Monday, May 2, 2011

bila saya jatuh cinta...

  • makin dekat seseorang itu dalam hati saya, makin sensitif saya pada percakapan dan perbuatan dia pada saya. setiap yang dia katakan atau lakukan, saya tanam dalam-dalam pada hati saya. 
  • jika terdengar lagu cinta, pasti akan teringatkan si dia...
  • saya sentiasa mengingati dia, risau jika tak dapat hubungi dia.. tak mahu apa-apa terjadi pada dia.
  • akan sentiasa cuba cari alasan untuk hubungi dia, supaya saya dapat dengar suara dia.
  • sedaya upaya menjaga hati dia. kerap kali juga menyusun ayat berkali-kali agar dia tidak terasa atau tersinggung dengan kata-kata saya.
  • menyusahkan si dia adalah perkara yang terakhir yang saya akan buat. jika saya boleh lakukan sendiri, saya buat sendiri. tak mahu dia susah sebab saya.
  • sentiasa berusaha membahagiakan dia. rela susah payah untuk dia. melihat dia tersenyum dan gembira mampu buat penat lelah saya hilang.
  • saya mahu dia tahu diri dia adalah istimewa pada saya. saya akan tunjukkan yang saya sangat sayang pada dia.. samada daripada perbuatan saya atau kata-kata saya.
  • sanggup lepaskan dia jika dia lebih bahagia tanpa saya. jika ada insan lain boleh menjaga dia, membahagiakan hati dia, membuat dia tersenyum gembira, saya rela.. bahagia dia adalah bahagia saya.
  • selalu mencari jalan agar dia rasa selesa dan gembira bersama saya. mahu dia rasa senang hati jer tanpa memikirkan masalah saya.
  • sedaya upaya saya tak mahu bebankan dia dengan masalah saya. rasa sangat bersalah jika kerana saya, dia susah hati dan sedih.
  • akan menghargai masa-masa bersama dia. berharap masa itu takkan berakhir.   
  • akan cuba memahami kegemaran dan perkara yang dia tidak sukai. cuba sedaya upaya buat dia tidak kecewa dengan saya.
  • segala yang saya lakukan untuk dia adalah dari hati saya. ikhlas saya menyayangi dia.. 
  • walaupun dia melukai hati saya, saya tak akan berhenti mencintai dia. yes, when you fall in love, you'll get hurt.
  • akan cuba menjadi diri sendiri. saya tak suka berpura-pura yang saya ini sentiasa nampak cantik, menarik dan baik. biar dia sendiri menilai saya..
  • and THANK GOD, since 5 years ago, he never let me down ;)


Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

No comments:

Post a Comment

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...