Wednesday, April 27, 2011

saya suka lelaki pemalu, pendiam dan nampak 'nerd' ~ they are sweet!!

                    awak lelaki begitu? if yes, then i like you! tak tahu kenapa saya rasa lelaki yang punya ciri-ciri begini sangat menarik dan sweet. very attractive! dan kebetulan lelaki-lelaki yang dikenali punyai ciri-ciri ini....


my future husband ~ mr. F
my pet brother

my fav actor, Zahiril Adzim 


              tak pasti atau secara kebetulan mereka ini sangat menarik sebab ade ciri-ciri ini. then, this post should be set as private post. malu kalau orang lain tahu.. weks! :p ~

apa istimewanya lelaki begini?  (pendapat aku la)

  1. diorang nih nampak misteri... buat aku rasa nak tahu lagi banyak pasal diorang...
  2. nampak macam diorang ni helpless.. haha ~ literary nyer la.. buat aku rasa aku perlu ada untuk diorang... seolah-olah they need me. LoL!
  3. nampak sweet dengan sifat misteri diorang. dengan tersipu-sipunya buat diorang tambah-tambah manis!
  4. dan biasenya lelaki begini punya mata renungan yang mengancam!
  5. lelaki pendiam dan pemalu ini selalunya seorang yang pemerhati. kadang-kadang tak sangka perkara kecil pon diorang perasan. 
  6. diorang ade senyuman yang manis sgt! dalam diri manusia, perkara yang pertama yang biase aku suka lihat adalah senyuman. senyuman yang malu-malu memang sangat menarik!
  7. perlakuan kelihatan jujur dan naif. muka nampak innocent jer... hehehe
  8. buat aku lembut hati dengan diorang. aku mudah buka diri aku untuk insan camni... dun know why..
  9. mungkin sebab aku ni anak sulung, yela, biase anak sulung orang kaitkan dengan keras hati, keras kepala, ganas, independent, lasak... so aku suka lelaki yang bertentangan dengan aku.. 
  10. just because i love them.

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Monday, April 25, 2011

untuk kamu yang istimewa..... ina sayang abang :)

             ina minta maaf semalam sebab marah-marah. tapi tetap abang layan dengan lembut. maaf sebab ina selalu moody, selalu buat abang pening.. huhu, tapi abang tetap sabar dan layan ina dengan baik. maaf bila ina tak mahu berterus-terang, sebab tak mahu bebankan abang dengan masalah ina, tak mahu abang risau sebab tak dapat bersama dengan ina... ina tau abang terasa bila abang tahu ina menangis sorang-sorang, ina tension sorang-sorang tanpa beritahu abang.. 
           tak ada yang lain mampu layan ina dengan baik dan memahami ina seperti abang. thanks for loving me, darling ;)
you care so much :)


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Saturday, April 23, 2011

checklist utk majlis pertunangan.

        hadoiii! peningnyer memikirkan majlis tunang ni. faktor jarak dengan kampung memang membebankan. susah nak uruskan majlis. entah macam mana kalau majlis kahwin nanti... ade lebih kurang 6 minggu jer lagi utk persiapan majlis. ok, aku dah bincang dengan dia nak bagi 9 hantaran ini......

  1. baju nikah - done!
  2. kain songket - sshnyer nak cari songket silver putih.. xdapat2 lagi
  3. sejadah -  tak beli lagi.. 
  4. kasut / jam tangan / minyak wangi - pun tak beli lagi
  5. bunga rampai - cuti sk la baru buat
  6. cupcake / kek - nisa / asmah sponsor. harap-harap tak cancel.
  7. ayam golek / ayam rendang - suruh mak alang buat kn.. hehe
  8. pulut kuning n telur rebus - mak kate nak buat kn..
  9. bunga gula - ni pun mak alang buat.
  • back up plan : coklat rice / cupcake - kalau rajin la...
           banyak lagi yang tak buat. persiapan majlis :
  1. hiasan katil. - nak kena cari kain lace dan bunga. ouh cadar tak beli lagi!
  2. hiasan bilik - langsir, karpet, dan menatang2
  3. katering - suh mak booking
  4. buah tangan tetamu - ape yer yang best? jajan jer kot..
          persiapan untuk aku :
  1. baju tunang - aritu dh bli, tp rase tak sesuai. nak cari lain.
  2. tudung - tak tau nak pakai style ape lg..
  3. veil - tempah butik jer
  4. make up - tempah butik gak
  5. kasut - perlu ker??
          ape lagi yer???
  1. bile aku nak kurus?
  2. tak berkesan pon set kosmetik yg aku beli tu. same jer kulit muka nih.
  3. tengah perah otak nak beli ape lagi..
           rupanya baru baju nikah yang setel. yang lain berlambak tak beli lagi. hadoii... kusut!

