Thursday, June 2, 2011

Ya Allah, berkati hubungan ini, semoga kekal hingga ke akhirnya... ameen

saya memilih awak menjadi teman hidup saya, sayang :)
           tinggal 2 hari sahaja lagi untuk majlis pertunangan aku. tak sabar. ade dua maksud. tak sabar sebab dah penat sangat buat persiapan. rehat tak cukup. lagi satu tak sabar nak pakai baju dan mekap cantik-cantik! haha :)
              rasa takjub dan ajaib sebab di kampung walaupun sibuk tapi hati rasa senang sangat, tak tertekan pun walaupun duit gaji habis untuk persiapan majlis. kadang-kadang risau juga kalau tak sempat kumpul duit untuk majlis perkahwinan tahun depan. mampukah aku?
              beberapa hari ini berutngkus-lumus bersama mak menyiapkan hantaran dan mengemas serta menghias rumah. rasa sangat teruja untuk melihat hasil semua penat lelah itu. harap-harap hantaran nampak cantik, bilik nampak lawa.. dan dah tentu aku nampak ayu pada hari itu.... cewahh! haha
               seperti yang dirancang, aku menyiapkan 9 dulang hantaran. sireh junjung, baju nikah dan sampin, sejadah, kemeja dan set ayat Al-Quran, ayam golek, pulut, coklat (buat sendiri) dan agar-agar. harap segalanya berjalan lancar. kalau ikut perancangan, pukul 9, aku pergi kedai untuk make up. dalam pukul 11.30 akan ada majlis kesyukuran sebelum famili dia datang pada pukul 12. mungkin dalam pukul 1.30 majlis selesai la. semoga tiada cacat cela dalam majlis dan kedua keluarga akan mencapai kata sepakat.
                kau orang doakan untuk aku ya? sangat berdebar....  kalau rajin, nanti aku upload pic hantaran kita orang eh! <3

p/s : untuk my sayang, terima kasih sebab memilih ina, ina janji takkan sia-siakan kasih sayang abang untuk ina. i will always love you, baby :)
                    

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

2 comments:

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...