Wednesday, June 22, 2011

kenapa ya bila time 'bendera merah' perempuan mesti emo?

                      err... sure la status ni aku tak boleh nak tulis kat fb aku kan? so aku tulis kat sini la. walaupun aku tengah emo dan tak betul, aku masih waras lah nak tulis status yang ok jer.. ramai kot cikgu dan anak murid aku nak tengok.. letak pic aku lama-lama pon aku segan, lagi lah post status yang bukan-bukan... 
                   selalunyer kalau time emo, aku tak tahu aku rasa ape. sedih, gembira, suka, penat bercampur-campur. tapi banyak rasa yang tak best la, tapi malam ni aku nak deactivate akaun fb. sebab ape? tak ada sebab. percaya? aku pon tak percaya dan tak tahu sampai bila aku nak buat camtu. entah-entah untuk beberapa jam jer. yela, itu sahaja jer la hiburan untuk aku kan. takkan nak keluar malam-malam ni pergi clubbing pula. ok, sekarang aku nak uji diri aku, berapa lama aku boleh hidup tanpa fb? masa bermula sekarang! (9 mlm, 22 jun).
               kalau kau orang masih ingat, ini adalah salah satu azam aku untuk mulakan diri aku yang baru. kurangkan online, dan kalau kuatkan hati, terus delete akaun fb. semoga hati aku dikuatkan. banyak masa terbuang. banyak benda buruk mula melanda diri. sifat malas, kurang produktif, suka tayang gambar, berbual dengan lelaki (walaupun sekadar kawan jer kan) dan lain-lain. dan tentu-tentu sekali anyam 'ketupat' takkan terlepas (mengumpat).
                  dan aku rasa lah kan.. kalau tak ada facebook ni, mesti kapasiti broadband aku akan bertahan dengan lebih lama lagi. yelah, mesti aku cuma layari internet dalam masa yang pendek saja. setakat cek email atau baca surat khabar online. 
                tapi memang berat lah sebenarnya nak delete akaun kan. sebab ia bermakna aku akan terputus hubungan dengan kawan-kawan lama, dengan adik, dan tak tahu cerita terkini dia orang. ermm.. boleh kah aku? adakah perkara ini akan menyebabkan stress aku bertambah teruk? err.. aku ni cerita panjang pula, macam la aku boleh tak berfb lama-lama... hehe (ok, hati bertahan lah) susah ok nak buang rutin harian. yela, asal ade masa free jer, tak kira kat sekolah atau kat rumah, sure aku online walaupun kat hp jer ( encek tunang dah set up hp aku free internet 24/7 walaupun dalam hp aku ade 13sen jer. hehehe)
                   ok, berbalik pada tajuk di atas (giler panjang intro kan? abaikan) aku pun tak tahu apa sebabnya. contoh macam sekarang la, aku emo sebab aku sedang 'sakit puan'. dan aku teringin nak deactivate fb aku. aku ingat dulu kalau time period aku teringin nak beli lingerie yang seksi-seksi. warna merah terang lagi! hahaha (gatal kan?). tapi aku tak pakai pun. apela. atau biasanya aku akan borong coklat banyak-banyak. dan biasanya mood kembali ok. sebab kajian mendapati coklat boleh meredakan mood yang panas.. hehe
                           tapi biasanya mesti ada perubahan hormon kan bila period ni kan? ermm.. tak pasti la hormon ape. (malas nk google). tapi inilah lesen besar kita kan nak marah-marah dan emo-emo kan? hahaha. ok mengarut dah. erm tak tahu nak tulis ape. ok dah. bye.