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

kalaulah itu yang berlaku 5 tahun dulu, jika cinta ini tak pernah bersatu.............. (part 1)

kalaulah perkara tu yang berlaku... aku akan buat macam ni.
ini kisah 5 tahun lepas, semasa kami masih berkawan...(flashback)



           sedar tak sedar masa tu dah 2 bulan berkawan. makin rapat dengan dia. hari-hari mesej. dia memang pendiam dan pemalu. sebab tu aku tak sangka aku boleh berkawan dengan dia. walaupun jarang bersua muka, hari-hari mesti dia mesej. mula-mula dulu aku anggap sekadar kawan lama yang hanya mahu beramah mesra. tapi lama-lama aku makin rasa selesa dengan dia. terasa dia sangat baik, memahami aku. sentiasa beri semangat dan ambil berat tentang aku. hmm... untungnya siapa yang dapat dia.. tapi aku tahu, dia hanya anggap aku kawan biasa. aku pula yang terlebih perasan. 
           satu hari aku bertanya pada dia... (mesej kt hp)...
aku : ko nak perempuan macammana?
dia : kenapa?
aku : saja tanya, kot-kot aku boleh tolong carikan... hehe
dia : nak cari yang lebih muda dari orang.. yang baik.
aku : ouh.... (hampa, sebab kami sebaya. putus harapan sudah). laa susahla, sebab kawan aku ramai yang sebaya. mesti ko nak cari yang cantik dan lawa kan?
dia : mestilah, hahaha.
aku : opkos lelaki nak cari yang cantik. (hmm.. dah tentu bukan aku). ermm aku doakan ko dapat cari perempuan tu. (hati dah sebak. ouh... tabahlah )
dia : terima kasih. 
aku : dah ada calon ker?
dia : entahlah. macam ada. hehe.
aku : ouh... baguslah. jangan lambat-lambat, nanti melepas.. hehe (hurmm... sedihnya....)
dia : seganlah..
aku : nak aku tolong cakap ker? (pedihnyer hati ni...)
dia : hehe... xpelah..
aku : ermm nanti ko dh ade makwe, aku dah tak boleh mesej ngan ko lagi la.. 
dia : kenapa pula?
aku : yela... aku tak nak kacau pakwe orang. lagipun kalau aku jadi dia, aku tak nak orang lain ganggu kami.
dia : ala tak pelah.. mesej jer la orang....
aku : aku bukan macam tu. aku tak nak ganggu hidup orang lain.
dia : habis, kalau orang dah ada nanti, mas nak dengan siapa?
aku : hmm.. sorang-sorang jer la.. macam sebelum nih...tak pe, aku dah biase..
dia : hmm.. iyelah....
aku : hurmm.... (aku doakan yang terbaik. yang penting ko happy.. isk..isk..)


