Cintai dia bila... dia memaksa kamu menunaikan solat. kerana dia mahu bersamamu di syurga nanti.
Cintai dia bila... bila dia meminta kamu bermain bersama anak-anak kerana mereka anak-anakmu juga.
Cintai dia bila... dia cemburu. dalam banyak lelaki yang boleh dia dapat diluar sana, dia telah memilih kamu sebagai teman hidupnya.
Cintai dia bila... dia membuat perangai yang menyebabkan kamu naik gila. kamu pun ada perangai begitu tapi dia bertahan kerana cintakanmu.
Cintai dia bila... masakan dia tak sedap. percayalah, dia telah mencuba.
Cintai dia bila... dia kelihatan selekeh pada waktu pagi. selepas itu dia akan sentiasa menghias dirinya untuk kamu.
Cintai dia bila... dia meminta kamu menolong anak-anak membuat kerja sekolah. dia mahu menjadi sebahagian daripada famili kamu.
Cintai dia bila... dia bertanya kepada kamu jika dia kelihatan gemuk. pendapat kamu sangat dia ambil berat, jadi katakan yang dia kelihatan sangat cantik.
Cintai dia bila... dia kelihatan cantik. dia kepunyaan kamu jadi hargailah dia.
Cintai dia bila... dia menghabiskan berjam-jam untuk bersolek. dia hanya mahu kelihatan cantik untuk kamu.
Cintai dia bila... dia membelikan hadiah yang kamu tak suka. senyum dan beritahu dia yang itulah hadiah yang kamu mahu selama ini.
Cintai dia bila... dia mempunyai habit yang kamu tak suka. kamu ada banyak masa untuk membentuk dia dengan kebijaksanaan dan kelembutan kamu sepanjang hidupmu.
Cintai dia bila... dia menangis tiba-tiba. jangan bertanya, cuma beritahu dia.. semuanya akan ok.
Cintai dia bila... apa sahaja yang kamu lakukan tak dapat puaskan hati dia, semuanya sudah berlaku dan akan berlalu. teruskan hidupmu.
Cintai dia bila... dia merosakkan pakaianmu. yang kamu perlukan hanyalah baju yang baru.
Cintai dia bila... dia bertengkar dengan kamu. dia hanya mahu membetulkan keadaan.
Cintai dia kerana dia hak milik kamu. kamu sebenarnya tak perlukan sebab yang lain!
sumber : facebook