Sunday, June 19, 2011

tambah 100 markah lagi untuk sayang!

                      jumaat lepas sampai la bungkusan yang dia kata nak bagi aku tu. habis sahaja makan di kantin, ada pekerja yang beritahu ada bungkusan untuk aku. setelah ambil bungkusan tu, aku cepat-cepatla buka di koperasi sekolah. nak tahu apa di dalamnya sebab si dia berahsia sangat pasal hal ini. dia cuma kata, "mesti ayang suka sangat hadiah tu."
                     terus aku buka bungkusan tu. korang tau apa? rupanya sejambak bunga ros merah sebanyak 7 kuntum semuanya. (7 kuntum sebab kami suka nombor 7) memang speechless! romantisnya dia... aku tak pernah fikir dan terdetik yang dia akan lakukan begitu. dia kata bunga itu sebagai hadiah pertunangan kami :)
               memang aku tahu dia sentiasa mencari-cari kedai bunga segar untuk aku sebab dia tahu aku sukakannya. tapi disebabkan jarak yang jauh ini, aku tak sangka dia sanggup bungkus bunga tu dan poskan pada aku. perasaan tu sangat terharu. rasa dia sayang aku sangat-sangat. dan rasa sayang itu bertambah sejak aku jadi tunangan dia. erm sayang betul abang pada ina, ya? terima kasih sayang ;)

cantik tak? seindah cinta dia ;)

                      ini adalah kali kedua dia berikan pada aku. pertama kali semasa pergi ke Cameron Highland. di situ, penjual bunga cuma menjual bunga 3 jambak rm10. tak ada jual bunga macam gambar di atas. jadi dengan semangatnya dia tolong bungkuskan bunga tu untuk aku. sangat terharu! bersungguh-sungguh dia bungkuskan untuk aku, walaupun tak secantik pekedai bunga bungkuskan, tapi usaha dia tu buat aku sangat terharu. abang ni.. selalu sahaja buat ina jatuh cinta pada abang berkali-kali, tak henti-henti.... :)

sungguh-sungguh kan dia bungkuskan bunga ni? hehe ;)

                    sayangnya bunga tu sedikit layu sebab hampir 3 hari dalam kotak. tapi yang penting aku dapat rasa keikhlasan dan kasih sayang dia yang membuak-buak untuk aku. hmm ape lah yang ina dah buat pada abang ni sampai begini abang korbankan untuk ina? rasa dah terlalu banyak dia lakukan untuk aku. manakala aku cuma hadiahkan kad dan gambar tunang jer sebagai hadiah harijadi dia hari ini. hurmm...
                 ya, hari ini adalah harijadi dia yang ke 26. semoga Allah merahmati hidup abang, panjangkan umur dan murahkan rezeki. semoga segala impian abang akan terlaksana dan jodoh kita kekal hingga ke syurga. ameen ;) ina akan cuba sayang abang sebanyak mana abang sayang ina....



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

4 comments:

  1. heee.. tula, smoga si dia tetap begitu smpai bila2 ;)

    ReplyDelete
  2. serius jelezzz..huuhuu..ak doakan 'farina' stil berkaseh syg selamanye ok.....kebahagian ko kbahagian aku gak....

    ReplyDelete

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...