Friday, May 27, 2011

a brand new me :)

               
       rasanya mungkin aku dapat inspirasi baru sempena aku tak dapat tukar sekolah untuk jun ni. kesian kan orang muar masih kena hadap muka aku lagi... hehehe. haa.. inspirasi baru aku tu ialah, mulai buka sekolah nanti, aku cuba rebranding diri aku.. buang yang keruh, ambil yang jernih..

  1. semoga aku akan jadi perempuan yang lebih baik. lebih taat dalam beragama (senang sebut, susah nak buat)
  2. aku jadi manusia yang bersyukur dengan rezeki dan redha dengan ujian (kadang-kadang aku tak nampak apa yang Allah telah berikan pada aku, yang aku tahu mengeluh dengan ujianNya)
  3. meninggalkan perkara yang melalaikan dan mungkin menyesatkan. (contoh : macam facebook kot. aku cuba kurangkan online. sedikit demi sedikit sampai akhirnya aku boleh delete akaun aku tu. banyak sangat masa aku terbuang begitu sahaja)
  4. aku nak tinggalkan satu perkara yang aku sangat suka dan sangat sayang. dah jadi sebahagian diri aku. mmg susah nak buat. tapi aku KENA buat juga, demi kebaikan emosi dan diri aku. apa dia? biarlah rahsia.... :)
  5. kena belajar berjimat, ni baru tengah bulan dah pokai.. haha.. aku memang boros.. nampak macam tak beli apa-apa, tapi tengok kat akaun, dah kering.
  6. kurangkan keras hati. hurmm si dia dah merungut kata aku sekarang susah nak dengar kata dia dan suka buat hal tanpa beritahu dia. aku tahu dia risau. sorry sayang, ina cuba tak buat lagi ;(
  7. perlu belajar tahan marah. kadang-kadang kasihan students aku, kena marah jer. tapi hati dah geram, apa pun boleh jadi.
  8. dah la tu. yang atas semua ni belum tentu boleh tunai semuanya.
rasa-rasa boleh ker aku buat semua ini? hurmmm......

p/s : mood masih terasa dan sangat berkecil hati dengan seseorang, sampai hati ya buat macam tu? betul-betul tak kisah dan tak ambil berat. bertanya pun tak... awak ignore saya, saya pun akan ignore awak ;((

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Saturday, May 21, 2011

hebatnya saya harini!! haha

                 pergh! macam mana ni?? mati kalau kak anis tau! giler babas aku cuak sebab kunci rumah tertinggal dalam blik petang tadi. kak anis (tuan rumah) pula balik klang. esok petang baru balik. aku memang cuai la.. rasanya di kali keempat tertinggal kunci untuk tahun ni. haha... 
                     fikir3!! haaa... last-last aku ambil 3 batang kayu (kayu mop + kayu pembersih sawang + kayu berus) aku sambung-sambung guna plastik bag jer dan hujungnya aku sambung dengan sabit! haha... tapi betul lah, dalam keadaan terdesak tak sangka idea tu yang keluar. nasib baik tingkap bilik aku tak berkunci... jadi berbekalkan semangat yang kental, aku hulurkan kayu tu dari tingkap untuk ambil handbag aku atas meja.. 3-4 kali cuba tak berjaya.. macam mana ni????
              tawakal kepada Allah jer la aku tinggalkan rumah untuk pergi ke kedai kunci. hampas betul dua2 kedai tu tak nak tolong aku. hadoiii! aku dah gabra... macam mana ni?? jangan lah jadi apa-apa malam ni. dah la aku seorang di rumah.. so aku pasrah jer la...  
            dalam pukul 5.30 petang, aku cuba lagi buat trick macam tadi. ALHAMDULILLAH..... aku berjaya!!! hahaha... giler bangga dengan diri sendiri... :p 

sekali sekala bangga dengan diri sendiri :p


p/s : ingat senang ker nak buat? haha
Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Friday, May 20, 2011

ape beza akaun facebook aku dengan blog aku?

               hurmm...... ada beberapa orang yang bertanya pasal blog aku. nak minta kongsi. tapi tulah, kalau aku hebahkan tentu dah tak ada tempat untuk aku menulis dengan bebas lagi. lagipun cukuplah aku cerita kan banyak perkara di facebook aku. byk beza antara facebook aku dan blog aku.


