Sunday, October 2, 2011

Perkara yang buat aku benci sangat blog korang

 kadang-kadang kalau tak ada kerja.. lagi-lagi sejak tutup fb nih, aku rajin blogwalking blog orang lain. masuk secara random jer.. tengok tajuk yang menarik.. tapi kadang-kadang isi nyer best tapi ade faktor-faktor lain yang buat rimas aku nak stay kat situ lama-lama.. antaranya

  1. autoplay music - benda paling pantang la kalau masuk blog orang ni. tak kisahlah lagunyer sedap atau tak. tapi memang mengganggu konsentrasi aku nak khusyuk baca. puh-lislah! tukar setting jadi manual jer.
  2. font tulisan yang susah nak faham - aku faham apatah lagi gugurl memang suka pakai font comey-comey dan warna yang cute. tapi kadang-kadang kalau salah pilih font dan warna memang menjemukan dan buat aku menyirap jer nak baca..
  3. blog yang terlalu banyak column. tak tahu nak tengok mana dulu. serabut tau! - ni satu hal lagi. dahla tulisan ko fancy, pastu banyak pulak column. kalau banyak column dah tentu ada banyak scroll sebab skrin yang kecil nak memuatkan kolumn kau yang serabut tu. point aku : pandai-pandailah susun column kau. buat pening orang nak baca jer.
  4. ade iklan berderet - asal masuk jer dah ada iklan suruh klik. rimas tau! tak suke-tak suke-tak suke. kadang-kadang tengok blog budak- budak tapi iklan pasal s** la, pasal nak besarkn la.. apela.. =='
  5. ada skrin itam yang tulis 'save energy' - err tak adalah kisah sangat tapi save energy? aku pakai lappy dan pakai elektrik (tak pakai battery) so benda ni macam pelik jer.. 
  6. yang tak habis-habis suruh orang follow! - yer, orang yang baca tu tentu akan follow u kalau blog u tu menarik. ni main paksa-paksa pula. kalau dah tak best tu tak ada maknanyer la kan?
  7. sikit-sikit kutuk kerajaan, sikit-sikit orang lain tak betul - aku tak berpihak pada mana-mana parti politik, mana yang baik aku ambil, yang buruk aku buang. tapi berpada-padalah dalam memberikan buah fikiran dan pandangan. yer tau itu blog korang, korang boleh tulis apa sahaja yang korang suka. tapi fikir dahulu sebelum tulis. kadang-kadang tulisan itu menunjukkan kedangkalan dan kependekan akal kita. buat rujukan atau research sebelum nak tulis sesuatu yang serius. bahaya woo! kalau apa yang kau tulis tak betul, tak pasal-pasal kecoh!
  8. blogger perasan popular  - tulis sikit nak angkat diri, tulis panjang sikit nak angkat bakul. bosan! ingat ya, awak popular sebab ade banyak blogwalker ni.. jangan mudah takbur bila ada pengomen yang tegur awak dalam menulis, tu tandanya diorang sayang awak, tak nak awak ulangi lagi.. open minded sikit! jangan pandai cakap orang sahaja, awak sendiri kena buka minda.
  9. mencarut dari awal entry sampai la abis - macamlah parents dan cikgu kau tak ajar adab sopan tu semua. kat sekolah perkataan B*** dan S*** jer ke yang kau tahu? kesian.. kesian. nak mengutuk tu guna perkataan baik sikit boleh? terutama blogger lelaki la kan.. ya tau lelaki ni bergurau memang kasar, tapi jagalah perkataan ya.. bahasa menunjukkan bangsa, ya adik-adik :)
  10. emo memanjang - selalu blog budak-budak sekolah la.. semua benda yang tak sepatutnya dia tulis. kutuk cikgu sekolah, benci mak ayah.. dan macam-macam lagi. mungkin sebab korang tak matang lagi,    so tak terfikir akan apa pandangan orang pada korang nanti bila baca entry korang. 
  11. blog berat - punya la lama nak tunggu dia habis loading sebab penuh dengan clip, lagu, widget dan gadget gerak-gerak.. berjanggut tunggu.. buat orang bosan jer walaupun entry kau menarik.
++kadang-kadang cakap orang pandai, silap-silap blog aku ni pon ada orang kutuk kan? haha ~ sebarang komen dialu-alukan :)

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

4 comments:

  1. nice entry!
    rasa benda yang sama jugak.
    huhu =)

    ReplyDelete
  2. hehe.. tq! tp tula, cakap org pndai la.. tgk blog sndiri pon kelam kabut gak! hehe

    ReplyDelete
  3. semua ada hak untuk hias rumah sendiri.
    tapi rumah yang selesa dan tak menyusahkan
    lagi ramai orang suka melawat kan?
    simple2 je. =)

    ReplyDelete
  4. yezza... hehe ~ tp tula tpulang pada citarasa masing2 :)

    ReplyDelete

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...