           aku tahu, tak mungkin dia akan memilih aku. lelaki lain pun. tentu perempuan terbaik sahaja yang layak untuk insan baik macam dia. sejak hari tu, aku nekad.. aku akan temankan dia sampai dia jumpa perempuan yang dia cari tu. tak kisahlah walau mengambil masa yang lama. dan aku akan nikmati saat-saat bersamanya dengan sebaik-baiknya. lepas tu aku akan pergi jauh dari hidup dia. semoga dia akan sentiasa gembira dan bahagia. bahagia dia adalah bahagia aku. walaupun hati aku pedih dan hancur, tak mengapa lah, pengorbanan itu sudah lama jadi milik aku... 
         mase tu aku dah bayangkan, kalau dia dah ada orang lain.. aku dah fikirkan cara-cara untuk jauhkan diri dari dia.. cara-cara untuk melupakan dia.. walaupun perit mesti aku boleh... walau akan ambil masa bertahun-tahun. aku juga dah mula terima hakikat mungkin aku akan keseorang seumur hidup, hidup cuma bertemankan keluarga aku. tapi ade something happened yang buat aku tertanya-tanya.....

aku : nama panggilan ko ape?
dia : kalau kat umah, panggil ayit. mas?
aku : kalau orang luar, kawan-kawan panggil "mas". tapi kalau sedara-mara panggil "ina"
dia : lebih suka yang mana?
aku : ina. lebih mesra. rase lebih dekat.
dia : ouh. boleh tak orang nak panggil mas, "ina"?
aku : boleh jer... tapi nape?
dia : saje jer... tak boleh tak pe lah.
aku : eh boleh jer :)

            rase pelik nape dia minta camtu... hmm... saje jer kot. takkan sebab nak kawan lebih rapat.. so since that day, he called me "ina" :)) tapi harapan tu cepat-cepat aku padamkan. tak mahu perasan sendiri. tak mahu diri kecewa lagi. oklah, now, he is my bestfriend. tak pelah, dapat jadi kawan baik dia pon dah ok.
            mase ni aku dah sediakan mental aku untuk bersedia lepaskan dia. aku dah fikir bermacam-macam cara bagaimana mahu beritahu dia jika aku mahu pergi jauh dari dia setelah dia berjumpa perempuan idaman dia. antaranya :
  • aku mungkin akan tulis surat. nak cakap bersemuka rasa tak terluah.
  • segala barang-barang dan hadiah pemberian dia aku akan pulangkan balik. tak sanggup rasanya menghadap segala kenangan itu setelah dia dimiliki nanti.
  • aku mungkin akan tukar no handphone supaya aku tak akan berharap dia call / mesej lagi. dan aku akan belajar lupakan dia.
  • ataupun aku akan mula abaikan mesej dan panggilan telefon dia.

        serius. ni lah antara perkara yang mungkin akan aku lakukan jika dia benar-benar berjumpa insan lain. mase tu, tahap keyakinan aku sangat rendah, aku rase tak diingini (unwanted person). rasa diri ni tak layak sangat untuk dia. untuk luahkan isi hati aku pada dia, aku tak sanggup tanggung malu jika dia menolak. lagipun aku tak nak kehilangan kawan baik aku. :(
         memanglah waktu itu dia dah mula kata dia selalu ingat aku, rindu pada aku. tapi aku tepis semua itu.. lagipun lelaki memang mudah ucapkan kata-kata macam tu walaupun diorang tak maksudkannya pun. jadi aku tak mahu perasan sendiri walaupun rasa indah sangat bila dia cakap macam tu...... ouh ape aku nak buat nih?? aku sayang dia sangat, tapi dia tak sayang aku.. ----> tamat part 1. lainkali la sambung.
ouh... aku sambung di sini

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Tuesday, April 19, 2011

25 mei ~ penentu langkah hidup..

         arini hantar surat permohonan pertukaran guru untuk bulan jun 2011. arini last day untuk urusan sekolah. waktu rehat, aku berjumpa pengetua personally......