isi kandungan
  • facebook : aku tulis yang aku rasa tak akan mendatangkan apa-apa masalah atau kontroversi pada aku.
  • blog : aku boleh tulis apa sahaja yang aku suka, apa sahaja yang lahir dari hati aku. tanpa risau pendapat orang lain. 
respon
  • facebook : of course semua status, post, link yang aku letak di situ untuk orang respon dan bagi pendapat...
  • blog : walaupun aku letak link like dan comment, tapi bukan tujuan untuk dapat respon. hanya untuk luahan hati ini. aku seronok bila apa yang aku tulis kat sini tak ada yang bagi komen. macam aku tulis dalam diari la. tapi aku tak halang sesiapa nak komen. dipersilakan :)
aku
  • facebook : aku add orang yang aku kenal jer. so semuanya kenal aku.
  • blog : rasanya 2-3 orang jer orang yang aku kenal tahu kewujudan blog ni. sebab aku tak hebahkan pun aku ada blog. memang tak nak orang yang aku kenal tahu.
                  lagipun rasa malu sangat kalau orang yang kenal tahu isi hati aku sebenar. tahu apa yang aku takut, tahu apa yang aku marah, suka dan lain-lain yang aku tak mahu mereka tahu. sorry, so kebetulan lah kalau orang yang dikenali terjumpa blog ni. tak kisah, tapi kalau nak termuntah baca apa yang aku tulis, sorry lah ya! haha

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

kalaulah itu yang berlaku 5 tahun dulu, jika cinta ini tak pernah bersatu.............. (part 2)

sambungan dari sini...

          tetibe ade mood nak sambung benda nih. walaupun tak ada siapa yang baca... hehe..


========================
                    masa tu aku mula membayangkan, bagaimanakah rasanya bila keseorangan semula. ya, semasa aku belum mengenali dia, sendirian itu kadang-kadang indah. tapi selepas dia? mesti susah nak biasakan diri. mujurlah aku jauh. aku di penang, dia di negeri sembilan. tak apalah, semoga jarak dan masa akan mengubati segalanya.
                    aku rasa masa tu, aku dah jatuh cinta kepada dia. kenapalah aku jatuh cinta pada insan yang bukan ditakdirkan untuk aku? tapi dalam sakitnya menanggung cinta itu sendirian, aku setia menjadi kawan dia. menemani ketika dia belajar, waktu lapang dia (dalam mesej). aku cuba tanam dalam-dalam perasaan sakit dan sedih tu. tapi rupanya itu hanya memekarkan cinta aku pada dia. makin hari makin sayang pada dia. dia memang sangat ambil berat pada aku. dan yang penting dia sangat memahami aku. susah sebenarnya orang nak faham aku. kadang-kadang kawan baik aku pun tak berapa faham aku. haha. pertama kali jumpa insan sebegitu. tapi aku sedar itu memang sifat dia. dan aku tak mahu perasan.
                      ingat lagi awal tahun 2006, setiap kali tanya dia buat apa, pasti dia cakap sedang fikir dan ingat aku. hmm.. terharu! tapi aku cepat-cepat tepis. mungkin dia tak maksudkan pun. tak apalah. pada 25 feb 2006, masa tu dia baru habis politeknik, jadi dia jadi pekerja sambilan di sebuah stesen minyak petronas. rasa kagum dengan dia sebab dia tak memilih kerja. tak malu pun kerja macam tu. sejak dia kerja, dah tak boleh mesej selalu. jadi waktu dia habis kerja baru mesej. ingat lagi waktu tu........ 12 malam ~

dia : sorry, orang balik lewat buat ina tunggu.
aku : tak pa lah. aku faham. kau nak rehat ker?  (aku masih bahasakan diri 'aku' pada dia)
dia : tak la, nak sembang dengan ina dulu. (terharu. sebab aku tahu dia penat)
aku : nak rehat cakap tau.
dia : ok. terima kasih sebab faham. ini yang buat orang tambah sayang pada ina ni. 
aku : haha. iyela tu. janganlah cakap macam tu. (sedih campur gembira dia cakap macam tu. sedih sebab tahu dia hanya nak jaga hati aku. gembira walaupun mungkin dia tak maksudkan, tapi aku suka dengar dia cakap macam tu. pertama kali dia cakap macam tu. )
dia : kenapa? 
aku : kata-kata sayang tu kalau untuk orang yang lebih dari kawan boleh lah.
dia : erm kalau orang anggap lebih dari kawan? (jantung berdegup kencang!)
aku : eh jangan main-main lah. tak suka la kau main-main pasal ni.
dia : mana ada. betul la.
aku : tak mungkinlah ada orang suka pada aku. (please, jangan main-mainkan aku. aku tahu tak mungkin itu berlaku. sebak)
dia : betul la. 


