Wednesday, January 19, 2011

akan bermulanya era baru....... insyaALLAH :)

          smlm call mak abah...... alhamdulillah, mak kata abah mula tanya bila si dia mahu menghantar rombongan meminang pada raya cina nanti. syukur kerana akhirnya abah terbuka hati dan mula bersedia melepaskan aku pergi. aku faham perasaan dia. aku satu2 nya anak perempuan dan anak sulung pula tu. apepun, terima kasih abah ;) abah tetap hero dalam hati ini.. :'(

        ikutkan perancangan, 4hb atau 5hb feb si dia akan menghantar rombongan. cincin telah dibeli. keluarga dia juga sudah bersedia. mujur faktor jarak tak menjadi halangan kerana rumah kami pon tak la jauh mana. harap semuanya akan berjalan dengan lancar.

        tapi kan, bila kedua2 famili sudah sedia, kenapa hati aku risau? adakah aku betul2 bersedia untuk menjadi tunangan orang? harap si dia la yang terbaik untukku. tapi aku akui aku belum menunaikan solat istikharah lagi. apepun, sedikit demi sedikit masa depan makin cerah..... tak apa lah. mula dengan langkah yang kecil. cuba sesuaikan diri dulu ;)
Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

2 comments:

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...