pengetua : kenapa minta pindah?
aku : sebab ayah saya sering sakit. ada saya kepilkan sekali surat akuan doktor
pengetua : di mana saya nak sign? ( aku tunjukkan tempatnya n dia sign)
aku : (dalam hati ~ alhamdulillah)
pengetua : mas ade kabel ker?
aku : tak ada. saya cuba nasib jer ni. ade rezeki, adalah.
pengetua : mas dah kawen?
aku : belum
pengetua : maaf lah yer mas, tapi pak sham nak cakap, susah untuk mas dapat tukar sebab mas belum kahwin.
aku : tak pe, pak sham. saya cuba nasib jer.
pengetua : mas tak seronok ker di sekolah ni?
aku : seronok. tapi saya skrg mcm tak ada sosial life. tak ada kawan rapat. keluarga n saudara pun tak ada. sebab tu kot saya minta pindah. lagi2 lepas cg huda n cg nisa pindah (mase ni suara aku dah serak)
pengetua : awak rapat yer dengan huda n nisa?
aku : (hanya mampu anggukkan kepala. suara tersekat. sangat sebak)
pengetua : kan seronok duduk di muar. suasana baik, kehidupan aman. susah nak masuk selangor ni. 
aku : mungkin sebab saya dah lama hidup sendiri, pak sham.. sy syg sekolah ini, tapi i dun hv a life after school. sangat sunyi. ( air mata dah menitik. malu ok.)
pengetua : tak apalah. pak sham doakan semoga mas dapat tukar. tapi tulah, kalau boleh, mas cuba bina hidup sendiri dulu, cari pengalaman..
aku : saya cuba, pak sham. terima kasih banyak..


              macammana la aku boleh menangis depan pengetua tadi? alahai malunyer... mujur dia sokong permohonan aku. sekarang aku hanya bergantung pada doa dan rezeki tuhan supaya impian dan harapan aku ini tercapai. bukan aku tak sayang sekolah atau muar, dah 2 tahun aku di sini. banyak sangat kenangan manis yang aku lalui di sini. banyak aku jumpa insan-insan yang baik di sini. tapi mereka pon ada kehidupan masing-masing. bukan boleh selalu ada saat aku perlu.
            berbekalkan semangat dari abah mak, si dia dan teman2.. aku beranikan diri isi borang pertukaran guru tu.. sedih sebenarnya nak tinggalkan muar... :'(. semoga 25 mei ni akan bawa perkhabaran gembira untuk aku. semoga inilah yang terbaik yang sepatutnya berlaku....... amin. 

p/s : korang.... plz doa kan. aku mohon sungguh-sungguh....


"masih mencari sebab kenapa insan-insan tersayang semuanya berada jauh dari mata. aku sunyi. aku mahu ada bahu untuk ditumpang, ada tangan mahu memimpin, ada mata mahu memerhati dan menjaga, ada senyuman yang diukir... namun apapun, mereka sentiasa dekat di hati"



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Sunday, April 10, 2011

kehilangan..... rindu nisa n kak huda :(

dah lama nak buat entri psl nih..... tp tak ada idea.

               sabtu minggu lepas adalah hari terakhir 2 kawan baik aku di sekolah. sebab? tetibe diorang di tukarkan ke daerah lain, sorang kat senai, sorang lagi kat pasir gudang. sian sgt kat diorang. tu lah nasib GSTT. main campak jer kat mana-mana. dalam 2 weeks kena cari umah sewa, urus kn ptukaran, bukan dekat ok muar - senai. dah la kena ke jb dulu nak pg ker JPNJ untuk urusan tu. sian sangat.
              aku sangat-sangat terasa. sedih, tension, emo semua bercampur-baur. selama ni kalau aku tertekan, ade gak diorang berdua tu nak teman keluar ker, tempat aku luahkan perasaan ker. sekarang? mati aku. bukan tak ada kawan lain. tapi yang lain semua dah kawin. takkan aku nak ajak pegi ronggeng-ronggeng plak. aku dah rase patah semangat. sangat down. sedih giler. 
             makin sakit jiwa aku nanti. mujurlah sabtu minggu lepas si dia turun muar. kurang sikit tension. aku sangat2 rase sunyi dan sepi kat muar nih. tanpa orang tersayang. semua yang aku sayang jauh dari aku. semoga aku sentiasa diberikan kekuatan diri untuk teruskan hidup dan bekerja dengan lebih baik.


           mungkin orang nampak aku kebal. orang nampak aku biase. tapi dalaman aku sangat rapuh. aku dah penat berdiri sendiri. kadang-kadang nak juga bersandar pada bahu orang lain. aku penat hadapi semuanya sendiri. berilah aku kekuatan....