                   ouh lepas tu, aku lupa dah kita orang cakap apa. haha... sorry. 5 tahun lepas beb.. mmg la dah lupa.... tapi lepas tu, dalam pukul 2.30 pagi, kami secara rasmi bergelar kekasih. masa tu rasa tak percaya pun ada. yelah, selama ini aku dah tanam dalam hati yang diri ini tak mungkin ada yang mahu. mana taknya, sudah berumur 21 tahun, masih tiada yang mahu mendekat (masa tu, majoriti kawan-kawan aku dah ada teman istimewa). kalau ada pun, aku tak yakin mereka jujur dan betul-betul menyukai aku. dan tak sangka lelaki pertama yang aku benarkan masuk dalam hati aku, itulah yang kekal di sisi aku selama 5 tahun ni. syukur sangat pada Tuhan kerana tidak diberikan kesulitan dalam cinta.

THANK GOD I'VE FOUND YOU, BABY <3




** si dia tanya lepas baca part 1 cite nih.......
dia : eh betul ker abang cakap macam tu dulu?
aku : abang! jgn la komen apa-apa pasal tu.... ina malu lah! abang baca dan diam jer tau! 
dia : haha.... malu pulak.... yela2... :)
aku : memang la malu....
dia :tulis kat blog tak malu pulak..
aku : ala sebab orang tak tahu pun siapa ina ni... haha!
     

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Thursday, May 19, 2011

jika pilihan itu terletak di tangan..

jika kita punya kuasa untuk memilih
jika kita mampu menentukan takdir hati
tentu bahagia sentiasa, betul kah?

jika aku mampu mengarahkan hati aku
memilih sendiri orang yang aku sayang, bagaimanakah agaknya?
tentu tak sakit  begini
namu semuanya takdir tuhan yang menentukannya

kadangkala kita tak punya sebab mengapa hati kita memilih mereka 
sebagai orang-orang yang disayangi
mengapa hati kita enggan memandang yang lain
yang kadang-kadang akal merasionalkan 
dialah yang perlu kita dakap dalam hati

tapi itulah sekeping hati dalam jasad
yang cuba menentukan langkah hidup
yang kadang-kadang akal yang waras pun tak mampu halang
apa yang hati ini mahu

hati ini selalu terburu-buru
selalu membantah kata akal yang tak jemu-jemu menasihati,  memarahi 
jangan! jangan! jangan buat sayang!
walaupun sudah tahu ikut kata hati itu mati

hati ini memang begitu
kadang-kadang sakit di mata
tapi di hati tercari-cari
kadang-kadang akal membenci
tapi di hati menanti-nanti
kadang-kadang badan dah lelah
tapi di hati tetap menunggu pasti
ya, hati memang tak pernah kenal erti penat
tak pernah kenal erti serik
itulah dia sekeping hati aku
yang kadang-kadang
mungkin tanpa kau sedar
kau carik  dan pijak
tetapi kemudian kau cantum kembali dengan senyuman
yang kau pandang sepi
tetapi kemudian kau muncul kembali bawa secebis harapan

jangan  buat hati aku begini!
kerana
walau beribu kali kau injak-injak
walau seringkali kau endah tak endah
hati ini tetap begini
menanti-menanti
walaupun hampir hancur keadaannya
menahan siksa kesakitan yang kau hadiahkan
namun kesakitan itulah yang hati ini tafsirkan sebagai cinta

hati aku menyayangi insan pilihannya
hati aku mencintai insan tersayang setulus hati
kerana hati ini 
tak pernah sayang setengah-setengah
tak pernah cinta separuh-separuh
bagaimana bentuknya, begitulah yang hati ini persembahkan
jika kau memaksanya melupakanmu
bermakna kau memaksanya menamatkan riwayatnya

aku mahu kau berfikir dahulu sebelum berjanji dengan hati aku
walaupun hati ini tak pernah berkata apa-apa kepadamu
namun hati akan menanti janji itu ditepati
walau bibir berkeras mahu menjadi wakil perantaraan
namun hati tetap sabar dan berharap
'tak apa, nanti dia ingatlah apa yang dia sudah janji dengan saya'



