dah la kenal pun tak. :p
tadi dah survey di court mammoth, mesin basuh semi auto RM299 jenama pensonic. mak kata murah lah tu. biasa RM300 lebih. tadi pon dah survey kipas, adela kipas jenama Elba RM100. tu yang paling murah aku jumpa. esok la aku pergi balik kedai tu sebab tadi aku round muar naik motor jer.
minggu ni terasa penat sangat. sudahlah aku puasa sepanjang minggu, lepas tu kerja sekolah melambak-lambak. bukan maksud aku mengajar. maksud aku kerja-kerja sampingan. kadang-kadang terfikir, tak ada nama lain ke untuk buat semua kerja tu? setakat print sijil pun aku juga yang kena. lepas tu paksa pula dengar meeting sampai pukul lima. faham la sikit orang penat. siap kata suruh datang malam untuk selesaikan kerja. bukanlah berkira sangat, tapi berpada-pada lah. sekarang boleh dikatakan hari-hari balik lambat. malam-malam dah penat. sudahlah aku tensen sebab kena berkurung dalam bilik.
tadi lepas sekolah dah beli tiket balik kampung 29 julai nanti. rindu mak, abah, tompok gemok... rindu sangat-sangat. tak dapat berjumpa dengan si dia sebab dia pergi sarawak melawat kakak dia bersama famili dia. hmm... rindu sayang sgt :(
walaupun tensen kerja sekolah melambak, tapi aku dapat rasakan bila aku pindah rumah, hidup aku akan lebih ceria dan gembira. tak sabar nak pindah rumah. sudah 2 malam angkut barang sendiri-sendiri. memang perit dan penat sangat tapi aku tak kisah. malas nak berharap pada orang lain. apa yang aku boleh buat, aku buat. tapi memang perit sebenarnya hidup sendiri...
jadi, malam ni aku nak setelkan barang yang lain dan esok mula kemas bilik aku di rumah sewa baru... yeayy! Syukur Tuhan kerana perkenankan doa aku. semoga hati aku semakin tenang selepas ini... :)
cool babe!
ReplyDeletesaya faham apa awak rasa..
insyaAllah awak mampu tangani semua tu.
Allah takkan menguji kita dengan perkara yang kita tak mampu tangani. =)
tq.... alhamdulillah, sedikit sebanyak rasa beban di bahu makin kurang... ;)
ReplyDelete