Sunday, May 8, 2011

sempena hari ibu ~ kenangan bersama mak :)


           selamat hari ibu, mak!! mak hanya ketawa bila aku cakap begitu... lagi-lagi bila aku cakap aku sayang mak. hurmm... akak sayang mak sangat-sangat. tak tahu apa nak buat jika mak tiada. mak umpama nadi keluarga kita. banyak dah yang mak dah korbankan untuk keluarga kita. untuk akak, adik-adik... hurmm ~ rindu akak pd mak dan keluarga di kampung terasa sangat. alangkah baiknya kalau akak kerja kat kampung jer...
              banyak kenangan bersama mak.. selama aku hidup hampir 26 tahun ni.......
  • masa tu aku berumur 5 tahun. mak dah terlambat hantar aku ke tadika. dalam perjalanan motor pulak kehabisan minyak. mak terpaksa menyorong motor yang berat tu ke kedai minyak (masa tu stesen minyak jauh sangat. kedai minyak jer yang ada. tapi tu pun kira jauh juga kalau berjalan kaki). kasihan aku pada mak ketika itu. tapi apalah budak perempuan 5 tahun boleh bantu ketika itu.. sebab nak hantar aku pergi tadika, mak terpaksa menyorong motor jauh... rumah aku masa itu jauh ke dalam. kasihan mak.......
  • masa kecil, aku selalu rasa mak tak sayang aku. mak aku lebih sayangkan adik no.2 aku. aku dan adik aku tu beza setahun jer... aku selalu rasa tersisih. tapi mujur ada abah yang sentiasa manjakan aku. penuhi segala kehendak aku... sampai aku besar abah masih melayan aku seperti dulu. tapi semasa tingkatan 4 aku masuk asrama. masa itulah aku baru nampak sebenarnya mak sayang aku sangat-sangat. baru nampak mak tak pernah bezakan anak-anaknya.. mak ambil berat dan sayang aku. kalau aku balik hujung minggu, mak mesti masak masakan kegemaran aku. sayang mak sangat!
  • mak sangat kuat. walaupun mak wanita bekerjaya, tapi sampai jer kat rumah, ada sahaja kerja yang dia nak buat. tak berhenti-henti sampai lah malam nak tido. kasihan mak. 
  • tak nafikan mak yang banyak menyumbangkan kewangan dalam rumah. maksud aku, abah uruskan hal rumah, bil-bil. tapi mak yang banyak untuk belanja dapur. abah tu macam aku,  agak boros... hehe. adik aku macam mak, suka menyimpan duit. banyak duit belanja aku di universiti jika ptptn tak cukup, mak yang tanggung. sekarang ni bila aku sudah ada gaji, aku tak dapat beri banyak pada mak. rasa bersalah. paling banyak pon rm150 untuk mak dan rm150 untuk abah. sebab duit gaji aku dah banyak tolak untuk kereta aku. maaf mak.....
  • masa aku tahun ketiga di usm, mak terpaksa menjalani pembedahan buang rahim sebab masalah tu makin teruk. kasihan melihat mak menanggung kesakitan setiap kali datang bulan. muka mak pucat sebab darah keluar terlalu banyak. ini disebabkan mak sudah tiga kali keguguran. mungkin itu menyebabkan tiroid. jadi doktor mengesyorkan supaya mak jalani pembedahan itu. sengaja mak pilih masa aku cuti semesta, senang untuk aku menjaga mak. aku tak kisah langsung walaupun masa itu aku kena menolak kerja untuk jawatankuasa penganjuran hoki antarabangsa usm. kasihan mak, aku tengok dia kesakitan selepas pembedahan itu, terlantar di hospital seminggu. selama beberapa minggu cuti itu, aku yang menjaga mak, masak untuk mak, mandikan mak, basuh najis mak dan macam-macam. sedikit pun tak ada rasa terpaksa. semua aku lakukan kerana sayangkan mak. aku bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk bebakti untuk mak. rasa terharu sangat waktu itu. mak, nyawa pun sanggup akak berikan untuk mak...
  • satu hari tu, mak terjatuh. sampai terseliuh tulang belakang mak. terus mak tak boleh bangun. aku menangis sendirian dalam bilik melihat mak begitu. takut mak langsung tak boleh bangun. mujur lah abah mula memanggil orang datang urut, bawa pergi hospital. agak lama lah juga mak nak kembali sedia kala. sampai sekarang pun kadang-kadang mak masih rasa sakit.
  • untuk hari pertunangan nanti, aku terpaksa menyusahkan mak untuk uruskan segalanya di kampung. aku tak ada kesempatan langsung untuk balik. aku hanya mampu uruskan sebahagian sahaja. hal katering, bilik, katil semua mak yang buat. mak, menyusahkan mak adalah perkara paling akak tak sanggup buat :( 
  • aku selalu buat silap dengan mak. dulu aku pernah buat mak menangis. lupa sebab apa. tapi  berdosanya aku. kadang-kadang dalam diam aku ingkar kata mak. tipu mak. ya Allah, berdosanya aku.. :'(
  • dah besar-besar ni, kalau ada waktu, mesti mak tak lepaskan peluang keluar berdua dengan aku. aku tahu mak sunyi kat rumah. seronok berjalan atau shopping dengan mak, mak memang best friend sejati aku. tempat aku boleh luahkan segalanya. tak kisah lah, hal cinta, hal belajar, hal peribadi dan lain-lain. rindu nak baring di pangkuan mak lagi. lama tak buat macam tu.
banyak lagi kenangan bersama mak yang aku tak mampu tulis di sini. 2 bulan lebih tak balik rumah ni.. sabar ya hati, 28hb nanti kita balik.....



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

No comments:

Post a Comment

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...