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Iwan - Fantasia musim cinta



Ku genggam awan kelabu
Ku gapai langit yang biru
Arah kita kian bersatu
Tinggalkan lagu rindumu

Langkah kita makin hampir
Kutahu kau menungguku
Dihujung titik menantilah aku
Alam mimpi...

Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Meniti hari-hari
Yang indah ini...

Gunung akan kudaki
Lautan kan aku renangi
Demi memburu mimpi
Yang pasti

Pintu kini telah terbuka
Kita pun langkah bersama
Fantasi mimpi berakhir
Cinta pun berpadu

Hari-hari yang berlalu
Menjelma bukanlah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring, sehati dan sejiwa

**dua minggu jer lagi nak jadi tunangan orang :) 

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Wednesday, May 18, 2011

kepala aku KUSUT!!

maybe kot ade kaitan dgn "bendera merah" yg aku dapat arini. 
giler byk perkara yang akan berlaku dalam hidup aku dalam masa terdekat ni.


  1. tadi tuan rumah bagitau, suami dia nak duduk sini (rumah sewa) aku, jadi aku kena berambus keluar la.. aduhai.. giler malas nak pindah randah ni. kena cari rumah sewa lain secepat mungkin.
  2. 25mei ni tau keputusan pindah sekolah. entah dapat ke tak aku tak tahu. macam tak dapat jer. kadang-kadang aku harap sangat aku dapat. kadang-kadang aku harap aku tak dapat. entah apa-apa aku ni.
  3. 4jun ni aku nak tunang (ni berita yang buat aku keep on smiling). tapi serabut gak. giler banyak perkara tak setel lagi.
  4. mujur tadi dapat lepaskan diri dari perkampungan akademik sekolah yang akan diadakan pada 29 - 31 mei. aku bagila alasan aku nak tunang..... hehehe
  5. eh! baru 4 benda. kenapa aku serabut sangat nih???
SENGAL

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

dia yang mencintai kamu

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.
Dia juga tidak mengharap cintanya di balas.
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

*
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih,
dia tidak peduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

*
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,
di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


*
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,
dia ingin tahu kegiatan kamu.

*
Orang yang mencintai kamu akan menghantar SMS
seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi,
walaupun kamu tidak membalas SMS-nya,
kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya,
menyatakan dalam cara yang berbeza,
tetapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


*
Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,
setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau menghantar SMS.

*
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,
bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya,
kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
dan saat itu  matanya pasti berkaca.
kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.


*
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,
bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
kerana dia menyematkan kata-katamu di sanubarinya,
berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya,
dan akhirnya kau musnahkan?
pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


*
Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,
bahkan mungkin meminjam CD milik kamu,
kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu -
kesukaan kamu kesukaannya juga,
walaupun sukar meminati kesukaan kamu,
tapi dia memaksa hatinya untuk menyukainya.


*
Kalau kali terakhir kamu bertemu kamu mungkin sedang selesema,
atau batuk-batuk,
dia akan sentiasa menghantar SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu,
kerana dia bimbangkan tentang kamu,
peduli tentang kamu.

*
Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian,
dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung,
dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.


*
Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa,
tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

*
Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat,
ketika sedang berbual di telefon dengan kamu,
sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

*
Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


*
Jika suatu masa kamu harus pindah ke daerah lain,
dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.
dan jauh di sudut dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu


*
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

*
Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.
Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

*
Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.
Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

*
Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh didunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.
dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu itu.


*
Kalau kamu melihat handphonenya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya.
Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun SMS itu kamu menghantarnya berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

*
Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya,
dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya..


*
Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan.
dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain.
Dia sentiasa menunggu kamu.

*
Orang yang begitu mencintaimu,
tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan,
walaupun hatinya meronta ingin mengetahui,
kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.
saat kau pinta dia berlalu,
dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta...


p/s : paling suke 3 rangkap terakhir...... :)
ambil dari facebook orang. superb lah!

