Sunday, October 2, 2011

Selamat Hari Lahir, Anastasya (Tasya)

(siapa yang tak tahu tasya yang mana, aku pernah cerita dulu di sini)

           pukul 9 pagi tadi pergi ke tanah perkuburan anak murid aku, ditemani dengan 3 orang bekas rakan sekelas dia. hari ini hari lahir dia, kalau dia masih hidup.. hari ini genap dia berumur 15 tahun. mula-mula sampai ke kubur dia, dalam hati terdetik, "kecilnya kubur..!" ~ nampak sangat semasa dia sakit tubuh dia bertambah kecil apatah lagi dia memang kecil molek orangnya.
             ada rasa sebak dan insaf dalam diri. siapa kata ajal hanya tiba ketika tua? siapa kata sakit itu tiba pada yang berumur? ajal maut di tangan Allah. dia lebih disayangi jadi dia diambil dahulu. meninggalkan orang-orang yang sayangkannya. kadang-kadang terfikir, ajal yang lebih awal sampai lebih baik daripada umur yang panjang tapi penuh dosa. berapa banyak dosa dah aku buat sepanjang 26 tahun ni? berapa banyak pahala yang hilang angkara dosa-dosa itu? 
            aku cabut rumput-rumput yang melata di kubur dia sambil berdoa dan berzikir.. semoga pahalanya sampai kepada arwah. selesai membaca yassin aku bacakan selawat agar rohnya tenang. tapi aku tahu, budak sekecil dia insyaAllah tiada dosa besar yang tidak dapat diampunkan. dibesarkan dalam kelompok kawan yang pakai tudung macam chipsmore, alhamdulillah aku lihat dia tak pernah menayangkan rambut dia. perangai elok, tak pernah dengar dia buat perangai di sekolah. tak pernah dengar guru-guru komen perkara buruk pasal dia. semoga apa yang baik-baik itu ada pada dia. 
            sebelum melangkah pergi, dalam hati aku ucapkan kepada arwah.. "Selamat Hari Lahir, Tasya. kalau Tasya hidup lagi, mesti minggu depan Tasya akan menduduki PMR." aku tahu dia sentiasa dibawah lindungan tuhan. semoga segala dosanya diampunkan dan ditempatkan dalam kalangan orang yang solehah. Alfatihah.

tasya yang bertubuh kecil di tengah-tengah gambar ni. comel kan dia? semoga dicucuri rahmat keatas rohnya.
gambar ini aku ambil semasa hari sukan sekolah, waktu dia sertai pasukan kawad seliaan aku.


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

3 comments:

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...