alhamdulillah.... semuanya telah selesai dengan jayanya. seronok sangat sebab ramai saudara-mara yang hadir untuk majlis pertunangan aku. gembira kerana akhirnya penantian 5 tahun tercapai dan aku dapat buat majlis ikut impian aku selama ini... syukur Tuhan. alhamdulillah... ;)
dibawah ini adalah pic pertunangan aku ;)
tercapai gak nak buat bilik tunang macam ni. yang bawah kiri sekali tu hantaran dari pihak lelaki. |
mula-mula cuma nak bagi 9 hantaran sebab dia akan bagi 7 hantaran. tapi sebab makcik-makcik aku nak tambah, jadilah 11 hantaran... semua gubahan hantaran aku dan mak aku bertungkus-lumus selesaikan. kasihan mak aku. sangat penat buat majlis ni. aku tak tahu macammana kalau majlis kahwin nanti. tak nak susahkan mak aku :(
dalam pukul 11.30 pagi, rombongan dari famili dia datang ke rumah aku, setelah perbincangan antara 2 famili, mak dia sarungkan cincin ke jari aku. cantik. pandai si dia pilih.. :)
dia kelihatan sangat kacak berbaju melayu lengkap bersampin. bersungguh-sungguh dia tengok aku sambil tersenyum. perkataan pertama dia, "lainnyer"..... haha ~ memang muka aku berubah sikit bila disolek. dia kata aku lawa sangat semalam. gembira sebab dia suka. berbaloi beli baju dan make up .. hehe. tapi terkilan juga kerana tak dapat bergambar bersama... maaf la yer, sebab tak sertakan sekali pic aku. segan. tak lawa mana pun :)
mungkin setahun akan datang, kami akan diijabkabulkan. semoga semua perancangan akan berjalan lancar dan tiada halangan untuk kami bersama. ini impian yang sudah 5 tahun kami rancang. semoga tercapai hendaknya. ameen ;)
p/s : rasa tak percaya sudah ada tunang. selama ini address kan si dia hanya sebagai teman lelaki, kini boleh la panggil dia, 'tunang saya' :)
ni hantaran dari pihak aku. tema pink putih. |

No comments:
Post a Comment