Saturday, April 23, 2011

kalaulah itu yang berlaku 5 tahun dulu, jika cinta ini tak pernah bersatu.............. (part 1)

kalaulah perkara tu yang berlaku... aku akan buat macam ni.
ini kisah 5 tahun lepas, semasa kami masih berkawan...(flashback)



           sedar tak sedar masa tu dah 2 bulan berkawan. makin rapat dengan dia. hari-hari mesej. dia memang pendiam dan pemalu. sebab tu aku tak sangka aku boleh berkawan dengan dia. walaupun jarang bersua muka, hari-hari mesti dia mesej. mula-mula dulu aku anggap sekadar kawan lama yang hanya mahu beramah mesra. tapi lama-lama aku makin rasa selesa dengan dia. terasa dia sangat baik, memahami aku. sentiasa beri semangat dan ambil berat tentang aku. hmm... untungnya siapa yang dapat dia.. tapi aku tahu, dia hanya anggap aku kawan biasa. aku pula yang terlebih perasan. 
           satu hari aku bertanya pada dia... (mesej kt hp)...
aku : ko nak perempuan macammana?
dia : kenapa?
aku : saja tanya, kot-kot aku boleh tolong carikan... hehe
dia : nak cari yang lebih muda dari orang.. yang baik.
aku : ouh.... (hampa, sebab kami sebaya. putus harapan sudah). laa susahla, sebab kawan aku ramai yang sebaya. mesti ko nak cari yang cantik dan lawa kan?
dia : mestilah, hahaha.
aku : opkos lelaki nak cari yang cantik. (hmm.. dah tentu bukan aku). ermm aku doakan ko dapat cari perempuan tu. (hati dah sebak. ouh... tabahlah )
dia : terima kasih. 
aku : dah ada calon ker?
dia : entahlah. macam ada. hehe.
aku : ouh... baguslah. jangan lambat-lambat, nanti melepas.. hehe (hurmm... sedihnya....)
dia : seganlah..
aku : nak aku tolong cakap ker? (pedihnyer hati ni...)
dia : hehe... xpelah..
aku : ermm nanti ko dh ade makwe, aku dah tak boleh mesej ngan ko lagi la.. 
dia : kenapa pula?
aku : yela... aku tak nak kacau pakwe orang. lagipun kalau aku jadi dia, aku tak nak orang lain ganggu kami.
dia : ala tak pelah.. mesej jer la orang....
aku : aku bukan macam tu. aku tak nak ganggu hidup orang lain.
dia : habis, kalau orang dah ada nanti, mas nak dengan siapa?
aku : hmm.. sorang-sorang jer la.. macam sebelum nih...tak pe, aku dah biase..
dia : hmm.. iyelah....
aku : hurmm.... (aku doakan yang terbaik. yang penting ko happy.. isk..isk..)


           aku tahu, tak mungkin dia akan memilih aku. lelaki lain pun. tentu perempuan terbaik sahaja yang layak untuk insan baik macam dia. sejak hari tu, aku nekad.. aku akan temankan dia sampai dia jumpa perempuan yang dia cari tu. tak kisahlah walau mengambil masa yang lama. dan aku akan nikmati saat-saat bersamanya dengan sebaik-baiknya. lepas tu aku akan pergi jauh dari hidup dia. semoga dia akan sentiasa gembira dan bahagia. bahagia dia adalah bahagia aku. walaupun hati aku pedih dan hancur, tak mengapa lah, pengorbanan itu sudah lama jadi milik aku... 
         mase tu aku dah bayangkan, kalau dia dah ada orang lain.. aku dah fikirkan cara-cara untuk jauhkan diri dari dia.. cara-cara untuk melupakan dia.. walaupun perit mesti aku boleh... walau akan ambil masa bertahun-tahun. aku juga dah mula terima hakikat mungkin aku akan keseorang seumur hidup, hidup cuma bertemankan keluarga aku. tapi ade something happened yang buat aku tertanya-tanya.....

aku : nama panggilan ko ape?
dia : kalau kat umah, panggil ayit. mas?
aku : kalau orang luar, kawan-kawan panggil "mas". tapi kalau sedara-mara panggil "ina"
dia : lebih suka yang mana?
aku : ina. lebih mesra. rase lebih dekat.
dia : ouh. boleh tak orang nak panggil mas, "ina"?
aku : boleh jer... tapi nape?
dia : saje jer... tak boleh tak pe lah.
aku : eh boleh jer :)

            rase pelik nape dia minta camtu... hmm... saje jer kot. takkan sebab nak kawan lebih rapat.. so since that day, he called me "ina" :)) tapi harapan tu cepat-cepat aku padamkan. tak mahu perasan sendiri. tak mahu diri kecewa lagi. oklah, now, he is my bestfriend. tak pelah, dapat jadi kawan baik dia pon dah ok.
            mase ni aku dah sediakan mental aku untuk bersedia lepaskan dia. aku dah fikir bermacam-macam cara bagaimana mahu beritahu dia jika aku mahu pergi jauh dari dia setelah dia berjumpa perempuan idaman dia. antaranya :
  • aku mungkin akan tulis surat. nak cakap bersemuka rasa tak terluah.
  • segala barang-barang dan hadiah pemberian dia aku akan pulangkan balik. tak sanggup rasanya menghadap segala kenangan itu setelah dia dimiliki nanti.
  • aku mungkin akan tukar no handphone supaya aku tak akan berharap dia call / mesej lagi. dan aku akan belajar lupakan dia.
  • ataupun aku akan mula abaikan mesej dan panggilan telefon dia.

        serius. ni lah antara perkara yang mungkin akan aku lakukan jika dia benar-benar berjumpa insan lain. mase tu, tahap keyakinan aku sangat rendah, aku rase tak diingini (unwanted person). rasa diri ni tak layak sangat untuk dia. untuk luahkan isi hati aku pada dia, aku tak sanggup tanggung malu jika dia menolak. lagipun aku tak nak kehilangan kawan baik aku. :(
         memanglah waktu itu dia dah mula kata dia selalu ingat aku, rindu pada aku. tapi aku tepis semua itu.. lagipun lelaki memang mudah ucapkan kata-kata macam tu walaupun diorang tak maksudkannya pun. jadi aku tak mahu perasan sendiri walaupun rasa indah sangat bila dia cakap macam tu...... ouh ape aku nak buat nih?? aku sayang dia sangat, tapi dia tak sayang aku.. ----> tamat part 1. lainkali la sambung.
ouh... aku sambung di sini

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

No comments:

Post a Comment

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...