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Tuesday, May 17, 2011

checklist hari pertunangan *update version!*

ni update version daripada post aku yang lepas....

cincin idaman.. rasa-rasa boleh dapat tak? haha

senarai hantaran dari pihak aku :
  1. baju nikah - done!
  2. kain songket - done!
  3. sejadah - done!
  4. kasut / jam tangan / minyak wangi - xtau nak bg mse tunang or mse nikah
  5. bunga rampai - ganti dengan potpuri - done!
  6. kek - asmah sponsor.. thanks dear ;) - done!
  7. ayam golek / ayam rendang - mak anjang sukarela buat.. hehe - done!
  8. pulut kuning n telur rebus - mak masak
  9. bunga gula - rase nak ganti dengan coklat cadbury jer..

  • back up plan : coklat rice / cupcake / apam polkadot
Persiapan majlis :
  1. hiasan katil - mak dah beli. cadar pakai cadar mak jer... bunga katil tak buat lagi!!
  2. hiasan bilik - langsir mak tengah jahit. karpet beli nanti
  3. katering - done!
  4. kudapan - minta mak anjang masakkan kek coklat lembab..... yummy!!
persiapan persalinan aku : 
  1. baju tunang - done!
  2. tudung - done!
  3. veil - done!
  4. make up - done!
 *makin dekat hari, aku makin gemokk... haha!

Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

cikgu rindu tasya :(

              pagi khamis lps (12 mei 2011) anak murid kesayangan, anastasya azmi telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit barah kelenjar (lymphoma cancer). terakhir bersembang dengan dia semasa 30 April, masa tu dia sedang menjalani kemoterapi untuk barah dia. kasihan, baru berusia 15 tahun. pelajar yang sangat baik, dan mendengar kata guru, serta pelajar harapan sekolah untuk pmr tahun ini. 
             sebenarnya aku cuma mengajar dia tahun lepas subjek ICT. itupun cuma 2 masa setiap minggu. mula-mula nampak macam sombong budaknya, tapi lama-lama tahu dia sebenarnya pendiam dalam kelas. tak  tahu mengapa dia suka rapat dengan aku. alhamdulillah la kan, ada pelajar suka kita. kebetulan dia sama rumah sukan dengan aku. tapi dia memang ada kebenaran dari doktor supaya dikecualikan untuk bersukan kerana dia ada penyakit asma. cuma semasa cuti bulan mac yang lepas dia dijangkiti kuman di paru-paru.
              rupa-rupanya itulah permulaan penyakit barah dia. aku rasa doktor agak terlambat mengesan barah tu. bulan april yang lepas aku macam terperasan dah lama tak terserempak dia di tangga sekolah. sebab dia antara pelajar yang rajin menegur aku di sekolah. rupa-rupanya dia sedang terlantar di hospital akibat dijangkiti kuman di paru-paru. sedih sangat hati melihat tubuh kecil dia bertambah kurus. salur getah berselirat di badan dan tangan dia. kasihan, sampai bengkak tangan dia kena masukkan salur getah. masa tu 3 hari sudah dia tak boleh makan sebab dia muntah. kasihan sangat... sebenarnya aku pun tak tahu kenapa Allah gerakkan hati aku pergi lawat dia di hospital masa tu. tapi aku syukur sebab dapat jumpa dia...
                 teringat kenangan dengan dia. masa tu ada acara merentas desa sekolah. oleh kerana dia tak boleh berlari, jadi dia merayu pada aku izinkan dia ikut aku jaga check point di tanjung. aku tak benarkan sebab aku tak bawa helmet lebih. lagi pon kalau apa-apa jadi, accident ker, aku yang kena. terpaksa aku tinggalkan dia di sekolah, maafkan cikgu ya.... ;( lagi satu semasa sukan sekolah, setiap rumah sukan mesti menghantar satu pasukan kawad dan dia dengan semangat dia nak masuk pasukan kawad aku. aku risau kalau dia pengsan sebab dia agak lemah sebab perlu berdiri di tengah padang masa hari perbarisan. tapi dia kata tak apa, mak dia bagi. jadi, aku wajibkan semua pakai kasut putih untuk hari perbarisan, ni yang dia kata pada aku

