Friday, May 6, 2011

suka itu bukan sayang. sayang itu tak semestinya cinta. cinta itu benar hakiki

kalau awak suka = biasa
kalau awak sayang = jarang-jarang berlaku
kalau awak cinta = sekali seumur hidup

kerana............

perasaan suka itu untuk ramai orang.
perasaan sayang itu untuk insan terpilih
perasaan cinta itu hanya untuk dia seorang.

             kita boleh suka ramai orang, tak kisah la suka sebab apa sebab perasaan suka ni subjektif. tapi itu tak bermakna kita sayang mereka. tapi perasaan itu boleh bertukar menjadi sayang... bila semakin banyak sebab menyebabkan kita suka dia, bila dia semakin istimewa bagi kita. tetapi hanya seorang sahaja yang boleh menukarkan perasaan sayang itu menjadi cinta. itulah cinta sejati. biar pon ramai orang yang kita sayang, tapi dalam ramai-ramai tu, mesti ada yang paling istimewa dalam hati kita.
              saya banyak suka orang. suka tengok si A ketawa, suka cara si B bekerja, suka si C menjaga diri dan etc. perasaan sayang pula, bila saya mula rapat dengan mereka. mungkin mula keluar bersama, bergaul, menghabiskan masa bersama untuk jangka masa yang lama. tapi tak semua orang yang saya suka itu saya sayang. ya, saya memang susah sikit untuk sayang orang. sebab itulah bila ada perasaan itu, saya sayang sungguh-sungguh. 
            perasaan cinta pula, tak semua orang yang saya sayang, saya cinta. hanya seorang yang betul-betul boleh mengubah sayang menjadi cinta. itulah si dia. yang saya pun kadang-kadang tak tahu kenapa saya suka, sayang dan cinta dia. kadang-kadang cinta itu sembunyi dalam terang. kita mungkin tak pernah tahu selama ini rupanya jodoh kita hanya di depan mata. sebab itu lah, jangan putus asa menunggu cinta. walau apa pun sebabnya.


sebab itulah.........

jika saya kata saya suka, ya betul saya suka awak, tapi sesetengah perkara jer pasal awak
jika saya kata saya sayang, saya sayang awak sungguh-sungguh.. 
jika saya kata saya cinta, saya simpan hati ini untuk awak seorang sahaja.

jadi, 

jika awak buat saya suka awak, awak perlu lebih usaha buat saya sayang awak.
jika awak dah dapat buat saya sayang awak, tolonglah jaga hati saya ya. sebab saya menjadi sensitif dengan segala perkataan dan perbuatan awak.
jika awak berjaya buat saya cintakan awak, saya sangat harap awak dapat menjaga saya, menjaga perasaan saya sebaiknya... kerana mungkin mustahil bagi saya untuk cintakan awak lagi jika awak dah hancurkannya...


awak.......

saya suka awak, jadi saya panggil awak kawan
saya sayang awak, jadi saya panggil awak dear
saya cinta awak, jadi saya panggil awak baby <3


maka,

awak yang saya suka, saya suka kawan dengan awak!
awak yang saya sayang, terima kasih sebab hadir dalam hidup saya. awak istimewa sangat!
awak yang saya cinta, i wanna marry you!



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

No comments:

Post a Comment

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...