Saturday, March 12, 2011

sebab tu dia kekal jadi kawan baik aku sahaja ;)

".....aku dah jadi tunangan orang :)"
                itu yang dia kata cuti raya cina yang lepas. aku bersyukur akhirnya dia jumpa insan yang terbaik untuk dia. dan tentunya insan terpilih tu bukan aku. aku tahu lama dia tunggu jawapan aku (4 tahun kot) walaupun dia tau aku sudah ada mr. F. maaf kawan, bukan aku tak pernah cuba buka hati ini untuk kau, tapi aku tak boleh. aku suka kawan dengan kau, tapi untuk lebih dari itu, aku tak boleh. 
                aku lihat gambar pertunangan dia dalam fb dia. memang cun dan comel tunang dia. aku betul-betul gembira untuk dia. haha ~ sangat sepadan! dia baik orangnya, tetapi hati aku yang tak boleh terima walaupun aku mengenali dia sebelum mr.F. 
              pernah kali kedua dia putus cinta, dia menagih cinta aku walaupun tahu sebenarnya semua itu sia sia. aku terus terang padanya yang aku tak mungkin terima cinta dia.... sebenarnya banyak gak yang dia dah buat untuk aku :

  1. baru sbulan kenal, dia dah bagi birthday present untuk aku, buku motivasi H.M Tuah. dan berani2 nya dia mengaku aku awek dia pada kawan dia.... sengal jer!
  2. mase tu bulan puasa, dia dan kawan2 mhantar aku ke stesen bas di butterworth. jauh dari kampus ke stesen bas tu dlm sejam la. sanggup naek bas mini kuning tu , pastu naek feri. siap tunggu sampai bas aku sampai barulah dia balik ke kampus semula.
  3. dia nyanyikan lagu 'selamat ulang tahun sayang' full song mase hari lahir aku tahun lepas on the phone. walaupun malu-malu, tapi dia nyanyi sesungguh hati. aku tau dia benar sayang pada aku. tapi maaf ya kawan, hati aku hanya untuk si dia....
  4. beriya-iya dia menjaga aku semasa mendaki gunung jerai dulu. memang terharu tapi hati aku masih tak boleh menerima dia.. walaupun masa tu dia yang sentiasa ada depan mata, tetap tak dapat buat aku lupa mr.F yang sentiasa ada dalam hati...
  5. hanya aku dapat kad hari raya dari dia.... padahal kawan2 aku yang 1 sekolah dari dia x dapat... haha


                kenapa hati aku tak boleh terima dia lebih dari kawan?

  1. mungkin sebab dia suka paksa aku. hehe ~ aku kan x suke dipaksa ikut cakap orang.
  2. aku perlu jd girly-like all the time. xboleh la nak tunjuk ganas cket, mesti kena tegur.. ehhh! suka hati aku lah! takkan nak pura-pura sopan n lemah lembut sentiasa depan orang...
  3. kadang-kadang dia mesra, kadang-kadang buat2 sombong ngan aku.. haha ~ x suka lah!
  4. hati aku memang tak boleh terima dia lebih dari kawan. yang tu aku tak boleh  buat apa. nak kata dia jahat, dia ok jer. ntah la...

tapi, bila aku mula kawan dengan mr.F ni, walaupun luaran dia nampak biasa, hati aku mudah terpaut. cara dia mempersonakan.... haha ~ ayoyok xtau! haha. untuk kawan aku, aku doakan moga itulah jodoh terbaik dia, dan akan bahagia hingga ke akhir hayat. yang bestnya, cuti bulan 6 ni, aku bertunang tapi dia akan bkahwin... kadangkala cinta tak perlu dicari, tapi cinta itu sendiri yang akan mencari ;)


p/s : abg... eleh suka la tu ina puji die :p

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

No comments:

Post a Comment

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...