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Monday, April 4, 2011

hari minggu yang indah

dia turun muar :)
            rasa yang tak dapat digambarkan. happy, terharu, bahagia, bercampur-baur. betul2 macam fairytale. lame sangat tak keluar berdua. dari bulan januari kot. ade sahaja aral yang melintang.

SABTU
12.00 tgh ~ die selamat sampai ke muar. die checked in hotel dulu, sbb aku ade sekolah ganti.
2.15 ptg ~ bawa dia makan tengahari. suka tengok dia makan. berselera.
3.00 ptg ~ bergerak ke batu pahat. p jakell n gulati's tgk baju nikah. walaupun xde hasil, tapi happy sbb dapat bersama dia.
8.30 mlm ~ makan malam di sabak awor. sian dia, teringin udang goreng butter tapi orang tu tak reti masak, huhu~ sabar jer la..
10.00 mlm ~ p uptown saje jalan2... tak tau nak bawa dia ke mana malam2 kat muar nih.
11.00 mlm ~ hantar die balik hotel. aku? balik umah la.... takkan tido same plak :p

AHAD
9.00 pg ~ bw dia p makan nasi ayam kemboja. dia suka sangat sup ayam. siap minta tambah. mujur lah dia jenis tak berkira. semua dia makan. macam aku juga la... haha
10.00 pg ~ jalan-jalan di pasar tani. ni lagi satu persamaan kami. suka pegi pasar. haha! walaupun tak ada apa nak beli, tapi memang best jalan-jalan kat pasar.
11.00 pg ~ cari baju nikah di k-mall, muar. akhirnya berjumpa. set baju siap lelaki dan perempuan = RM250.   aku terus rembat! mana nak dapat lagi baju nikah siap dengan harga begitu. kalau kain ela sahaja, dah RM350. kira untung la dapat cari yang siap. nanti tak payah risau nak upah jahit lagi.
1.00 ptg ~ pg ayer keroh melaka. ade sale kat mitc melaka. saje cari bahan hantaran kalau ada mana-mana yang berkenan. walaupun sesat, tapi seronok! haha
3.30 ptg ~ pg jaya jusco melaka. dapat tuala dan t shirt sbg hantaran. sebelum naik, aku singgah beli sotong goreng tepung. haha~ time balik die pulak yang borong sotong goreng tu! malam tu kenyang makan sotong goreng jer!
8.45 mlm ~ mkn malam di muar. order 10 cucuk satay pon tak abes. kenyang dengan sotong goreng tepung.
9.30 mlm ~ tak tahu nak menghala ke mana. pegi giant. dia belikan purse. thanks luv~
10.30 mlm ~ hantar dia balik hotel. terpaksa balik awal, esoknya aku sekolah... nanges2 mase drive balik umah, sebab sedih berpisah dengan dia esok, sampai tak perasan lampu kereta lupa nyalakan. nasib baik tak jadi apa-apa!

arini (ISNIN)
8.45 pg ~ abis jer kelas, terus aku keluar ambil dia kat hotel. dia checked out. pg sarapan pagi. kesian dia, rupanya pukul 4 pagi baru tido sebab repair my handphone. sian sayang.... :(
9.30 ~ sampai ke stesen bas muar. tunggu bas dia. mood mase nih sedih sangat. dah meleleh-leleh air mata. hurmm... 2 bulan lagi la baru jumpe lagi. rasa nak ikut dia balik.
1.15 ptg ~ dia sampai klang. alhamdulillah~ dia selamat sampai. aku menanti pertemuan seterusnya. rindunya pada dia, walaupun baru pagi tadi dia balik.

odw pulang ke sekolah semula, aku cuba kumpul sisa-sisa kekuatan untuk terus bertahan di sini. aku dah penat. 


terima kasih sayang sebab sudi susah payah turun muar demi buat ina gembira. tak ada insan lain yang sanggup susah payah demi ina seperti yang abang buat. i luv you so much.


"Coz you bring out the best in me, like no one else can do. 
thats why i'm by urside, thats why i love you"













Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...