Thursday, March 10, 2011

Terasa Besarnya Cintamu Padaku ~

hari ini mood kawen... haha :p

                 dia call dari kelate kerana mhantar rombongan untuk adiknya... hehe. majlis pada ahad ini. sementara tu dia singgah untuk membeli cincin pertunangan kami. rasa agak terkejut dgn harga cincin yang dia tlah belanjakan. hmmm, xpe ker syg? rasa cm takjub gak, tertanya2 bila plak die nih simpan duit? hehehe ;) ~
               cuba juga mentafsir nada suara dia. manatau ada nada terpaksa atau terkilan kerana perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk cincin tu. tapi yang dapat aku tafsir, dia sangat gembira dapat membelikan aku cincin. dapat aku rasa cinta dia pada aku membara. dapat rasa perasaan berkobarnya dia menanti hari pertunangan kami nanti. seperti excited nya aku yang sudah berbunga-bunga ni. bahagia sangat rasanya. tak sangka aku akan melangkah ke alam perkahwinan (haha ~ tahun depan lah). 
               alhamdulillah, semakin dekat harinya, hati makin dekat dan makin sayang. syukur sangat. dulu aku takut jiwa rasa ini makin tawar kerana sudah terlalu lama bersama. terasa hubungan kami dirahmati Allah bila rasa ini direstui kedua belah pihak. tak sangka jodoh aku selama ini hanya di depan mata. terima kasih sayang kerana terima diri ina yang tak seberapa ni. tak pernah sangka ada insan seperti abang yang sudi berikan hati dan cinta pada ina. i lay my destiny on you, babe :)


 aku cinta, aku rindu.... walau berjauhan ku tahu hatimu.... 
aku cinta, aku rindu... tuhan berkatilah cinta kita berdua... :)
muahh!



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

No comments:

Post a Comment

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...