"Cikgu, kalau saya cakap , cikgu jgn marah ea ? Sbnrnye kan cikgu, saya dh tanya ramai kwn2 yg ada kasut putih, tp dorg x nk bg pinjam .. Jd, saya ambil keputusn nk undur diri dari prbarisan boleh x cikgu ..? Saya sbnrnyer takut nk berterus terang dengan cikgu sebab takut cikgu marah dan nanti lepas nie kita dh x baik2 mcm2 dlu.. Saya harap cikgu faham.. Saya x nk kehilangan seorg cikgu yg amat saya sayangi .. :(

  •                tadi aku lihat facebook dia sedang online, aku tegur..rupanya makcik dia. aku minta maaf sebab tak dapat hadir masa hari pengkebumian. sembang-sembang sekali makcik dia cakap.... 
     
    makcik tasya : oh. cikgu ni lah yg selalu dia cite pd sy .. hurmmm...thnks cikgu sb dpt didik tasya dgn baik skali ...
    aku : dia cerita apa?  hmm xdela gak, sy ajar dia thun lps jer. btw, welcome :)

                rasa-rasa   apalah tasya cerita pasal aku ya? hmm... terima kasih tasya.. cg sayang tasya gak :( masa 12mei tu kawan aku call dari sekolah, beritahu tentang pemergian tasya. macam tak percaya.. sebab katanya dia semakin sihat... rupanya Allah lebih menyayangi dia.. sedih tak dapat pergi pengkebumian dia sebab masa tu aku demam dan tak tahu mana satu rumah dia. insyaAllah aku dan kawan sekelas dia akan menziarahi dia di kubur.. cikgu rindu tasya, semoga tasya bahagia di sana. teringat2 senyuman dan semangat kuat tasya. kurang dah seorang pelajar yang rapat dengan cikgu, cikgu maafkan dan halalkan semuanya... :( alfatihah



Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

Saturday, May 14, 2011

bunga-bunga cinta

          
design kek idaman aku.

                           sangat-sangat penat hari ini. ada majlis pibg sekolah sampai pukul 1 petang. pukul 2.30 petang bergerak ke melaka bertemankan tuan rumah dan suami dia yang baik hati drive kn mencari barangan hantaran. mula-mula pergi ker Super Cowboy. aku memang tak pernah jejakkan kaki ke situ. mula-mula bayangkan tempat tu macam uptown, rupanya supermarket besar. rambang mata masuk situ.. barang-barang perkahwinan memang murah. tapi aku cuma beli polistesin dan riben jer sebab bakul dan bunga tak menepati warna.. 
                          lepas solat maghrib, pergi ke mydin melaka pula.. mujurlah berjumpa soap flower, memang sesuai dengan tema aku, pink putih. cantik, tapi harga agak cantik juga lah... habis dalam rm100 jugalah untuk semua barang tu... murah tak? sebab biasanya orang mesti habis lebih dari itu. aku pilih design yang simple and sweet tapi murah. tak apalah, baru tunang kan? aku dapat design tu dari sebuah kedai barang pengantin. polistesin tu dia orang hias macam kek. keliling warna putih plain (kertas kedut yang macam buat tanglung tu), atas polistesin guna plain pink. then, ada beading dan riben kelilingnya. cuba cari di internet design macam tu nak bagi korang tengok tapi tak jumpa. nanti hari pertunangan aku bagi tengok ya?

                                
ni contoh soap flower. aku beli warna pink + cream l
ebih kurang macam yang pic bawah sebelah kanan tu

            jadi sempena hari guru isnin ni, aku sambut hari guru dengan menyiapkan hantaran aku... tak sabar! sangat bersemangat untuk melihat hasilnya. semoga menjadi sebab aku siap snap gambar contoh hantaran yang dah siap tu. cuma copy design jer.. hmm sangat tak sabar.. padahal 1 mei hari tu baru jumpa dia.. rindu sangat menanti 28mei untuk dia datang muar lagi. 4jun pula hari kami ditunangkan. semoga segalanya berjalan lancar. nanti aku update checklist terbaru ;)





Jika Saya Kata Saya Sayang, Bermakna Saya Sayang Sungguh-sungguh!!

~ cerita HaTi aku ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...