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, June 19, 2011

tambah 100 markah lagi untuk sayang!

                      jumaat lepas sampai la bungkusan yang dia kata nak bagi aku tu. habis sahaja makan di kantin, ada pekerja yang beritahu ada bungkusan untuk aku. setelah ambil bungkusan tu, aku cepat-cepatla buka di koperasi sekolah. nak tahu apa di dalamnya sebab si dia berahsia sangat pasal hal ini. dia cuma kata, "mesti ayang suka sangat hadiah tu."
                     terus aku buka bungkusan tu. korang tau apa? rupanya sejambak bunga ros merah sebanyak 7 kuntum semuanya. (7 kuntum sebab kami suka nombor 7) memang speechless! romantisnya dia... aku tak pernah fikir dan terdetik yang dia akan lakukan begitu. dia kata bunga itu sebagai hadiah pertunangan kami :)
               memang aku tahu dia sentiasa mencari-cari kedai bunga segar untuk aku sebab dia tahu aku sukakannya. tapi disebabkan jarak yang jauh ini, aku tak sangka dia sanggup bungkus bunga tu dan poskan pada aku. perasaan tu sangat terharu. rasa dia sayang aku sangat-sangat. dan rasa sayang itu bertambah sejak aku jadi tunangan dia. erm sayang betul abang pada ina, ya? terima kasih sayang ;)

cantik tak? seindah cinta dia ;)

                      ini adalah kali kedua dia berikan pada aku. pertama kali semasa pergi ke Cameron Highland. di situ, penjual bunga cuma menjual bunga 3 jambak rm10. tak ada jual bunga macam gambar di atas. jadi dengan semangatnya dia tolong bungkuskan bunga tu untuk aku. sangat terharu! bersungguh-sungguh dia bungkuskan untuk aku, walaupun tak secantik pekedai bunga bungkuskan, tapi usaha dia tu buat aku sangat terharu. abang ni.. selalu sahaja buat ina jatuh cinta pada abang berkali-kali, tak henti-henti.... :)

sungguh-sungguh kan dia bungkuskan bunga ni? hehe ;)

                    sayangnya bunga tu sedikit layu sebab hampir 3 hari dalam kotak. tapi yang penting aku dapat rasa keikhlasan dan kasih sayang dia yang membuak-buak untuk aku. hmm ape lah yang ina dah buat pada abang ni sampai begini abang korbankan untuk ina? rasa dah terlalu banyak dia lakukan untuk aku. manakala aku cuma hadiahkan kad dan gambar tunang jer sebagai hadiah harijadi dia hari ini. hurmm...
                 ya, hari ini adalah harijadi dia yang ke 26. semoga Allah merahmati hidup abang, panjangkan umur dan murahkan rezeki. semoga segala impian abang akan terlaksana dan jodoh kita kekal hingga ke syurga. ameen ;) ina akan cuba sayang abang sebanyak mana abang sayang ina....



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

pergh! xpe2... haha ;)

"akak... adik nak pindah ke jb"
                    pergh! menyirap jer aku baca komen kat fb die mula-mula tu.... sampai hati dia tak beritahu aku dulu. sakit hati, terasa  sangat dengan perbuatan dia. aku tahu pon lepas kawan dia tanya dia di wall. pergh! tak hengat betul apa yang aku rasa masa tu. aku tak kisah la dia nak pindah ke bulan pon, tapi kenapalah tak beritahu aku kan? hati masa tu sangat-sangat la sakit.
                  so, dengan berkobar-kobarnya aku tulis mesej di fb dia, dengan penuh perasaan tak puas hati aku luahkan la kan. tapi esoknya dia dengan selamba buat tak tahu. macam tak ada apa-apa berlaku, elok jer komen status aku. dalam hati aku.. " eh budak ni, dah la tak balas mesej aku, boleh lagi tanpa rasa bersalah buat tak tahu jer. memang nak kena nih! " aku pun bg lagi mesej cakap kenapalah dia tak beritahu aku kan? 
                 sembang punya sembang rupanya itu semua lakonan semata-mata!! cessss...... macammana aku boleh terkena nih? malu memang tak tahu nak cakap kan. yela, macam-macam aku marah dia. mujurlah dia dah tak sekolah sama. hahaha. dia punya gelak (walaupun dia tulis jer) aku rase malu betul. pergh! lepas tu ape lagi, sakan la dia mengusik aku. katanya sekadar nak kenakan kawan-kawan dia, sekali dengan aku-aku pun same terkena....... cesss!!

see? kan dah malu sendiri..... :p

moral of the story : jangan cepat melatah... ahaks!


