lama aku tunggu line download cerita ni. akhirnya berjumpa. dengan pantasnya aku download walaupun aku tahu aku akan berdepan dengan masalah broadband yang akan semput-semput selepas itu... sebab utama aku beriya-iya mesti lah sebab my hero, Zahiril Adzim ( my tunang dan adik angkat mesti menyampah setiap kali aku ulas psl ZA ni.. haha)
mula-mula ingat macam cerita tipikal melayu lain.. rupa-rupanya best! (bukan semata-mata sebab ZA tau. tapi tambah istimewa dan menarik sebab ZA). ceritanya berkonsepkan komedi ringan. tak membosankan. part paling aku suka semasa Bob dan Maya (ZA dan Sazzy Falak) di perhentian bas. giler sweet la saat tu. ditambah dengan senyuman malu-malu ZA... aduh cair lagi dan lagi. haha! dan ouh part bob nyanyi untuk maya sangat la nerd dan aku suka sangat cara dia. (aku kan suka lelaki nerd. baca sini)
watak-watak tambahan lain pon bagus, lagi-lagi si pian watak rakan serumah bob yang sengal. haha.. mesti korang geli-geleman bila tengok saat pian dan bob berbicara.. macam gay kot! (tapi pian kata bob tu BFF die.. LoL). Lepastu watak bos kepada bob dan penampilan istimewa Dato' Jalaluddin Hassan pun tak menghampakan. tapi cuma satu jer kot yang tak best. aspek make up die tak real. make up pontianak macam celak mata yang comot jer. sama juga make up bob lepas kena belasah. macam mumia jer make up nye. (tapi ZA tetap maintain cute).
selain bob, watak maya yang Sazzy Falak pegang pun best. cara dia bercakap macam seksi jer.. hehe.. suka lah! dulu ingat Liyana Jasmay yang jadi heroin sebab nama dia dan ZA saja yang di highlight. rupanya LJ tu cuma watak adik maya jer.. not so bad.
ok, secara keseluruhannya aku suka cerita ni. tak rugi kalau tengok kat pawagam. sesuai ditonton oleh semua golongan. dan tak ada sedikit pun unsur seram walaupun tajuknye ada kena mengena dengan pontianak. selamat menonton!
pecah panggung ri tu ak tengk...layan woo cite nie...
ReplyDeletewell.... my hero mmg la terbaekk!! <3
ReplyDeletebluwekkkk..nyampah!!!!!hahaha
ReplyDeleteouh my sweet cute ZA <3
ReplyDeletehaha