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Friday, June 10, 2011

Arjuna Jiwa (by mimiette)

aku menanti,
dan terus menanti.
penuh kesabaran.
tak mahu ketinggalan.
akhirnya;
aku lihat dia.
susuk yang buat aku tersenyum.
mata aku tak lepas memandang dia.
iya!
aku jatuh cinta lagi.
dan lagi!
aku tak mampu nafikan.
tiap kali memandang dia;
aku tetap jatuh cinta.
hanya dia;
arjuna jiwa aku!

~tak pernah puas melihat dia~

*ambil dari sebuah blog kegemaran kepunyaan cik mimiette ~ 

banyak sajak dia yang aku suka ;)


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Thursday, June 9, 2011

Wajah Itu



bila aku lihat wajahnya
terdetik dalam hatiku
wajah ini kah yang akan menemaniku hingga ke akhirnya
yang akan sabar menjalani hidup di sisi aku kelak
yang akan setia menjadi suami dan ayah anak-anak ku
yang akan sentiasa tersenyum dan menenangkan disaat getirku

diakah yang akan 
tak serik melayan baranku
menahan amarahku
melembutkan kerasnya hatiku

diakah yang akan
tetap berdiri teguh 
di saat hati ini berdarah, naluri menangis..
yang akan memelukku
dan berkongsi kekuatan denganku

aku cuba yakinkan diri
dia akan tetap menjadi diri dia
seperti adanya dia di sisi aku sekarang
seperti  teguhnya aur menemani tebing
seperti tabahnya pantai walaupun dihakis ombak
semoga dia tetap menjadi dia

dalam mata dia
aku lihat cinta
aku lihat bahagia
aku rasa sempurna

pada senyuman dia
aku rasa istimewa
aku lihat harapan
aku rasa magika

istimewanya dia
semoga inilah satu-satunya si dia 
sang lelaki yang aku labuhkan cinta aku
untuk selamanya

p/s : menulis saat hati rindu sangat pada dia.
 abaikan ritma saya yg bercampur dan tak ikut urutan. 

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, June 8, 2011

Wani Ardy's great quotes

terjumpa satu blog hebat kepunyaan Puan Wani Ardy. cubalah, sangat hebat karya dia.. di bawah ada beberapa ayat dia yang aku suka ;)

  • ‎"Kita semua sama. Kerjalah melangit, kawanlah beribu, bergaji juta-juta pun kita sebenarnya sama. Takda siapa lagi bagus dari siapa-siapa. Boleh enjoy dengan seberapa ramai orang pun tapi in the end, dalam berbillion penduduk dunia ni, yang betul-betul nak hidup dengan kita sampai akhirat ada satu orang je.” 
  • I guess, at times, God makes you fall in love not because He wants you to get to the ending; He just wants you to experience.
  • kadang-kadang aku harap hati aku batu supaya ia kurang perasaan, kurang emosi, kurang mengasihi. Terlalu banyak kasih terhadap dunia melemahkan manusia.
  • At this moment, I am very much in love. I’ve always been very much in love and I hope I’ll always be in love with the same man. I have come so far yet I have a long way to go; a whole new journey which I am just about to embark.
  • Saya harap inilah dia. Inilah satunya jodoh yang Allah tulis waktu Ummi lahirkan saya ke dunia hampir 26 tahun yang lalu. Saya harap inilah lelaki yang Allah pilih untuk mengimamkan solat saya, untuk membacakan doa bila rezeki dihidang depan mata, untuk dijadikan salah satu jalan saya ke syurga, untuk diisi rompong rusuknya dengan saya. 
    Saya harap inilah dia.
  • Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!
    Hati tanya kenapa?
    Kita jawab tak boleh.
    Hati tanya kenapa?
    Kita jawab tak boleh!
    Setakat “tak boleh”, lut ke?

    ++ suka ayat dia. menarik. dan menyedarkan aku akan nikmat tuhan pada aku. belajar bersyukur ina! hargai insan-insan yang sayang padamu. susah untuk orang sayang dan cintakan kau sepenuh hati kan?

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Monday, June 6, 2011

majlis pertunangan ku ~ 4 jun 2011

                  alhamdulillah.... semuanya telah selesai dengan jayanya. seronok sangat sebab ramai saudara-mara yang hadir untuk majlis pertunangan aku. gembira kerana akhirnya penantian 5 tahun tercapai dan aku dapat buat majlis ikut impian aku selama ini... syukur Tuhan. alhamdulillah... ;)

dibawah ini adalah pic pertunangan aku ;)

tercapai gak nak buat bilik tunang macam ni. yang bawah kiri sekali tu hantaran dari pihak lelaki.
     
          mula-mula cuma nak bagi 9 hantaran sebab dia akan bagi 7 hantaran. tapi sebab makcik-makcik aku nak tambah, jadilah 11 hantaran... semua gubahan hantaran aku dan mak aku bertungkus-lumus selesaikan. kasihan mak aku. sangat penat buat majlis ni. aku tak tahu macammana kalau majlis kahwin nanti. tak nak susahkan mak aku :(

ni hantaran dari pihak aku. tema pink putih. 

               dalam pukul 11.30 pagi, rombongan dari famili dia datang ke rumah aku, setelah perbincangan antara 2 famili, mak dia sarungkan cincin ke jari aku. cantik. pandai si dia pilih.. :)



                     dia kelihatan sangat kacak berbaju melayu lengkap bersampin. bersungguh-sungguh dia tengok aku sambil tersenyum. perkataan pertama dia, "lainnyer"..... haha ~ memang muka aku berubah sikit bila disolek. dia kata aku lawa sangat semalam. gembira sebab dia suka. berbaloi beli baju dan make up .. hehe. tapi terkilan juga kerana tak dapat bergambar bersama... maaf la yer, sebab tak sertakan sekali pic aku. segan. tak lawa mana pun :)
                     mungkin setahun akan datang, kami akan diijabkabulkan. semoga semua perancangan akan berjalan lancar dan tiada halangan untuk kami bersama. ini impian yang sudah 5 tahun kami rancang. semoga tercapai hendaknya. ameen ;)

p/s : rasa tak percaya sudah ada tunang. selama ini address kan si dia hanya sebagai teman lelaki, kini boleh la panggil dia, 'tunang saya' :) 


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Thursday, June 2, 2011

Ya Allah, berkati hubungan ini, semoga kekal hingga ke akhirnya... ameen

saya memilih awak menjadi teman hidup saya, sayang :)
           tinggal 2 hari sahaja lagi untuk majlis pertunangan aku. tak sabar. ade dua maksud. tak sabar sebab dah penat sangat buat persiapan. rehat tak cukup. lagi satu tak sabar nak pakai baju dan mekap cantik-cantik! haha :)
              rasa takjub dan ajaib sebab di kampung walaupun sibuk tapi hati rasa senang sangat, tak tertekan pun walaupun duit gaji habis untuk persiapan majlis. kadang-kadang risau juga kalau tak sempat kumpul duit untuk majlis perkahwinan tahun depan. mampukah aku?
              beberapa hari ini berutngkus-lumus bersama mak menyiapkan hantaran dan mengemas serta menghias rumah. rasa sangat teruja untuk melihat hasil semua penat lelah itu. harap-harap hantaran nampak cantik, bilik nampak lawa.. dan dah tentu aku nampak ayu pada hari itu.... cewahh! haha
               seperti yang dirancang, aku menyiapkan 9 dulang hantaran. sireh junjung, baju nikah dan sampin, sejadah, kemeja dan set ayat Al-Quran, ayam golek, pulut, coklat (buat sendiri) dan agar-agar. harap segalanya berjalan lancar. kalau ikut perancangan, pukul 9, aku pergi kedai untuk make up. dalam pukul 11.30 akan ada majlis kesyukuran sebelum famili dia datang pada pukul 12. mungkin dalam pukul 1.30 majlis selesai la. semoga tiada cacat cela dalam majlis dan kedua keluarga akan mencapai kata sepakat.
                kau orang doakan untuk aku ya? sangat berdebar....  kalau rajin, nanti aku upload pic hantaran kita orang eh! <3

p/s : untuk my sayang, terima kasih sebab memilih ina, ina janji takkan sia-siakan kasih sayang abang untuk ina. i will always love you, baby :)
                    

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...